Bekalan Akhirat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, disini saya akan menuliskan Hal-hal berkaitan Agama yang mana saya perolehi dari rakan-rakan, buku, dari internit dan dimana sahaja dari mahupun sumber ilmu agama dari pelawat yang ingin berkongsikan ilmu agama akan saya paparkan di sini demi tatapan bersama umat islam walhal saya sendiri tidak lah begitu arif dalam hal berkaitan, untuk itu sebarang soalan yang dianjurkan kepada saya mungkin tidak dapat dijawab sedia maklum, insyaallah saya pasti setiap apa yang dikongsikan diruang ini akan saya teliti dengan betul supaya tidak terjadinya benda-benda yang tidak diingini berlaku hanya sekadar perkongsiaan bersama dan sekiranya ada dikalangan yang ingin berkongsi boleh info pada saya melalui email : benihkeli79@gmail.com atau hubungi : 019-236-1080 ( syukrilan ).
.............................................................................................................







MENGGERAKKAN ILMU DAN AMAL

Jasa Nabi s.a.w dalam menghidupkan ilmu dan mengembangkannya amat besar sekali, maka itu Islam terkenal sebagai agama ilmu dan amal. Digerakkan hati untuk mencari ilmu gan mempergunakan ilmu sebagai amalan dunia dan akhirat.

Sewaktu baginda berada di suatu tempat di Madinah, baginda melihat dua golongan manusia berkumpul dalan dua majlis berasingan. Segolongan sedang memohon kepada Allah menurut keinginan mereka, manakala golongan satu lagi sedang belajar.

" Golongan yang berdoa itu jika Allah suka ia akan perkenankan permohonan mereka dan jika tidak maka tentu tidak berhasil," demikian Nabi menilai golongan yang pertama.

"Golongan ini, mereka dalam belajar. Aku sesungguhnya dibangkitkan Allah untuk menyampaikan ilmu (pada manusia)," kata Nabi selanjutnya. Lau baginda duduk di tempat orang belajar ilmu.

Baginda Rasulullah menyampaikan ilmu kepada para sahabat baginda dengan bermacam cara. Ada yang disampaikan dalam satu majlis bersama-sama dan ada pula secara seorang demi seorang. Bila wahyu didatangkan kepada baginda maka Nabi akan sampaikan dalam majlis yang ramai. Kandungannya ada yang berupa ilmu bagi Muslimin dan ada yang berbentuk dorongan untuk bekerja, beramal buat kepentingan dunia dan akhirat. Ada pula untuk persiapan batin bagi keutamaan hidup.

Pada suatu ketika baginda menyampaikan kepentingan ilmu dan cara mendapatkannya :

" Ilmu itu merupakan khazanah (perbendaharaan). Kunci untuk mengambilnya ialah bertanya. Kerana itu (ingatlah) bertanyalah kamu, kerana dengan bertanya itu akan diberi ganjaran empat golongan. (Iaitu) orang yang bertanya, orang yang mengajar, orang yang mendengar dan orang yang mencintainya."

Sering juga didapati baginda menyampaikan ilmu kepada seseorang seperti pada Abu Zar, Abu Hurairah, Ali bin Abi Thalib dan lain-lain lagi. Ada juga baginda mendoakan kepada Allah supaya diberi yang dalam seperti pada Ibnu Abbas. Baginda juga menegaskan bahawa Qur'an itu akan berguna dengan (bantuan) ilmu. Baginda mengingatkan mencari ilmu itu tidak ada batas waktu, sejak dari kecil hinggalah ke liang lahad, dan juga tidak ada batas tempat walaupun sampai ke tanah Cina sekalipun carilah ilmu.

"Sesiapa yang mati selagi masih mencari ilmu untuk membina agama islam,(nanti) Syurga akan dekat di tempatnya dengan para Nabi, kata-kata s.a.w. disampaikan dalam satu majlis ilmu.

