09 August 2012

Nuffnang - Free Enam Tips Duit Lambung

Huh dasyat kali ini bagaimana pula kita dapat duit berlambung dari nuffnang, semakin cangih teknologi zaman sekarang berbagai-bagai bentuk wang kita dapat, tapi kali ini duit datang secara berlambung bukan " Mael Lambung " pula ye, jangan salah faham...haha.

Bukan pulak dapat duit anda pula terlambung macam " bang mae" tapi apa yang saya maksudkan disini adalah anda dapat wang dalam bentuk cek dari nuffnang bukan wang lambung sebenarnya, tapi ini adalah tajuk artikel saya je, harap maaf lah kalau ada yang terasa hehe, bukan senang bagi mendapat atau membuat sebuah artikel yang boleh duduk di " RAFTING UTAMA GOOGLE ", saya sendiri pun mendapat sentuhan kecundang.

Tanpa melengahkan masa, jom saksikan atau mulai membaca " PERCUMA ENAM TIPS DUIT LAMBUNG " ini. 

No.1 ( BERINFORMASI )

~ Untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang anda perlu membina sebuah yang mempunyai informasi yang menarik dan berguna kepada para pembaca.

~ Para pembaca suka membaca jenis blog yang berinformasi dan ini membuat mereka teruja dan mengikuti perkembangan blog anda setiap hari.

~ Semakin ramai melawat blog anda, semakin tinggi terafik anda dan semakin tinggi pendapatan Nuffnang anda.

~ Traffik tinggi, wang pun tinggi lah anda terima.

No.2 ( UNIK & KREATIF ).

~ Untuk menjana wang dari Nuffnang, perkara yang penting ialah bentuk penulisan yang anda hasilkan itu mempunyai " aura tersendiri ".

~ Blog anda boleh memiliki " aura tersendiri " apabila anda memberikan sentuhan yang unik terhadap gaya penulisan anda.

~ Anda juga boleh membentuk sebuah gaya yang tersendiri kepada penulisan dengan menyelitkan penulisan yang bermutu, gambar yang menarik, muzik yang santai dan video toturial.

No.3 ( HUMOR )

~ Humor adalah perkara penting untuk diselitkan sekali dalam penulisan blog. Ini kerana rata-rata pembaca blog suka membaca sesuatu yang santai dan umum.

~ " Pembaca blog memerlukan satu ruang untuk mereka melepaskan tekanan".

No.4 ( TERKINI ).

~ Nuffnang suka blog yang sentiasa up to date dan sentiasa menyediakan isi kandung yang terkini.

~ Dengan sentiasa mengemaskinikan blog anda dengan pelbagai post yang terkini dan berinformasi, anda dapat meningkatkan jumlah traffic pelawat blog anda sekaligus meningkatkan pendapatan blog anda!

~ Semakin ramai melawat blog anda, semakin tinggi traffic anda dan semakin tinggi pendapatan Nuffnang anda.

No.5 ( NICHE YANG KHUSUS ).

~ Blog yang mempunyai Niche yang khusus mempunyai peluang yang cerah dalam menjana pendapatan lumayan dengan Nuffnang.

~ Blog yang berjaya adalah blog yang fokus dalm sesuatu niche.

No.6 ( TARGET ).

~ Kejayaan dalam bidang blogging bukan sekadar isi kandungan blog yang unik sahaja, ia juga turut merangkumi " target " yang anda ingin capai.

~ Dengan meletakkan " target " anda akan berusaha dengan sepenuh usaha untuk mencapainya.

Keterangan lanjut sila saksikan video ini


( by Video Amirul Hafiz ).


No comments :

Post a Comment