13.07.2012 Jumaat.
Kuala kubu Bharu - Hai apa khabar semua, pada hari ini saya
nak kongsikan ilmu baru iaitu bagaimana nak menakutkan katak supaya tidaka lagi
datang ke rumah atau juga datang ke kolam penternakan ikan anda.
Kehadiran katak-katak ke rumah anda membuat kan anda takut
dan jijik melihat aksi nya yang mengerunkan buat kalangan wanita yang memang
takutkan katak ini. jadi selepas ini pastikan anda membeli sejenis ular mainan
yang di perbuat dari kayu yang di jual di kedai mainan kanak-kanak.
Ulat mainan ini anda letakkan di tepi setiap pintu rumah
anda, apabila katak mahu datang ke rumah ia akan takut untuk masuk melalui
pintu rumah anda selepas ini, jadi kehadiran katak datang ke rumah masuk
melalui pintu dapat dikurangkan.
Tapi awas sekiranya keluarga kita menghidap sakit jantung
panduan ini tidak perlu lah di gunakan takut ada yang mati terkejut pula
melihat seekor ular berada di tepi pintu rumah nanti.
Namun apa yang nak saya kongsikan pada hari ini ialah
formula ini anda boleh gunakan sepenuhnya oleh pertani atau penternakan ikan
yang tidak mahu kolam ternakan mereka dipenuhi katak, telor katak atau berudu
katak.
Kehadiran katak-katak ini menganggu kolam ternakan ikan
anda, air yang bersih untuk kita gunakan untuk menternak ikan kini dipenuhi
katak jadi kita banyak menghabiskan masa membersihkan kolam setiap hari.
Penternak mungkin mendapat kerugian dari segi masa, tenaga dan wang.
Idea ini saya dapat sewaktu saya menternak ikan di kolam
dahulu, kehadiran mereka telah menganggu aktiviti perniagaan saya walaupun
pintu telah saya tutup sepenuhnya tapi ada pula katak yang memanjat dinding
kolam ini menambahkan lagi masalah pada saya.
Harga seekor ular kayu ini pula tidak lah mahal hanya
sekitar Rm 2 seekor buatan negara china. selamat mencuba.
No comments :
Post a Comment