Peperangan Badar yang Nabi dan kaum Muslimin telah mendapat kemenangan serta menawan ramai orang Quraisy dan dibawa ke Madinah. Para sahabat ada yang berpendapat mereka itu diperlakukan dengan baik manakala ada para sahabat ingin mereka dibunuh sahaja kerana terlalu mencela Nabi terdahulu. Tetapi Nabi s.a.w. memutuskan bahawa mereka diperlakukan dengan baik dan nama yang panjang disuruh mengajar sepuluh anak-anak orang Islam.

Demikian besarnya jasa Nabi terhadap ilmu. Kaum Muslimin seterusnya memperkembangkan ilmu itu menurut kemampuan masing-masing. Orang Islam banyak menyumbangkan ilmu dalam berbagai bidang seperti ilmu aljabar, kimia, haiwan, kesihatan, muzik, falsafah, ilmu bumi dan berbagai lagi. Apalagi ilmu keagamaan dengan segala cabangnya. Semua itu untuk kemanfaatan manusia di dunia dan akhirat sebagai hasil amalan orang-orang dahulu.

Nabi s.a.w. telah memberikan bimbingan dalam mempergunakan ilmu itu agar menjadi amal iaitu bekerja dalam kemampuan masing-masing. Bekerja dalam kehidupan ini merupakan nilai yang menentukan - apakah orang bermanfaat hidupnya ataukah tidak.

Amal dan ilmu itu beriringan jaannya, amal memerlukan ilmu dan ilmu membuahkan amal. Jalinan keduanya mendatangkan manfaat besar baik untuk dunia mahupun akhirat. Tuntutan Nabi s.a.w. dalam hal ini sungguh banyak sekali.

Madinah, ibu Kota Negara Islam pada waktu itu manusianya sentiasa sibuk mengerjakan bidang masing-masing. Ada yang bertani, berdagang, bertukang, belajar dan mengajar, berternak dan sebagainya. Bayangkanlah, jikalau Nabi s.a.w. berperang, dengan angkatan yang besar dan dalam waktu yangberbulan-bulan lamanya, bagaimanakah persiapan makanan angkatan itu, siapakah yang membuat alatan perang dan kelengkapannya? Kuda dan unta yang banyak diperlukan siapa yang memternaknya dan bagaimana makanannya. Apalagi barisan rumahtangga yang ditinggalkan juga memerlukan bekalan makanan iyang mencukupi!

Maka jika dikaji, tidakkah semua itu memerlukan ilmu tentang ekonomi, teknikal, permakanan, ternakan dan juga ilmu-ilmu taktik dan srategi perang? Nabi s.a.w. telag dapat mempergunakan tenaga para sahabat dalam hal sedemikian itu sehingga segala sesuatu dapat dilaksanakan dengan perhitungan yang sempurna. Inilah ilmu dan amal yang dibimbangkan oleh baginda Rasululah dalam lapangan dunia dan akhirat.

Ilmu tidaklah sekadar tauhid, tafsir, hadits, fiqih, tetapi pula ilmu tentang kenegaraan dan kemasyarakatan sesuai dengan ketentuan damai dan perang. Begitu juga dengan amal bukan sekadar solat, puasa dan lain-lainnya.
..................................................................................................

BILA IBU BAPA SUDAH MENINGGAL

Pada suatu ketika di dalam majlis ilmu yang baginda mengajar kaum Muslimin berbagai persoalan dan ajaran-ajaran agama islam. setiap waktu majlis ini diadakan akan ramailah yang hadir dan di antara yang tidak pernah ketinggalan ialah Usaid bin Malik bin Rabiah, iaitu seorang pahlawan islam yang berkali-kali maju ke medan peperangan. beliau paling genar mendengar nasihat-nasihat Nabi tentang agama dan ilmu.

Dalam majlis itu, ketika mereka diberi peluang bertanya, seorang lelaki Bani Salmah telah bangkit dan ingin mengajukan pertanyaan kepada Nabi s.a.w.

" Ya Rasulullah, masih dapatkah lagi aku berbuat baik terhadap ibu bapaku setelah mereka meninggal dunia? Semasa kedua mereka hidup aku telah berbuat baik kepadanya menurut kesanggupan yang dapat aku lakukan. Aku ingin mengetahui apakah yang boleh aku buat sesudah mereka wafat, semoga selalulah rahmat Allah buat keduanya?"

