02 August 2012

Masalah Kemerosotan Tanah Kelapa Sawit

Sektor penanaman kelapa sawit Malaysia telah melalui 4 pusingan tanam semula. Dalam tempoh masa yang agak lama ini, amalan pembajaan dengan baja sebatian sepanjang masa telah mewujudkan beberapa masalah tanah yang serius. Ini termasuk peningkatan kemasaman dan pemampatan tanah, ketidakseimbangan nutrien serta kewujudan penyakit-penyakit terhadap pokok. Selain itu, penyerapan nutrien oleh akar sawit juga semakin merosot. Menurut kajian , kadar penyerapan nutrien cuma sebanyak 30% . Ini bermaksud kebanyakan baja tidak di serap oleh pokok dan telah meningkatkan kos penanaman di samping juga menyebabkan pencermaran alam sekitar.


Apabila tanah semakin mampat, kadar kehilangan dan sejatan unsur nitrogen semakin tinggi. Sekiranya tanah semakin masam , maka kadar penetapan unsur fostat dan kalium akan semakin meningkat. Gejala-gejala seumpama ini sebenarnya dipandang berat oleh pihak pengilang baja sebatian dan usaha telah dijalankan oleh mereka supaya mengurangkan kadar kehilangan baja melaui hakisan, larut resap, sejatan dan penetapan nutrien.


Situasi semasa yang memperlihatkan kualiti tanah semakin merosot sebenarnya merupakan salah satu punca utama kepada kebangkitan penyakit reput pangkal batang ( Basal Stem Rot, BSR ) yang merupakan satu Penyakit serius di ladang kelapa sawit pada hari ini.


Penyakit ini adalah disebabkan oleh Kulat Ganoderma. Dianggarkan hampir 20% tanaman kelapa sawit di dalam negara telah dijangkiti terutama tanaman kelapa sawit di kawasan pantai yang mana kadar jangkitan malah sehingga 60%. Baru-baru ini sesetangah ladang di Semenanjung Malaysia menghadapi jangkitan penyakit Fusarium sp. yang mana pada asalnya hanya menyerang pokok pisang.


Pokok yang dijangkiti kulat Ganoderma akan mula reput pada bahagian xylem   yang tidak dapat diperhatikan di bahagian luaran. Pokok yang sakit akan patah di bahagian pangkal pokok apabila di tiup oleh angin kencang. Oleh itu, sekiranya konsep pembajaan tidak diubah, maka jenis dan bilangan penyakit yang tinggi di sektor penanaman kelapa sawit akan menjejaskan penghasilan buah sawit dan selanjutnya mempengaruhi ekonomi negara.


Berikut adalah pembentangan sebab-musabab yang menyatakan mengapakah penanaman berterusan dengan tanaman yang sama di ladang yang sama serta penggunaan sahaja baja sebatian boleh menyebabkan masalah-masalah tang yang serius seperti dimasudkan tadi ?


Pertama, masalah akibat daripada penanaman tanaman yang sama pada ladang yang sama secara berterusan 


1. Kelapa sawit merupakan tanaman jangka panjang dan memerlukan 16 jenis unsur nutrien dalam kuantiti yang berlainan. Sesetengah nutrien akan mengalami kekurangan dalam jangka masa panjang semasa pertumbuhan pokok dan akan menyekat penghasilan buah sawit. Daya rintangannya terhadap penyakit juga semakin lemah.


2. Akar tanaman boleh merembes suatu jenis bahan kimia yang akan menarik pathogen tertentu yang juga akan menyerang tanaman. Apabila bilangan pathogen tertentu itu bertambah melalui pembiakan, ia akan mula menyerang tanaman dan menyebabkan penyakit. Oleh itu, tanam semula tanaman  yang sama pada tempat yang sama merupakan satu kaedah pertanian yang kurang sesuai. Risiko jangkitan penyakit akan bertambah jika menanam tanaman yang sama. Inilah seperti mana yang berlaku terhadap tanaman sawit di pesisir pantai yang mana bahan kimia dirembes oleh pokok kelapa sawit dan pokok kelapa ( Kedua-dua tanaman adalah daripada famili yang sama ) adalah sama dan memupuk tumbuhan kulat Ganoderma serta menjadi agen penceroboh terhadap tanaman kelapa sawit.


Kedua, masalah yang diakibatkan oleh pengguna baja sebatian dalam jangka masa panjang


1. Kebaikan baja sebatian yang digunakan adalah bersifat seperti ammonium sulfat, ammonium klorida, Kalium Klorida dan lain-lain lagi. Baja sebatian yang mengandungi nitrogen dan kalium tinggi akan menurunkan pH tanah (<pH 5 ) menyebabkan tanah semakin masam. Keadaan ini kan menyekat perkembangan akar dan menjadikannya mirip di serang oleh Kulat Ganoderma.


2. Apabila pH tanah rendah (<pH 5), zat besi dan aluminium dalam tanah akan bertambah aktif dan bertindakbalas dengan fostat dan kalium. Tindakbalas ini menyebabkan fostat dan kalium yang sepatutnya diserap oleh akar telah di tetapkan dan tidak dapat digunakan oleh sistem akar melalaui serapan. Kedua-dua nutrien ini akan terus kekal dalam tanah tanpa mendatangkan kegunaan kepada tanaman.


