29 August 2012

Cerita di Kedai Kopi 2012

Seperti biasa pada setiap hujung malam minggu saya akan ke " kedai makan simpang 3 " majlis daerah hulu selangor bagi menikmati makan malam bersama kawan-kawan serta ahli keluarga, terdapat pelbagai menu-menu yang disediakan dan masakan-masakan di kedai ini memang menyelerakan sekali.

Sambil menikmati sajian disini kita juga dihidangkan dengan tontonan wayang gambar " Astro " dengan berbagai-berbagai filem menarik di dalam rancangan pihak astro sediakan.

Suasana tenang di sekitar kedai makan simpang 3 itu juga menenangkan jiwa setelah seharian penat bekerja sambil menghirup sup ayam yang menyelerakan.


Aktiviti seperti bukan lah selalu saya lakukan, hanya di hujung minggu sahaja bersama isteri dan anak-anak, aktiviti seperti ini dapat mengurangkan stress di tempat kerja dalam kehidupan seharian, jadi buat rakan-rakan yang nak hilangkan stress boleh lah melakukan aktivi seperti ini disamping mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan keluarga sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam Rumah Tangga dan masalah di tempat kerja.

Aktiviti santai ini memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sesama masyarakat lain serta jiran-jiran, kawan-kawan kita.

2 comments :