Memang pertanyaan itu merupakan persoalan mereka juga, maka itu semua yang berada dalam majlis itu diam dan ingin mengetahui apakah jawapan Rasulullah.

" Ya, kamu dapat, solat terhadap kedua ibu bapa, dan memintakan ampun kepada Allah. Melaksanakan wasiat sesudah mereka meninggal dan selalu bersilaturahim dengan orang-orang yang dahulunya kedua mereka melakukannya. Dan juga memuliakan teman-teman keduanya," demikian jawab Nabi.

Jawapan Nabi itu kelihatan para hadirin di majlis itu dalam keadaan berfikir di samping bayangan gembira pada wajah-wajah mereka.

Mereka berfikir bagaimana solat terhadap ibu bapa. Apakah solat seperti biasa?

Akhirnya mereka difahami bahawa solat untuk ibu bapa yang meninggal dunia adalah bermaksud mendoakan mereka, semoga Allah memberikan rahmat, ampunan dan tempat mulia bagi mereka di alam Baqa".

Lelaki yang bertanyakan tadi tidak tahu bagaimana usaha in sampai pahalanya kepada orang tua yang sudah meninggal dunia ini. akhirnya beliau teringat akan sabda Nabi:

"Bila meninggal dunia seseorang manusia, putuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah yang diberikan selagi hidup, ilmu yang disebarkan dan manfaat, dan ketiganya doa dari anak yang baik yang mendoakannya."

Demikianlah lelaki itu berasa gembira kerana beliau dapat melanjutkan berbuat baik terhadap ibu bapanya.

Ajaran agama islam sungguh murni, menyuruh berbuat baik kepada orang tua kita sesudah mereka meninggal, apatah lagi kalau kedunya masih hidup. Merekalah yang banyak budinya membesar dan mengasuh kita dari kecil hinggalah dewasa.
...................................................................................................

MANUSIA DI YAUMIL MAHSYAR

Nabi s.a.w. telah diundang di satu jamuan makan. Para sahabat turut diundang dan mereka telah terlebih dahulu berkumpul. Mereka bergembira memakan makanan yang dihidangkan bersama-sama Rasulullah s.a.w., malahan pula makanan itu sesuai dengan selera baginda iaitu daging yang hampir hancur dan enak rasanya.

Suasana jamuan berakhir dengan mereka berasa senang hati dan ketika merehatkan diri itu baginda pun berkata :

" Aku nanti menjadi junjungan (pemimpin) manusia di hari kiamat. Tahukah kamu apa sebabnya?"

Sekalian yang hadir menunjukkan perhatian kepada baginda. Mereka menunggu keterangan lebih lanjut kerana Nabi s.a.w. mungkin telah mendapat wahyu dari Malaikat. Lebih lagi dalam perkara mengenai akhirat tidak sesiapa manusia pun tahu kalau tidak dikatakan oleh para Rasul.

Nabi s.a.w. meneruskan ceritanya.

" Allah nanti akan menghimpunkan sekalian manusia, orang-orang dahulu dan orang-orang di belakang mereka di suatu tempat lapangan yang besar sekali."

Dengan rupa kesungguhan dan berkeadaan tenang, baginda menerangkan perkara-perkara yang akan dialami manusia nanti, penuh duka dan sengsara iaitu sebelum pengadilan di Yaumul Mahsyar dimulai tempat semua manusia akan diadili.

Ketika itu manusia mula bertanya-tanya, " Siapakah yang dapat memohon syafaat kepada Tuhan?" demikianlah kata-kata Nabi s.a.w. selanjutnya.

Harapan mereka tertuju kepada Rasul-rasul yang dikira akan menolong, tetapi yang mana satu, masing-masing itu pula mempunyai ketentuan dan keistimewaan.

Maka berduyun-duyunlah mereka berjalan menuju kepada Nabi Allah Adam sebagai nenek moyang manusia. Tetapi Nabi Adam menolak. Baginda teringat kesalahannya memakan buah Khuldi. Lalu baginda menganjurkan kepada Nabi Allah Nuh a.s.

