02 December 2012

Gelagat GP Selangor

Salam sejahtera ini dia aksi dan gelagat di hari gp joran selangor yang diadakan pada 02 dis 2012 tadi, memang meriah sekali, kehadiran lebih 1000 membanjiri tasik melineum kuala kubu baharu menyaksikan pertandingan buat peserta gp joran yang merebut yang tunai selumayan rm 40000.


Hah...bila ikan nak makan umpan pancing ni....?? peserta ini kusyuk menantikan pancing nya di tarik ikan Toman yang pernah dinaikan oleh peserta gp selangor seberat lebih 10kg pada tahun lepas.. dipercayai terdapat lebih ribuan ekor ikan toman disini dengan keluasan tasik melineum mencecah 3 x besar dari kawasan  pekan kuala kubu bharu.





Waktu bermula sekitar jam 8pg sehingga pukul 1ptg acara ini berlangsung, tak sampai 10 minit sahaja ikan sudah memakan pancing para peserta, apalagi memancing pun tak fokus dah...asyik memandang ke arah peserta yang menaikan ikan...


Air tasik ini sangat bersih namun kita tak tahu adakah terdapat kehidupan bernyawa seperti lintah di dalam tasik ini..
Kedengaran riuh rendah di tasik melinium ini dengan jeritan para peserta gp selangor yang sedang menaikan ikan. waktu ini sekitar jam 830pg..




No comments :

Post a Comment