12 August 2012

Jom Bincang2 " BLOG " Yang Mendapat Anugerah dari Pihak Nuffnang.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... mari kita berbincang demi kebaikan bersama buat blogger2 seantero dunia, bukan senang nak mendapat blog diberikan anugerah dari Pihak Nuffnang, banyak perlu di perlajari, banyak perlu dikaji, banyak perlu diketahui.

Kenapa saya pilih tajuk seperti ini..?? Sebab saya cuma berbincang dengan pelawat, rakan blogger yang lain mungkin kebarangkalian saya ini tepat, atau juga hanya berbincang-bincang sahaja untuk kebaikan bersama, sebab puas saya google tak yang tulis tajuk ini, sebab saya memang kehausan ilmu sahaja pada saban waktu, sifat saya suka nak ambil tahu seperti perkara-perkara baru dan segar ini.

Sifat ingin tahu saya wujud kerana duit, duit lah yang membuatkan perasaan ingin tahu saya sangat dalam, kata orang duit itu penting di dalam kehidupan serba canggih ini. Saya bukan mata duit sebenarnya huhu...cop duit ini muncul dibenak ini apabila teringat hal sewaktu saya kecil dan di zaman kanak-kanak, saya juga bukan orang senang, saban hari makan nasi dengan lauk garam sahaja, rumah dulu tak ada lektrik dan bekalan air, malam tidur pakai pelita, sumber " air bukit " sejauh sebatu dari rumah terpaksa berjalan sejauh ini mengandar air setiap. Kalau musim hujan kami sekeluarga seronok lah.

Panjang gak saya menyimpang dari tajuk asal, baik lah kita sambung balik mengikut tajuk kita di atas ini, jom sambung balik. ce wah sedap je aku ni mengarah orang..hehe..jangan marah ye..!

KEBARANGKALIAN

Wah dah masuk bab sains & matematik pula dah...haha.. Mengikut kebarangkalian saya lah, ini andaian sahaja, mungkin betul atau tidak saya tak kurang pasti. Kenapa ada Blog yang mendapat "anugerah" atau ' "award blog" dari pihak nuffnang mungkin.

1. Blog Cantik & Kreatif.
2. Artikel Blog Berinformasi.
3. Gambar Artikel Blog Cantik dan Sharp.
4. Blog Kurang Widget.
5. Blog Fokus Menulis 1 Artikel.
6. Traffik Tinggi & Komen Pelawat Tinggi.
7. Blog Kelihatan seperti Sebuah Website.

Jom Kupas...

BLOG CANTIK & KREATIF

~  Blog yang di hasilkan oleh blogger-blogger yang mendapat "BLOG AWARD NUFFNANG" ini mempunyai blog yang cantik, tulisan cantik, tulisan ada warna yang menarik, ada pelbagai warna di blok ini, Latar Belakang dan Tema Blog yang menarik dan Kreatif, Latar Belakang Blog sama dengan tajuk utama blog. Contohnya kalau tajuk uatama blog ialah "kereta", jadi diorang letak latar belakang kereta. Blogger memang kreatif, menampelkan bermacam, warna dalam masa yang sama Blog nampak timbul dan hidup, ada teknik fotografi.

ARTIKEL YANG BERINFORMASI

~ Blogger menekan artikel yang berinformasi kepada awam sahaja yang mereka tulis, artikel yang bermunafaat kepada awam, artikel yang berguna kepada masyarakat global, dan artikel mereka ditulis dalam bahasa english, maka sudah tentu ramai yang baca sebab bahasa inggeris adalah bahasa peringkat global di dunia ini. Artikal BI dalam di baca disetiap segenap pelusuk tanah air, tidak hairan lah sebuah artikel sahaja dibaca hampir 20k orang. kalau ada 100 artikel berapa agaknya jumlah pembaca blog-blog mereka.

