Kuala Lumpur: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh
atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata
sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada hari Jumaat,
namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.
Katanya, hanya Allah SWT saya yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-nya.
Namun beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat
islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan,
tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.
“ Tanda-tanda Kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan
sebagai persiapan untuk manusia menghadapainya. Kiamat ada dua iaitu Kiamat
Kecil dan Kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan
menghadapinya.
“ Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita
perlu sibuk untuk mempersiapakan diri bagi menghadapi Kiamat kerana ia bakal terjadi.
“ Ia adalah perkara ghaib yang mana Allah SWT saja yang
mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammag SAW
bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada
benih (tanaman), maka tanamlah benih itu ,” katanya ketika dihubungi di sini,
semalam.
Beliau mengulas polemic mengenai hari kiamat, yang mengikut
Kalender Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21
Disember ini.
Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di Negara ini
termasuk umat islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir
itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.
Mohamad Shukri berkata, jika umat islam mempercayai ramalan
itu, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.
“ Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku
sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat,” katanya.
SUMBER BERITA HARIAN. Selasa 18 Disember 2012.
No comments :
Post a Comment