01 December 2012

Esok Ada Gp Joran Tapi Tengok Cuaca Ini

Agak-agak bagaimana kawan-kawan kita yang masuk aktiviti memancing esok ya..?? lihat sahaja keadaan cuaca sekarang ini tidak menentu. Minta-minta jangan hujan lebat sudah lah. Dengar khabar peserta GP Joran sudah mencecah ke angka 1000 orang sekarang ini.

Ini adalah siri Gp Joran 2 yang diadakan di kuala kubu bharu dengan menyediakan hadiah lumayan sehingga rm 40k , saya ucapan syabas buat bakal pemenang hadiah wang besar ini yang bakal bermula esok pagi di kuala kubu bharu.


Hah ini lah keadaan cuaca yang saya maksudkan di sekitar hulu selangor pada hari ini, hitam semacam je...bukan niat untuk menakutkan buat para peserta, saya sahaja mahu berkongsi keadaan cuaca di sekitar tempat memancing pada hari ini, memang ketika ini musim hujan lebat, janji jangan ada kilat sudah lah..

Hadiah wang besar ini akan menguji ketahanan peserta GP Joran esok dengan membawa wang besar yang sangat lumayan berjumlah Rm 40000 dengan kerja sama kerajaan Negeri Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor. Syabas semua....

No comments :

Post a Comment