09 August 2012

Judi kad Terup

Apakah yang sedang dilakukan oleh anak muda ini..?? seperti memegang sesuatu di tangan mereka dengan asyik, wah leka nya mereka, mereka hanya fokus pada kad mereka dan tanpa disedari aksi mereka telah dirakam haha...

Mereka sedang leka bermain judi di tepi jalan bawah pokok durian, mereka memegang kad yang di gelar kad terup atau bermain terup, dalam agama islam judi adalah haram.














Walaupun pertaruhan hanya sekadar Rm1 hingga Rm 2 ringgit sahaja namun ia boleh menyebabkan seseorang itu kehabisan wang, jam sudah menunjukkan pukul 2.47 pagi namun mereka tidak sedar akan masa berlalu pergi, setiap waktu yang berlalu mereka dalam kerugian.

Mereka mengatakan berjudi adalah sebagai mengisi masa lapang namun bagi saya judi tetap melekakan dan boleh membawa kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang bermain.

Akibat Judi :

1. Wang gaji tidak dapat disimpan.
2. Lalai dan melekakan.
3. Menyebabkan ketagihan.
4. Boleh membawa kerosakan pada agama, bangsa dan negara.
5. Lupa tanggungjawab kepada keluarga serta anak-anak.

Dunia sekarang sudah semakin maju, kini bermain judi tidak juga tidak terhad, judi juga boleh berlaku di internit, judi online. Berjudi boleh menyebabkan seseorang itu di dalam ketagihan dan mengulangi perbuatan judi secara berulang. Zaman sekarang berjudi boleh berlaku di kala kita berseorangan dengan menggunakan talian internit.














Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang..?? Generasi muda merupakan pemangkin negara dan waris kepada negara ini. Bagaimana menghalang aktiviti judi ini..?? Judi berlaku di mana-mana sahaja, sukar untuk menangani perlaku judi ini.

Apakah pendapat anda dalam situasi judi ini..?? bagaimana menyelesaikan masalah ini, sila berikan pendapat anda. Apa perlu kita lakukan..??Gejala judi tidak dapat di bendung ia berlaku dimana-mana sahaja.

Jadi terpulang lah pada pendirian masing-masing, sebaiknya jangan hampiri judi, elakkan daripada berjudi. Wang yang ada perlu disimpan, amalkan sikap suka menabung, lakukan pelbagai kempen di tv dan surat khabar agar sedikit sebanyak dapa memberikan kesedaran pada generasi masa kini. Semoga aktiviti seperti ini dapat memberikan kesedaran pada anak-anak muda dan tanamkan hasrat suka menabung dan menyimpan wang di bank demi membentuk masa depan yang penuh gemilang.

No comments :

Post a Comment