Teknik paling mudah bagi menyediakan Artikel baru pada blog setiap hari ialah dengan selamat, tidak memeningkan kepala dan tak perlu bersaing dengan blogger lain melalui pencarian keywood, apa perlu kita lakukan adalah dengan cara pandang di sekeliling tempat dimana kita berada itu sahaja,mudah kan..??
Artikel yang kita tuliskan akan senantiasa di baca oleh pengunjung blog kita hanya cepat dan lambat sahaja bergantung berapa tinggi traffik yang naik pada blog kita. Bagi mencapai hasrat bagaimana meningkatkan traffik ke blog kita adalah dengan cara menulis artikel secara konsisten pada setiap hari memang sangat mudah.
Apa yang nak saya kongsikan pada hari ini ialah bagaimana cara paling mudah bagi menyediakan artikel untuk dimasukkan ke ruang posting/blog, kadang-kadang bila dah banyak sangat menulis artikel sampai satu tahap kita sudah kekeringan idea, fikir-fikir punya satu artikel tidak dapat diwujudkan, jika tiada usaha menyediakan artikel pada blog menyebabkan kehadiran para pengunjung di blog akan berkurangan, sebab ramai orang perlukan cerita-cerita atau artikel yang baru, para pengunjung mahukan sesuatu yang baru pada setiap hari.
Bagi mengatasi masalah kekeringan idea adalah dengan cara mendapat Artikel Fresh atau unik hanya menggunakan teknik pandang & tengok apa yang berada di depan mata ketika itu, apa yang kita nampak maka itulah tajuk baru artikel kita.
Contohnya paling mudah ialah apabila kita pergi ke pasar pagi,pasar malam,pasar tani atau juga ketika kita sedang memandu kereta yang pastinya kita akan ternampak berbagai-bagai gelagat manusia di depan mata seperti ada orang sedang berlari, ada sedang orang makan/menjamu selera di restauran, ada orang sedang duduk tepi jalan,depan kedai,mungkin nampak orang sedang merokok,nampak orang sedang bersembang dan banyak lagi kita boleh nampak pada masa itu, bermakna disitu kita sudah nampak artikel yang hendak ditulis pada blog nanti.
Mungkin selain nampak gelagat manusia di situ, mungkin anda juga nampak gelagat seekor kucing, nampak gelagat ayam, nampak burung terbang dan sebagainya, dari situ kita sudah mula mendapat artikel fresh untuk di tulis pada blog, tajuk artikel-artikel sentiasa unik dan fresh setiap hari sangat mudah diperolehi.
Nak lagi cantik dan menguatkan lagi tajuk artikel kita pada hari tersebut, apa salahnya kita ambil gambar atau rakam dijadikan sebagai video pendek apa yang terjadi pada masa tersebut dan di upload ke dalam blog, orang pasti baca artikel anda itu tak kisah lah apa yang kita nak tuliskan pasti orang akan baca dan pastikan artikel yang tidak berunsur negatif, merosakkan orang, pihak pengiklan di dalam blog kita dapat mengesan artikel kita sekiranya kita menulis artikel-artikel yang menyalahi undang-undang sebagai contoh, artikel memecahkan belahkan sesuatu kaum, dan artikel berbaur perkauman dan sensitif yang menjadikan negara huru hara.
Syarikat-syarikat pengiklan tidak lagi berminat dengan kita dan ini akan menyulitkan peluang anda membuat duit melalui blog. Sangat mudah bagi mendapatkan tajuk artikel setiap hari.
Sekiranya kita sudah mahir dalam mencari artikel untuk dimuatkan kedalam blog mungkin selepas ini kita tidak perlu lagi mencari keywood bagi mendapat tajuk artikel yang sesuai bagi dimuatkan dalam blog, kita tidak perlu lagi pening kepala mencari keywood yang sesuai hanya tuliskan sahaja apa yang terlintas di depan mata.
Kata orang "buat kerja baru dapat duit" hasil konsisten anda menulis artikel di blog anda setiap hari lama kelamaan anda tidak sedar bahawa traffik blog anda semakin tinggi dan anda tidak sedar anda kini telah mengumpul banyak reader yang tinggi di blog anda.
Ini bukan cerita rekaan saya semata-mata tapi ini adalah kenyataan, kebenaran apa yang pernah saya alami, anda boleh lihat contoh blog lama perniagaan saya dibawah ini :
1. Ikan Keli : http://www.benihkeli.wordpress.com.
2.Burung Walit : http://www.burungwalit.wordpress.com
Dua buah blog perniagaan saya ini telah mendapat 89-500 tiap hari tanpa saya sendari, itu pun saya tidak fokus terhadap blog cuma banyak fokus terhadap penjualan barang-barang melalui internit sahaja. Ketika dahulu saya tidak berapa faham keadaan sebenarnya dengan berbelog boleh mendatang duit melalui meletakkan kod iklan nuffnang dan google adsense ni, kini baru sedar akan kehebatan blog dan cara bagaimana buat duit dengan blog.
Disamping itu juga saya berjaya menarik minat orang awam untuk meletakkan atau menyewa ruang iklan di blog saya ini dengan bayaran yang berpatutan saya kenakan, berbaloi juga rasanya, boleh tambah-tambah pendapatan keluarga dan bayar bil Broad Band setiap bulan.
Sungguh mudah bagi mendapat tajuk artikel yang fresh setiap hari dengan mengikuti kaedah yang saya terangkan di atas, saya berkongsi kenyataan ini melalui pengalaman saya ber blog sekitar 6 tahun dahulu melalui blog di atas.
Lepas ini tak payah lagi nak cari keywood yang memeningkan kepala, tulis je artikel apa yang kita nampak di depan mata secara konsisten, sampai satu masa anda mungkin tidak sedar traffik blog kita akan tinggi, traffik blog kita akan naik sedikit-demi sedikit melalui tajuk artikel yang kita tulis setiap hari.
Cadangan yang saya sediakan hanyalah datang dari pengalaman yang saya tempuhi dan pernah saya alami, kalau nak ikut boleh...sila teruskan tapi sebaliknya mungkin ada cara lain yang lagi bagus, saya juga tidak memaksa kalau nak ikut teknik saya ini, terpulang kepada acuan masing-masing.
Semoga teknik yang saya kongsikan dapat membantu rakan-rakan yang masih baru dalam ber blog, bagi yang sudah mahir dalam dunia blog saya ucapkan syabas dan tahniah, sekian terima kasih.
Jutaan terima kasih kerana melayari laman blog ini, untuk kali ini saya cuba menciptakan sebuah lagi blog yang mana mampu mengumpul semua bangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan ikan keli atau ikan lele agar dapat memudahkan lagi urusan bersama. Di harapkan agar blog ini dapat membantu semua orang,sekian.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Perkongsian yg bermanhfaat. Yq
ReplyDelete