Pergilah manusia itu pula kepada Nuh a.s.

Tetapi baginda Nuh a.s. juga menolak, baginda teringat akan kesalahannya sewaktu berdoa : " Wahai Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan lagi adanya orang kafir di atas muka bumi." Baginda kemudian menganjurkan manusia supaya meminta pula dari Nabi Ibrahim a.s.

Mereka pun pergilah kepada Nabi Allah Ibrahim a.s., tetapi Nabi Ibrahim menolak kerana teringat akan dosa baginda dahulu yang berkata, " Aku ini sakit dan Sarah itu saudaraku (sedangkan Sarah itu isteri baginda) ," sewaktu ditanya oleh raja Mesir. " Pergilah kepada Musa a.s.!' demikian anjuran Nabi Ibrahim a.s.

Maka berjalanlah manusia itu mencari Nabi Allah Musa a.s., begitu juga Nabi Musa menolak dengan alasan baginda pernah membunuh tukang roti Firaun. " Pergilah kepada Isa a.s. kata Musa a.s.

Mereka pergi pula kepada Nabi Isa a.s., tetapi dengan rasa amat terharu kerana Nabi Isa a.s. juga menolak harapan mereka.

Ketika itulah manusia merasakan seperti disambar petir kerana tempat meminta pertolongan telah tertutup semuanya. Keharuan mereka terasa lega sedikit apabila Nabi Isa a.s. menganjurkan supaya mereka pergi kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sekalian manusia sekali lagi berangkat bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w.

" Wahai Muhammad, engkau Rasul Allah, Nabi Penghabisan. Allah telah mengampuni dosa engkau yang dahulu dan terakhir, pada masa Dia memelihara engkau jauh dari dosa. Engkau orang yang diampuni, maka pohonkan Syafaat kepada Tuhan untuk kami!" demikian mereka merayu kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad meneruskan ceritanya pada yang hadir.

Nabi Muhammad s.a.w. menerima permohonan manusia yang penuh kesulitan itu, lalu memohon kepada Allah.

" Wahai Muhammad, tegakkanlah kepalamu, mohonlah apa-apa permintaan, nanti akan diberi, kemukakanlah Syafaat nanti akan diperkenankan," Jibrail berkata kepada Nabi Muhammad atas nama Allah.

Permohonan Nabi s.a.w. itu diterima Allah sehingga terbukalah jalan bagi umat baginda dan Allah memberikan kesempatan kepada mereka untuk masuk ke Syurga.

Nabi Allah s.a.w. telah bercerita dengan panjang lebar tentang keadaan manusia di padang Mahsyar sampai nanti hadirnya Nabi s.a.w. memohon Syafaat kepada Allah. Para sahabat dan sekalian yang hadir mendengarkan cerita itu dengan penuh tekun sampai terlupa tentang hidangan di depan mereka. Tetapi cerita Rasulullah s.a.w. sangat penting bagi mereka. Muhammad lah yang menjadi penolong utama di akhirat nanti.

Selawat dan salam kepada baginda dan keluarga. Amin.
...........................................................................

MENGHARGAI PEMBANTU RUMAH TANGGA

 Mereka yang menyediakan diri untuk bekerja dalam sebuah rumah tangga orang lain, membantu dengan tenaga dari apa yang upaya dapat dibantunya.

Di dalam rumahtangga Nabi s.a.w. terdapat beberapa orang yang membantu iaitu lelaki,wanita dan juga kanak-kanak. Mereka itu seperti Anas bin Malik, Abdullah bin Mas'ud, Abu Zar Al-Ghifari, Nu'aim bin Rabi'ah, Ummu Aiman, Khaulah, Salama dan lain-lain lagi.

Mereka itu menolong menyelenggarakan keperluan Nabi dan isteri-isteri baginda dengan penuh kesetian, manakala keluarga Nabi s.a.w. menghargai mereka dengan penuh kasih sayang.

