IKAN KELI KOLAM BATU.
Penuaian ikan mudah dilakukan hanya dengan membuka lubang kawalan air keluar sahaja tidak sampai 10 minit air didalam kolam batu ini kering, kerja-kerja greding ikan mudah, pengasingan ikan mudah, mudah dikawal, dan banyak lagi keistimewaannya berbanding kolam tanah.
Kos untuk membina kolam batu ini sekitar Rm 489.30 tapi amat berbaloi, ia tahan lasak, kerja-kerja pembersihan senang dijalankan.
IKAN KELI KOLAM TANAH.
gambar ini sumber dari internit
Ini pula ikan keli kolam tanah yang diambil dari internit, kelebihan menternakan ikan keli kolam tanah memang ada faedah yang tersendiri. Ikan yang diternak dari kolam tanah akan cepat membesar kerana mempunyai banyak bahan nutrisi dan keadaan semulajadi ikan.
Palet ikan memang jimat sangat ini kerana sumber minyak dari palet tersebut masih berlegar-legar diatas permukaan air klam tersebut dalam masa yang sama ikan-ikan keli tadi akan menyedutnya sekali dan mempercepatkan proses pembesaran ikan keli.
Kelemahannya pula berlaku diwaktu mahu menggredkan ikan-ikan keli agak sukar terpaksa,kolam perlu dikeringkan dahulu dan kerja-kerja dilakukan mengambil masa yang agak lama. Tanah yang berlumpur memang tidak digalakan untuk menternak ikan keli di khuatiri ikan-ikan keli akan masuk ke dalam Lumpur dan kita terpaksa mengorek lumpur dengan tangan dengan berhati-hati takut terpijak ikan didalam lumpur tersebut.
Kolam tanah yang berpasir amat sesuai untuk aktiviti penternakan kolam tanah, ada sesetengah pengusaha memasukkan pasir kasar terlebih dahulu bagi memastikan kolam tanah kurang berlumpur.
Tabiat ikan keli juga suka mengorek tebing kolam tanah boleh mengakibat kolam tanah kita pecah, jangan risau tebing-tebing kolam tanah ini boleh ditampal dengan simen. aktivi menggorek tebing kolam tanah oleh ikan keli mengambil masa juga jangan panik.
INDUK IKAN KELI BUNGA
Sumber gambar dari Utusan malaysia
Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana paparan gambar ini banyak saya gunakan dari sumber internit ini kerana EXTERNAL HARDISK saya rosak dan perlu digantikan dengan yang baru haha.. bukan begitu masalahnya saya tak sempat nak shot gambar nya sahaja. baik lah induk ikan keli bunga dikenal pasti melalui tubuh badan ikan-ikan ini bercorak batin berbintik-bintik sebab itu ia digelar ikan keli bunga kalau di negara jiran ia digelar INDUKAN IKAN LELE SANGKURIANG yang mempunyai sejarah sendiri iaitu dinegara jiran, boleh google sejarah ikan keli bunga ini.
Seelok-eloknya induk keli Jantan & Betina tidak dicampur sekali didalam kolam yang sama di khuatiri induk ikan ini akan menjalankan proses pembenihan semulajadi bila tiba musim hujan dan apabila suhu didalam kolam itu sejuk.
Permakanan induk-induk ini mestilah mempunyai kandungan Protien yang tinggi bagi menghasilkan telor-telor matang yang banyak dan berkualiti, induk sihat dan lincah adalah faktor kejayaan pada pengusaha benih ikan keli nanti.
No comments :
Post a Comment