Lihat sahaja pada si Penjual mercun itu, berbagai-bagai jenis mercun dijualnya. Katanya ada Permit Polis, setahu saya penjualan mercun jenis Pop dan Happy Boom sahaja yang dibenarkan untuk dijual tapi apa yang saya lihat pelbagai jenis mercun dijual disitu iaitu mercun Mancis, Mercun Bola dan banyak lagi.
Mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957, sesiapa yang didapati mengeluarkan, memiliki atau mengimport bunga api dan mercun boleh dipenjarakan tidak kurang lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagaimana orang tak jual mercun sebab memang ada untung dan orang ramai suka membelikannya dan menyokong apa yang mereka jual dengan alasan mahu ada keseronokan dalam musim perayaan, tetapi mereka sedarkah akan bahana mercun.
Banyak laporan di surat khabar, berita-berita yang menayangkan akan bahayanya bermain mercun ini.
gambar dari BH.
Sanggupkah kita melihat keadaan anak kita seperti ini.?? Mata buta, jari putus..?? jadi fikirlah sendiri. Penjual mercun mendapat " Untung " manakala anak kita di hospital dalam keadaan kementong kesakitan.
Bazar Ramadhan diwujudkan bagi memudahkan orang ramai untuk membeli kuih-muih, aneka juadah boleh diperolehi namun bukan tempat menjual mercun seperti ini.
Suana tenang semasa membeli juadah di sekitar bazar kini bertukar seperti berada di Medan Perang bermacam - macam bunyi Letupan boleh kedengaran disitu. Dah tu pula ramai yang melatah akibat terkejut mendengar bunyi letupan kuat Mercun Bola.
Jadi terpulang lah pada pendirian masing-masing, kalau benci akan bahana mercun lebih baik jangan sokong dengan cara membeli bahan ini, mudah bukan..!! jadi renung-renungkan lah siapa sebenarnya penyokong akan kehadiran Mercun-mercun ini, selagi ada keuntungan orang yang tidak merasa tanggungjawab kepada awam pasti akan terus menjual.
No comments :
Post a Comment