05 August 2012

Benih Ikan Keli /Lele

Assalamuaaikum & Salam Sejahtera buat Pengunjung Blog ini disini saya nak tunjuk kan Benih Ikan Keli/Lele yang saya usahakan, ternyata selepas menaik tarafkan kolam pembenihan baru ia memang berhasil menghasilkan benih ikan keli.

Untuk makluman tuan/puan sedikit masa lagi kami dapat menampung permintaan benih ikan keli sedikit masa lagi dan kini kami masih lagi menjalankan kajian permakanan larva-larva ikan keli yang memang sukar mengetahui permakanan sebenarnya spesis ikan ini.


Berbagai-bagai kajian telah kami lakukan demi dapat menghasilkan benih ikan keli yang banyak dan dapat menampung permintaan benih ikan keli di sekitar tempat kami dan luar dari tempat kami sendiri.

Memang ramai yang mengatakan sekiranya mahu berjaya dalam perniagaan keli dengan cepat tanpa perlu melakukan pembenihan sendiri sebab lambat menghasilakn duit sebab terpaksa menternak benih ikan keli yang memakan masa selama 1 bulan agar benih-benih ikan keli mendapat saiz yang diingini namun bagi kami, kami tak merasa tersingung sedikit pun di atas nasihat itu. Sebab apa yang kami rasakan kemahiran membenihkan ikan keli sangat penting sekiranya mahu menjalankan perniagaan ikan keli ini kerana skemahiran itu dapat diwarisi oleh waris kita nanti.

Buat yang memerlukan benih ikan keli di selangor harap dapat menuliskan order anda di ruang komen di bawah ini memudahkan kami menghubungi anda nanti, terus terang saya ingin katakan setakat ini kami masih lagi belum mempunyai Lori bagi menghantar benih-benih ikan keli ini ke tempat anda diharap boleh datang sendiri.Mohon maaf di atas kesulitan yang di hadapi oleh syarikat kami.


No comments :

Post a Comment