Nabi berlaku lembut kepada kanak-kanak yang membantu di rumahtangganya seperti Anas bin Malik. Pada masa tertentu Nabu akan menyediakan waktu untuk memberikan pelajaran kepada mereka sehingga sebilangannya mengetahui banyak hadist dan ilmu. Malahan kedudukan mereka lebih tiggi di dalam masyarakat, ini kerana mereka mengetahui perkara dalaman keluarga Nabi s.a.w. Mereka juga teguh memegang rahsia sekiranya ada sesuatu yang dianggap rahsia.

" Ya Allah, Engkau berikan Anas reseki, anak dan berkatilah  hidupnya." Demikian Nabi mendoakan untuk Anas.
" Siapa yang hendak melihat tawadhu" (rendah hati) Isa bin Maryam, maka lihatlah kepada Abu  Zar Al-Ghifari, " demikian penghargaan baginda kepadanya.

Demikianlah Nabi s.a.w. menghargai khidmat mereka yang diiringi pula dengan sikap yang manis. Tidak pernah baginda membentak dan mengherdik mengatakan sesuatu yang menyakiti hati mereka. Begitulah kemulian Nabi s.a.w.

Dalam kesempatan lain, baginda akan berkunjung ke rumah ibu bapa Anas untuk mengenali keluarga pelayannya. Di rumah itu Nabi bertemu ibu Anas dan saudaranya yang bernama Aba Umeir. Baginda melihat Aba Umeir berdiam diri seolah bersedih  ahti lagaknya, lalu baginda tanyakan kepada ibu Anas perihal anak itu.

Ibu Umeir terharu dengan pertanyaan Nabi kerana Aba Umeir hanya seorang kanak-kanak yang masih asyik dengan bermain-main.

" Ya Rasulullah , beliau mempunyai seekor burung tiba-tiba burung itu telah. Sebab itu beliau bersedih lagi teringatkan burungnya yang telah mati itu, makan dengan apa pula beliau akan bermain.

Setelah mendengar kata-kata ibu Anas, baginda cuba menghilangkan sedihnya dengan mengajak Aba Umeir menceritakan bagaimana beliau bermain-main dengan burung itu.

Begitulah Nabi menjadi contoh bagi kita umatnya harus berlaku baik terhadap pelayan rumahtangga sendiri dan jupa kepada kaum keluarganya. Baginda sebagai Rasul Allah turut turun menziarahi keluarga pelayannya dan mengembirakan mereka.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ANJURAN MEMPELAJARI BAHASA ASING

Pengaruh Yahudi di Madinah dan sekitarnya amat terasa sekali. Tiga Kabilah Yahudi yang besar itu ialah Bani Nadhir, Bani Quraidhah dan Bani Qainuqa. Mereka berjumlah di sekitar 10000 orang yang mempunyai pengaruh ekonomi yang kuat.

Pada mula-mula Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah menyusun piagam bagi mendamaikan golongan yang ada dan mengatur hak dan kewajipan dan dilarang peraturan itu dari dicabuli oleh mana-mana pihak.

Golongan Yahudi yang berada di tanah Arab itu datangnya dari Palestina. Mereka cekap mempelajari bahasa Arab, tetapi sikap Yahudi mereka pelihara dengan baik. Bahasa Ibrani mereka dijaga dari sebarang pengaruh bahasa Arab, Penghijarahan Nabi s.a.w. ke Madinah dan mendirikan negara Islam telah meningkatkan perasaan kedengkian Yahudi kepada islam yang cukup mendalam.

Namun diantara golongan Yahudi ada yang memeluk Islam dengan rela hati seperti Abdullah bin Salam. Beliau seorang tokoh Habar ( ahli keagamaan ) Yahudi yang cukup mahir dengan isi Kitab Taurat.

Dalam hubungan ini Nabi s.a.w. amat memerlukan sahabat-sahabat yang mahir berbahasa asing, khususnya bahasa Ibrani dari bangsa Yahudi. Tujuannya supaya dapat  berkomunikasi dengan mereka dengan lebih berkesan, disamping itu memperhatikan tindak tanduk mereka terhadap Islam, apa lagi apabila diketahui mereka meningkatkan hubungan dengan Quraisy di Mekah dan lain-lain golongan di sekitar madinah.