3. kekurangan baja organik yang menyebabkan kandungan bahan organik dalam tanah semakin menurun juga mengakibatkan mikroganisma bermanfaat dalam tanah semakin berkurangan. Ini akan melesetkan juga daya pegangan air, kandungan baja dan oksigen didalamnya. Mikroganisma bermanfaat senbenarnya dapat mengurai ikatan besi - fostat yang disebutkan tadi dan juga dapat melindungi tanaman daripada serangan bakteria pathogen yang menyebabkan penyakit teruk.


4. Menggunakan baja sebatian sahaja tidak dapat membekal nutrien yang secukupnya kepada kelapa sawit kerana tanaman kelapa sawit memerlukan sebanyak 16 unsur nutrien yang berlainan. kekurangan unsur tertentu akan menyebabkan penghasilan disekat dan daya rintangan terhadap penyakit juga terjejas. Tanaman kelapa sawit lantaran itu senang diserang penyakit ekoran ketidakseimbangan nutrien dalam tanah.


Masalah-masalah yang diterangkan diatas sering dihadapi oleh para peladang. Masalah ini mesti diselesaikan dengan kadar segera supaya meningkatkan kadar pertumbuhan dan pembuahan tanaman kelapa sawit. kaedah penanaman terbaik bagi mengatasi masalah-masalah yang terjadi ini adalah melalui pengubahsuaian cara pembajaan. Ini kerana kesihatan dan penghasilan tanaman adalah berkait rapat dengan tanah. Tanah akan kurang seimbang dari nutrien dan kandungan bahan organik akan merencatkan tanaman yang ditanam disitu. Disenario ini, baja kompaun generasi baru mesti dipasarkan untuk mengantikan baja sebatian kini. Baja kompaun generasi baru yang di maksudkan berupa memperbaiki struktur dan meningkatkan bahan organik dalam tanah serta mengurangkan kadar jangkitan penyakit.


Baja kompaun generasi baru ini harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut :


1. mengandungi kesemua 16 unsur nutrien yang diperlukan oleh pokok sawit ( nutrien makro daripada baja kimiadan nutrien surih daripada asid humik dan bahan organik ). Keseimbangan nutrien akan dapat memaksimumkan penghasilan dan meningkatkan daya ketahanan terhadap penyakit.


2. Mengandungi asid humik dan bahan organik untuk meningkatkan daya pegangan air, baja dan oksigen dalam tanah. Ini juga boleh merangsang pertumbuhan akar dan memperbaiki pH tanah.


3. Mengandungi bakteria penetap nitrogen, bakteria pelarut fostat dan bakteria pelarut kalium. Bakteria-bakteria ini dapat menambah kandungan oksigen dalam tanah serta melarutkan fostat dan kalium yang sukar diserap oleh tanaman.


4. Mengandungi bakteria yang berupaya mencegah serta membunuh pathogen actinomycetes, Bacillus subtilis, bacillus licheniformis dan bacillus cereus. Penggunaan bakteria beragam mempunyai kesan yang lebih baik jika dibandingkan dengan penggunaan satu jenis bakteria sahaja. Gabungan bakteria juga dapat menghasilkan banyak antibiotik yang berlainan untuk mencegah lebih banyak penyakit.


Di sisi ini, CONSOLIDATED FERTILISER CORP.SDN.BHD merupakan syarikat yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam menghasilkan baja berbentuk butiran. Selama ini syarikat telah memberi perhatian yang berat terhadap perkembangan pertanian dalam negara. Bahagian penyelidikan dan pembangunan ( R&D) syarikat ini telah mengambil masa selama beberapa tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan kerjasama pakar mikrobiologi dan baja yang ulung di Asia.

5 comments :

  1. Artikel yg menarik!

    Pihak kami (Ancom Crop Care)sedang menjalankan pemerhatian bersama MPOB terhadap kesan tetraconazole ke atas pokok sawit yang dijangkiti ganoderma.
    http://www.slideshare.net/mgadafi/progress-report-18-months-efficacy-of-tetraconazole-to-control-ganoderma-infected-palms

    Setakat ini memang belum ada kawalan untuk mencegah tapi setakat memanjangkan hayat pokok.

    ReplyDelete
  2. Salam pokok kelapa sawit saya pernah di jangkiti ganoderma. Alhamdulillah dgn kaedah dri syarikt green drops maslah ganoderma dpt diatasi. Cendawan tersebut mengecut dan gugur selepas 3 bln rawatan. Dan pokok yg mereput dn belubang berjaya diselamatkan. Sekadar infomasi

    ReplyDelete
  3. Info penmyakit sawit UPM - Sistem Penyampaian Nano Antikulat bagi Rawatan Penyakit Ganoderma untuk Kelapa Sawit

    Inovasi UPM ini menggunakan rawatan fungisida dan/atau fumigasi bersama dengan sistem pembawa nano yang dapat menambahbaikan penghantaran ejen bahan aktif untuk menghalang dan mengawal penyakit Ganoderma di kelapa sawit. Rawatan fungisida dan fumigasi telah terbukti bagi menghalang pertumbuhan Ganoderma boninense..

    info lanjut di
    https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/sistem_penyampaian_nano_antikulat_bagi_rawatan_penyakit_ganoderma_untuk_kelapa_sawit-52371

    ReplyDelete