Bukan senang nak mencanang semangat untuk menulis Blog kalau tidak ada kekuatan dalam diri, tidak ada Semangat Menulis, Konsisten dan Berdisplin jadi bagaimana nak tingkatkan traffik ke blog dan yang penting bagaimana nak mendapatkan income dari blog..??
Jadi sedikit perkongsian boeh saya terangkan disini, ada masanya kita akan merasa malas sebab di dalam fikiran kita hari-hari fikir bila orang akan klik iklan nuffnang di blog kita agar kita lekas dapat duit dan cek dari nuffnang.Tak semudah itu kawan-kawan.
kalau seluruh rakyat malaysia kita semua tahu pasal nuffnang dan iklan nuffnang maka susahlah kita nak dapat income sebab nak tunggu diorang klik iklan tersebut sukarlah.
Lepas ni terpaksa lah cari pelawat luar negara, haha..nak tulis artikel daam bahasa engish tu yang seksa sebab kita bukan mahir sangat english dan beruntung lah pada mereka yang faham bahasa english.
Gambar tak ada, tajuk pun blur, tapi keinginan nak menulis dengan blog itu tinggi, harap jangan tulis artikel merapu dah lah.
Untuk itu perkongsian juga saya sampaikan pada hari ini, sebab saya kalau boleh nak kongsi saja apa yang saya tahu dan terlintas di benak ni. Apa salahnya berkongsi-kongsi idea, cara, teknik,pengalaman dan pendapat moga Allah saja yang membalas niat ikhas kita untuk menyampaikan dan berkongsi idea ni.
Baik lah caranya mudah sangat, ni kira dah habis idea lah dan puas fikir, kalau dalam silat kira ini lah " Buah Terakhir " yang tinggal. Kalau dah benar-benar tidak ada idea dan semangat lagi nak menulis sebab tak tahu tajuk apa lagi yang nak ditulis jadi dengan cara mudah saya nak cerita ialah dengan membuat BLOGWALKING ke blog-blog orang lain.
Mungkin selepas membaca artikel-artikel mereka serta komen-komen dari pengunjung-pengunjung dari blog tersebut kita dah mula dapat idea yang nak dituliskan pada blog sendiri asalkan jangan tiru bulat bulat artikel diorang sudahlah.karang bergaduh pula jadinya.
Sebagai contoh kalau kita sukakan pasal cerita mendapat duit dengan blog maka tuliskan saja perkataan itu di ruang search dan tidak lama selepas itu akan keluar tajuk MENDAPATKAN DUIT DENGAN BLOG, maka bacalah mengikut keinginan kita, baca seberapa banyak cerita pasal buat duit dari artikel orang lain selepas itu semangat membara mahu menulis bog akan tiba.
Umpama kata orang bila kereta yang kita start tadi dah panas baru kereta boleh gerak. Tulis apa sahaja di ruang search mengikut keinginan yang kuat dalam diri kita.
Contoh kedua, sekiranya kita nak menulis artikel pasal kereta, namun semangat tak ada, jadi baca lah artikel pasal kereta melalui posting blog mereka. Hasil cerita tersebut membuat kan kita jadi bersemangat kembeli yang penting jangan tiru artikel mereka.
Dalam 11 artikel yang kita baca dalam blog/website orang lain tadi maka disitu lah kita akan timbul idea dan artikel untuk kita tulis dalam blog kita selepas itu. senang kan..
Ini adalah perkongsian dari saya semata-mata bukan ada niat untuk memyuruh anda meniru artikel diorang namun sekadar ingin berkongsi bagaimana untuk mendapat artikel baru untuk blog kita sewaktu kita kekeringan idea dan sejuk tangan untuk menulis blog.
Seeloknya jangan fikirkan Negatif melalui artikel saya ini namun Fikirkan Positif semoga dengan cara ini kita akan senantiasa menulis blog dengan pelbagai artikel.-artikel yang menarik dapat dituliskan pada blog.sepanjang hari.
Jutaan terima kasih kerana melayari laman blog ini, untuk kali ini saya cuba menciptakan sebuah lagi blog yang mana mampu mengumpul semua bangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan ikan keli atau ikan lele agar dapat memudahkan lagi urusan bersama. Di harapkan agar blog ini dapat membantu semua orang,sekian.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment