Apa masalahnya kamu ni..?? kenapa jadi begini dan kenapa duduk kat atas palang besi Futsal tu..?? mungkin kamu ada masalahnya agaknya ni, jom kita lihat apa masalahnya...terus terjah lah kan..
Sapa tahu ni gambar burung spesis apa? siapa boleh jawab haha..tapi kenapa dia duduk kat situ sapa tahu..?
Jom kita baca apakah masalah yang dihadapi oleh burung ini..
Sebenarnya ini adalah spesis BURUNG LAYANG-LAYANG yang mempunyai nilai Komersial yang sangat tinggi dan sarangnya mencecah ribuan ringgit per kilogram, namun apakah masalahnya..??
Ini adalah anak burung walit/walet generasi baru yang baru belajar terbang, anak burung walet ini terbang terlalu rendah dan menyebabkan ia tersungkur jatuh ke bumi iaitu jatuh ke padang bola dan akhirnya tidak dapat terbang ke udara.
Spesis anak burung walet ini memang pelik sebab ia tidak bertingek dan hinggap di atas ranting, tabiatnya suka bergantung sahaja dalam gua.
Semasa anak burung ini jatuh diatas padang rumput ia tak mampu untuk terbang semula ke udara dan ia perlu menjatuhkan badannya sebelum terbang ke udara semula, sebagai contoh kita perlu baling anak burung ini kelangit dan selepas itu ia akan terbang semula.
Bagi Pengusaha Burung walit berbangsa cina mengatakan sekiranya burung ini berada diatas tanah ia akan mati sebab tidak dapat lagi untuk terbang. Burung ini perlu menjatuhkan badannya terlebih dahulu sebelum ia boleh terbang semula ke langgit.
Itu sebab saya letakkan burung ini di atas palang besi, 2 minit selepas saya letakkan ia di atas palang besi Futsal ia susah terbang ke udara semula.
Habitat Burung walit ini memang pelik selain burung layang-layang lain. Tengok sahaja kedua-dua kakinya tidak mencengkam paang besi itu, namun begitu sarang burung walit ini ternyata begitu mahal sekali dan mendapat permintaan tinggi di HONG KONG ini kerana sarang burung walit mempunyai kasiat tinggi untuk kesihatan kepada pengamalnya.
Antara khasiat sarang burung adalah seperti di bawah :
- Awet muda.
- Melancarkan peredaran darah.
- Melancarkan fungsi paru-paru.
- Melegakan batuk.
- Membersihkan darah.
- Membantu tumbesaran tubuh.
- Membantu pembentukan tulang.
- Pembentukan darah merah.
- Sebagai agen antioksida.
- Membantu proses penyembuhan Asma.
- Memutih dan melicinkan muka.
- Menghilangkan kedut-kedut muka.
- Membantu meningkatkan tahap IQ.
- Membantu memulihkan tenaga dan stamina badan.
- Kesihatan tenaga batin.
Agak-agak berapa kos untuk membina rumah burung walit melalui gambar diatas ini ..?? sudah tentu menelan kos sehingga ratusan ribu ringgit.
No comments :
Post a Comment