06 August 2012

Ikan-ikan Keli/Lele dan Pembenihan

Ikan Keli, Ikan Lele sama sahaja rupanya bentuk,saiz, kuit dan habitatnya, kalau di malaysia disebut ikan keli, Ikan keli yang saya ternak adalah spesis ikan keli bunga clarias macrocephalus dan di negara jiran menyebutnya ikan lele dan ikan yang saya ternak adalah ikan lele sangkuriang iaitu di malaysia di sebut ikan keli bunga sebab corak badannya terdapat tompok-tompok bunga atau juga nampak macam seakan-akan corak batik.

Ikan keli mempunyai banyak spesis iaitu ikan keli :

1. Ikan Keli Kayu (  Clarias Batracus ).
2. Ikan Keli Eksotik / Keli Afrika( Clarias Gariepinus ).
3. Ikan Keli Limbat ( Clarias Nieuhofi ).
4. Ikan Keli Bunga ( Carias macrocephalus ).














( gambar sumber dari internit ).

IKAN KELI KAYU

~ Ini adalah rupa sebanarnya ikan keli kayu yang dimaksudkan, rupa cokat seakan-akan hitam, tinggal di air tawar, ikan keli jenis ini banyak di jumpai di sekitar sawah padi, longkang, parit, dan anak sungai.

~ Ikan keli kayu mempunyai warna kulit bertitik dan berbelang-belang pada bahagian ekornya, ikan keli ini dianggap berbisa. Ikan keli ini juga ialah ikan keli kampung.

~ Berat badan ikan keli boleh cecah ke saiz 300 gram ke bawah yang pernah saya dapat sewaktu memancing dahulu.

~ Ikan keli ini sangat aktif diwaktu malam, bila disuluh dengan torch ligth warna matanya nampak putih bersih, sekiranya berat ikan ini  sekitar 230-300 gram ia dianggap induk dalam penternakan ikan ikan keli.

~ Pembenihan semuajadi banyak berlaku terhadap ikan ini.












( gambar sumber dari internit ).

Ikan keli Eksotik / Ikan Keli Afrika.

~ Ini ah rupa iakn keli eksotik tadi, warnanya hitam sahaja tiada tompok-tompok pada kulitnya, ikan keli ini tidak berbisa kaau kena sengat pun cuma luka kecil sahaja.

~ Berat badannya boleh mencecah sehingga 30 kiogram yang pernah jumpa, ketika itu saya hendak menjamu selera di sebuah Restauran di sg.choh rawang, pemilik restauran hanya membela ikan keli afrika itu, kata orang sambil menjamu selera di kedainya sambil tengok ikan keli afrika tu, Ia disimpan di tepi ruang kedainya sebagai tontonan sahaja.

~ Ikan keli ini tahan lasak, larva ikan keli ini cepat membesar daripada ikan keli lain

~ Pembenihan secara semula jadi dan Teknik Aruhan.












( gambar sumber dari internit ).

IKAN KELI LIMBAT

~ Ini dia ikan kei limbat, rupa badan ikan keli limbat agak berbeza sedikit, badannya berwarna seakan warna oren. ia tinggal di bawah akar pokok-pokok kayu dan mempunyai air yang bersih keruh. ia tewas dengan umpan cacing dan daging haha..

~ Ikan keli Limbat ini boleh mencecah berat sehingga 1 kilogram yang pernah saya jumpa, spesis ikan keli limbat ini banyak ditemui kolam dimana terdapat berluka dan pokok disitu.

~ Ikan Keli Limbat juga berbisa, bisa nya tidak lah sampai sama dengan bisa ular tapi kalau kena boleh membawa bengkak pada tangan, bergantung pada ketahanan badan seseorang juga.

~ Ikan Keli Limbat juga makan umpan pancing dengan cara menelan mata pancing memang senang boeh dapat kalau mancing, tapi awas sekiranya ia tersangkut pada akar pokok di dalam air memang sukar lah nak dapat.

~ Pembenihan secara semulajadi sesuai pada spesis ikan ini.












( gambar sumber dari internit ).

IKAN KELI BUNGA

~ Ini adalah rupa sebenar ikan keli bunga yang saya maksudkan tadi, lihat sahaja pada tubuh badan ikan ini kelihatan seperti corak batin, unik betu tak..?? Ikan keli ini tidak berbisa, kadang-kadang tu hari-hari terpaksa menerima sengat ikan keli bunga sewaktu menangkapnya didalam kolam.

~ Berat ikan keli bunga ini pernah saya temui sehingga 5kg, mungkin ada lebih itu berat yang orang dah temui, saya hanya ceritakan apa yang pernah saya nampak sahaja, buat apa nak reka cerita pula kan. Kita cerita dan kongsi hanya berdasarkan apa yang pernah kita nampak.

~ Sebenarnya spesis ikan keli ini memang banyak hidup di dunia ini,  namun yang popuar rasanya spesis ni sahaja rasanya haha..saya ceritakan apa yang saya mampu je lah.

~ Lebih cerita karang merapu pula jadinya kan, baik tak payah lah sekadar 4 spesis ikan ni je ah sudah cukup rasanya orang dah tahu.

~ Pembenihan secara semulajadi dan pembenihan secara Aruhan memang sesuai pada spesis ikan ini.

No comments :

Post a Comment