Kalau pembenihan ikan yang dilakukan tak jadi-jadi hasilnya itu, lagi sakit rasanya, letih dapat wang habis begitu sahaja. banyak kos perlu dibiayai untuk menjalankan kerja-kerja pembenihan ikan keli ni, kena ambil kira kos ovaprim, air, elektrik,tenaga kerja, palet, dan banyak lagi betul tak...??
Sudah hampir 6 tahun menjalankan perniagaan ikan keli, pendapatan sudah mula menampakkan hasilnya, bukan mudah untuk menternak benih ikan keli atau larve ikan keli yang sehalus benang kain haha..sekarang ni dah macam profeser sains ikan pula dah, hari-hari dok mengkaji ikan keli, jangan sampai wayar bertukar sudah lah.
Saiz larva ikan keli ini baru sebesar batang mancis sahaja, memang susuh untuk digrading, kena pakai jaring grading setengah inci halus sebab memang terdapat larva ikan yang paling halus disitu, waktu ini larva ikan keli sudah mampu bertahan terhadap penyakit disekitarnya janji air kolam bersih insyaallah larve ikan pasti hidup dengan sihat.
No comments :
Post a Comment