07 August 2012

Ikan Keli Selangor #1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera di ucapkan kepada pengunjung-pengunjung Blog ini, selamat berpuasa kepada yang beragama islam. Adakah anda masih kenal akan saya yang dulunya menulis blog berkaiatan ikan keli di http://www.benihkeli.wordpress.com ??

Untuk makluman kepada pembaca, blog baru saya ini adalah  berkaitan penternakan ikan keli dan perniagaan ikan keli, saya berpindah ke blog yang baru ini kerana saya mendapati blog ini mempunyai widget yang canggih dan mempunyai banyak fungsi yang menarik boleh di dapati disini.

Untuk blog baru ikan keli saya kali ini mempunyai banyak artikel selain ikan keli yang menarik yang mana mungkin bermanfaat perkongsiannya kepada semua, jutaan terima kasih kepada anda kerana meluangkan masa membaca artikel-artikel saya ini, jangan lupa berikan komen.

Tujuan saya menulis berbagai-bagai artikel di blog ini adalah untuk menarik pelbagai kaum datang ke blog baru ini disamping dengan mudah memperolehi para pembeli-pembeli ikan keli kita.

Anda boleh mula tuliskan iklan anda berkaitan ikan keli di ruang komen yang saya sediakan, dengan cara ini urusan jual beli ikan keli mudah dilakukan. Dengan adanya ramai pengunjung-pengunjung di blog baru ini maka mudahlah bagi kita berurusan di internit melalui perniagaan ikan keli yang kita usahakan selama ini.

Untuk kali ini saya akan berusaha menarik minat para pembaca pelbagai kaum datang ke blog baru ini agar segala urusan jual beli, order ikan keli, pencarian benih cepat akan berlaku disini.

Untuk makluman buat pengusaha yang berminat mengiklankan perniagaan ikan keli mereka jumlah pengunjung bog ini sudah hampir mencecah sekitar 50 orang sehari dan akan terus meningkat pengunjungnya insyaallah sedikit masa lagi. Jadi sekiranya ingin menuliskan info tentang perniagaan ikan keli anda hanya tuliskan sahaja di ruang komen disediakan sebab saya tidak mengenakan bayaran dan sekiranya mahu mengiklankan produk berbentuk gambar di blog ikan keli ini insyaallah saya akan mengenakan bayaran berpatutan dan murah.

Sekiranya ingin menghubungi saya sila klik di bahagian yang tertera di atas segala no tel telah saya sediakan diatas. Anda boleh hubungi saya terus melalui no tel.

Untuk kali ini dan mungkin selepas ini saya tidak akan menjalanlan kursus berkaitan ikan keli memandangkan saya sudah mengalami kesibukan tugas setiap hari, ini kerana ruang kursus yang saya ada agak panas ruangnya, saya mempunyai tempat yang terhad,

Selepas ini saya akan fokus kepada penjualan benih ikan dan ikan keli matang sahaja ini berikutan terdapat banyak permintaan mengenai jual beli benih dan ikan keli matang yang mana kurang pertanyaan mengenai kursus ikan keli sekarang ini.

Hanya setakat ini dahulu info dari saya dan nantikan kemunculan artikel terbaru saya setiap minggu di blog baru ini, sekian terima kasih.

No comments :

Post a Comment