GAMBAR ARTIKEL BLOG CANTIK & SHARP

~ Dari penelitian sahaja, dari blogwalking saya ke blog finalish ini, saya dapati blog mereka mempunyai gambar serta warna yang menarik pada gambar artikel mereka, tidak ada satu gambar yang gelap dan blur pada gambar itu, kalau adak yang gelap dilihat ianya sebagai seni pada gambar itu. Mereka mengambil berat akan kecerahan gambar, kualiti gambar,tajuk gambar sebelum di muatkan ke dalam blog mereka. Lihat sahaja pada gambar yang rakamkan terdapat pelbagai teknik fotografi di dalam gambar tersebut. Rasanya mereka menggunakan KAMERA DIGITAL SLR FOCUSING. Ini hasil dari penelitian yang saya buat dari berkunjung ke blog mereka.

BLOG KURANG WIDGET

Kebanyakkan BLOG AWARD NUFFANG tidak mempunyai widget, tidak ada widget yang banyak dan widget berat, WIDGET ini memainkan peranan yang amat besar dalam sebuah blog, berhati-hati menggunakan widget agar blog kita tidak berat semasa "loading page".

BLOG FOKUS MENULIS I ARTIKEL

~ Apa yang saya lihat mereka menyiarkan artikel hanya menggunakan 1tajuk artikel sahaja sebagai contoh, kalau blog tersebut berkaitan Pelancongan jadi blogger-bloger ini akan menulis fokus kepada pelancongan sahaja. tempat percutian, pantai, hotel, blogger hanya tulis satu bab sahaja, ini lah maksud saya. Dan sekiranya pasal makanan, mereka akan cerita pasal makanan sahaja,

TRAFFIK TINGGI & KOMEN PELAWAT TINGGI

~ Mereka menulis artikel dalam bahasa inggeris, jadi sudah tentu ramai yang baca, Orang Amerika tidak fasih berbahasa melayu begitu seterunya, jadi sudah tentu orang akan komen adalah orang yang menggunakan bahasa bi, BI adalah bahasa global, betul tak. Apabila ramai orang komen blog anda maka makin tinggi kedudukan blog anda di lihat didalam google, Lelabah Google dapat mengesan blog-blog aktif ini jadi tidak hairan lah blog-blog berada di kedudukan rafting teratas. Semakin ramai orang komen di blog anda maka makin tinggi kedudukan blog anda dan mudah dijumpai pelawat atau pembaca-pembaca blog.

BLOG KELIHATAN SEPERTI SEBUAH WEBSITE

Walaupun mereka menggunakan " BLOG PERCUMA " tetapi blog mereka seolah-olah nampak sebuah website, adakalanya mereka menggunakan blog berbayar iaitu membayar domian sebagai contoh EMAS.COM, ALI.COM, RESEPI.COM. Pada awal ianya sebuah blog percuma BLOGSPOT.COM tetapi setelah mereka memebeli domain blog tersebut bertukat alamat domain, seperti contoh sekali lagi saya terangkan, sekiranya blog percuma mereka ialah EMAS.BLOGSPOT.COM dan setelah berbayar ianya menajdi EMAS.COM

Keterangan ini bukan lah rekaan saya semata-mata tetapi ini adalah hasil kajian dan penyelidikan saya semasa mengunjungi blog-blog mereka, jadi ini adalah kebarangkalian saya, andaian saya atau tekaan saya, mungkin betul atau tidak, saya tidak pasti, namun sedikit sebanyak memang kelihatan seperti apa yang saya gambarkan seperti diatas.

Namun begitu  jika ada pembaca-pembaca disini tahu rahsia " Bagaimana Mendapatkan Blog Award Nuffang " bolehlah terangkan disini atau komen di bawah, saya alu-alukan, tak jadi masalah pada saya, berkongsi ilmu apa salahnya, mungkin anda lebih arif daripada saya, jangan malu-malu silakan komen,sekian terima kasih.

No comments :

Post a Comment