Nabi telah menunjukkan supaya Zaid bin tsabit segera mempelajari bahasa Yahudi dan mempelajari kitab mereka. Dengan cekap dan dalam masa hampir setengah bulan Zaid telah dapat menguasainya. Zaid adalah seorang penulis Nabi s.a.w. yang aktif dan sangat ahli ilmu faraidh.

Kedudukan Zaid sebagai jurubahasa amat penting bagi Nabi s.a.w. kerana Yahudi merupakan lawan terbesar di Kota Madinah. Jika Nabi s.a.w. mengirim surat kepada golongan Yahudi maka Zaid inilah akan menulis dalam bahasa mereka. Begitu juga apabila mereka membalas atau menulis kepada Nabi, Zaid juga akan menterjemahkan.

Di samping Zaid ini, Abdullah bin Salam juga memberikan kerjasama kepada Nabi s.a.w. apabila menghadapi Yahudi. Sebagai bekas tokoh Yahudi beliau paling mengetahui persoalan mengenai Yahudi seperti perkara-perkara hukum dan sebagainya.

Sekali peristiwa telah berlaku iaitu seorang wanita Yahudi telah melakukan zina dengan seorang lelaki sebangsanya. Masalah itu dibawa kepada Nabi s.a.w. dan baginda perlu menjatuhkan hukumannya, kerana ia berlaku dalam wilayah Islam dan dalam kehidupan beragama, Yahudi dibolehkan melakukan ajaran Taurat.

" Hukuman apa yang kamu temui  dalam Taurat terhadap orang yang berzina?" Nabi s.a.w. bertanya kepada Yahudi.

" Kami hitamkan mukanya dan kami hinakan. Kami akan naikan mereka ke atas kenderaan dan dibawa berkeliling kota, " jawab golongan Yahudi.

" Bacakan kepada kami akan isi Taurat mengenai perkata itu jika kamu benar, " kata Nabi s.a.w. lagi.

Seorang Yahudi membacakan kitab Taurat itu di depan Nabi s.a.w. dan mereka cuba membohongi baginda iaitu sambil membaca beliau menutupkan ayat-ayat yang mengenai hukuman sebenar. Beliau membacakan isi Taurat yang sebelum dan sesudahnya saja, ayat hukuman rejam ditutupi dengan tangannya.

" Perintahkan agar beliau mengangkat tangannya, " demikian Abdullah bin Salam memberitahu Nabi s.a.w. Setelah itu nyatalah bahawa ayat hukuman rejam disembunyikan mereka. Begitulah tipu muslihat Yahudi yang sering memutarkan isi Taurat.

Kedua orang yang berzina itu disuruh Nabi dihukum dengan direjam sesuai dengan hukuman Allah dalam kitab Taurat. Kehadiran Abdullah bin salam mendampingi baginda Rasulullah s.a.w. telah membantu baginda dalam mengetahui muslihat-muslihat jahatYahudi itu.

Apa yang berlaku disini adalah satu contoh  yang baik bagi kita semua agar bahasa-bahasa yang di luat Islam hendaklah dipelajari sehingga dengan itu kita boleh membawa Islam kepada mereka disamping  mengetahui tindak tanduk mereka jika mereka terdiri dari yang memusuhi Islam. Usaha sedemikian termasuk jihad fi sabilillah dan setiap tenaga yang bergerak ke arahnya disebut mijahid.

Dalam kita menegakkan yang hak ini, kita harus terlebih dahulu mengetahui gerak geri orang yang hendak menegakkan yang bathil. Bahasa dan sikap mereka serta tipu muslihat mereka harus dipelajari agar kita lebih mudah mendakwahkan dan juga menghadapinya. Tetapi jika jurang perhatian kita ke arah tersebut maka bahaya sentiasa terbuka bagi Islam dan kaum Muslimin. Dan perlu juga diingatkan bahawa mempelajari bahasa asing itu dan keadaan sesuatu bangsa janganlah sampai kita pula yang terlupa tujuan asal dan turut tenggelam dalam arus kebudayaan mereka. Jika ini terjadi maka akan datanglah bahaya atau malapetaka kepada Islam dan Nabi s.a.w. telah memberikan contoh bagi diperhatikan dan dinilai dengan baik.
=========================================================

GANJARAN BESAR AMALAN SEDEKAH

Selain bantu orang lain ia juga untuk membersihkan harta

Bersedekah adalah satu amalan yang dianjurkan dalam Islam dan mereka mempratikkannya akan beroleh ganjaran pahala besar disisi Allah.

