31 December 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Buat Pengunjung Semua.

Selamat Menyambut Tahun baru 2013 buat rakan-rakan semua dan tidak lupa buat pengunjung-pengunjung Laman Blog ini yang setia membaca catatan saya postingkan ini, walaupun rasanya tidak hebat mana artikal2 yang saya sediakan buat semua namun sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 yang lain dalam mencari ilmu di dunia fana ini.

Semoga pada tahun baru ini telah menciptakan berbagai-bagai azam buat kita semua, ada juga azam belum sempat kita lunaskan namun tidak mengapa, ia boleh di bawa pada tahun 2013, bukan senang untuk mencapai azam-azam kita pada tahun lepas, saya juga akur akan perkara ini.

Sebagai mahluk yang hidup di muka bumi ini kita tidak terlepas dari pelbagai jenis ujian hidup yang melanda dalam kehidupan kita, buat rakan-rakan yang berjaya mencapai azam pada tahun 2012 saya ucapkan syabas kerana anda berjaya mencapai impian anda.

Buat rakan-rakan yang masih belum lagi tercapai azam nya, harapan saya agar jangan mudah putus asa, mari kita bangun semula tetapkan aazam kita hingga berjaya, saya juga  terkandas dalam mencapai azam yang saya impikan selama ini, semua orang juga dilanda masalah, semua tidak terkecuali dari menghadapi masalah seperti ini.

Bagaimana untuk memperbaiki, meneruskan, memberi semangat dalam menghadapi azam-azam yang belum terlunas pada tahun sudah ialah dengan :

1. Bersabar dengan penuh keyakinan dan berusaha bahawa suatu hari nanti akan berjaya mencapai azam tersebut dengan memperbaiki segala kelemahan yang kita ada dan mengenali punca masalah yang kita hadapi itu.

2. Mengkaji masalah yang itu, dari mana datangnya, cuba menyelesaikan masalah itu bermula dari masalah yang kecil hingga masalah yang besar secara sedikit demi sedikit hingga selesai segala masalah yang dihadapi.

3. Tuliskan segala masalah yang dihadapi di dalam sebuah buku, buat " Budget Masalah " tuliskan segala masalah yang dihadapi, tuliskan segala segalanya bermula dari yang kecil hingga ke besar-besar masalah yang dihadapi. Selesaikan masalah itu mengikut masa,hari,minggu,bulan dan tahun.

4. Buangkan segala sikap negatif suka bertangguh-tangguh dalam menyelesaikan masalah yang kecil, jika dibiarkan masalah itu lama-lama ia akan menjadi besar.

5. Akhir sekali muhasabah diri dan berdoa lah kepada tuhan selalu, ini kerana masalah yang kita hadapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia dapat dilihat melalui mata hati iaitu dengan memohon pertolongan dari tuhan yang berkuasa.

Yang baik itu datangnya dari tuhan yang berkuasa di semesta alam ini dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri, saya sekadar berkongsi panduan hidup kepada rakan-rakan serta pengunjung disini semoga memberikan manfaat kepada semua.

Sekiranya panduan yang saya berikan berfanmaat kepada pengunjung-pengunjung semua apa lah salahnya digunakan serta di praktikan, dan segala nya percuma disini dan saya tidak mengenakan sebarang bayaran dalam panduan ini.sekian terima kasih dan selamat menyambut " Tahun Baru ".


No comments :

Post a Comment