25 August 2012

Pelik!! Ikan Keli Tanpa Segat

 Macam-macam sekarang ini saya lihat, ikan keli yang saya ternak ini tidak mempunyai segat, kalau macam ni senang lah nak potong ikan keli ni, tak payah risau akan duri atau segat nya lagi, mudah terus potong tak payah risau akan risiko terkena segat ikan keli.

Pada asalnya memang ikan keli bunga ini tidak berbisa sekiranya terkena segat ikan ini, kalau kena pun luka kecil sebab tercucuk duri ikan ni betul kan.. rasanya ramai yang tahu pasal ikan keli bunga ini.

Tapi yang menghairankan tiba-tiba ikan keli ini tanpa segat ini yang menjadi tanpa tanya kepada saya, maklumlah selama hampir 6 tahun saya di dalam bidang ini, ini baru pertama kali saya melihat rupa ikan keli tanpa segat.


Pandangan dari Kiri


Pandangan dari Kanan

Ini lah rupa ikan keli bunga yang saya maksudkan itu, mungkin Allah ingin membuktikan kebesarannya bertapa berkuasanya ia. Jadi anggaplah cerita ini hanya sebagai pembelajaran dan perkongsian semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Ikan ini hasil dari pembenihan secara aruhan saya jalankan sebulan lepas dan beratnya sekitar 89 gram dan ia adalah ikan betina. 

Comel ikan ini, anak saya juga berani pegang sebab ia tidak ada segat di kiri dan kanannya. lihat sahaja perutnya yang kenyang dan membesar itu.


No comments :

Post a Comment