Melalui amalan itu, seorang Mukmin bukan saja menjalankan kewajipan nya terhadap perintah Allah, malah membersihkan harta, sekaligus membantu insan lain yang memerlukan pertolongan.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman maksudnya: : Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka serta mereka pula tidak akan berdukacita." ( Surah al-Baqarah,ayat 274 )

Namun, Kriteria amalan bersedekah mestilah mengikut piawaian ditetapkan agama. Pahala dijanjikan Allah kepada orang bersedekah akan terlepas begitu sahaja apabila berlaku beberapa perkara berikut :

~ Mengungkit pemberian sedekah

Setiap pemberian hendaklah dengan niat ikhlas kerana Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan daripada manusia. Andainya pemberian yang dihulurkan itu diungkit kembali, musnahlah pahalanya.
Firman nya bermaksud : " Orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi  apa yang mereka belanjakan itu dengan kata mengungkit-ungkit..." ( Surah al-Baqarah, ayat 262 )

~ Bersikap riak

Ini satu lagi sikap buruk yang seharusnya kita hindari ketika memberikan sedekah. Riak ialah perasaan di hati yang bersifat ego dan sombong. Sikap negatif ini di terjemahkan melalui suka menunjuk agar orang lain dapat melihat dan mengetahui apa disedekahkan. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 264 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana riak.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "sesiapa yang ( melakukan satu amalan ) supaya orang menghormatinya, Allah akan menampakkan aibnya dan sesiapa ( melakukan satu amalan kerana ) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya." ( Riwayat Bukhari )

Orang yang bersifat riak akan rugi di akhirat nanti kerana pahala amalannya seperti debu berterbangan di tiup angin. Firman-Nya bermaksud: " Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal ( yang mereka pandang baik ), lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan." (Surah al-Furqan, ayat 23 )

~ Memberikan sedekah dengan cara tidak baik

Apabila kita menghulurkan bantuan, berilah dengan berhemah dan sopan. Jangan dengan sikap kasarnsambil mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk didengar. Firman-Nya bermaksud: " Orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan kata mengungkit-ungkit dan tidak menyakiti..." ( Surah Al-Baqarah, ayat 262 )

~ Memberi dengan sesuatu yang buruk.

Biasalah manusia sangat sayang akan barang yang bernilai pada dirinya dan tidak sanggup untuk memberikan kepada orang lain. Jika diberikan pun hanya yang sudah lusuh dan buruk sahaja.

Sebenarnya Islam mengalakkan kita memberikan sedekah dengan sebaik mungkin. Firman-Nya bermaksud: " Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, Dan jangan lah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kamu nafkahkan padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya..." (Surah al-Baqarah, ayat 267)

~ Sedekah dari sumber yang haram

Aspek halal haramsangat penting dalam segala persoalan dan begitulah juga dengan amalan bersedekah. Jika harta atau wang ringgit yang kita sedekah kan itu berpunca daripada sumber haram, ia langsung tertolak dan sia-sia sahaja.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: seorang hamba yang mencari harta dengan cara haram, tidak diberkati ketika dia membelanjakannya atau tidak diterima ketika menyedekahkannya dan dia tidak meninggalkannya di belakang pungungnya kecuali sebagai bekal menuju neraka.

" Sesungguhnya Allah tidak menghapuskan keburukan dengan keburukan, tetapi dia menghapuskan keburukan dengan kebaikan dan sesungguhnya kotoran itu tidak boleh membersihkan kotoran," ( Riwayat Imam Ahmad )

Inilah lima Kriteria yang perlu kita waspada agar sedekah kita akan mendapat pahala dan membawa keberkatan. ( Penulis ialah Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,Politeknik Muadzam Shah ).

No comments :

Post a Comment