Ciri-ciri Nyamuk Aedes
* Berbelang hitam putih pada kakinya.
* Menggigit pada waktu pagi dan senja.
* Membiak dan menjadi dewasa dalam tempoh seminggu.
kitaran hidup nyamuk aedes mengambil masa hanya seminggu, bermula dari telur hingga menjadi nyamuk biasa.
Nyamuk-Telur-Jentik-jentik-Kepompong-Nyamuk.
CEGAH DENGGI!!
Tempak Pembiakan Nyamuk Aedes.
~ Bekas Jambangan Bunga ( Vase ).
~ Kolam Mandi / Kolah.
~ Dulang perangkap air peti sejuk.
~ Tangki simpanan air.
~ Lain-lain bekas menyimpan air.
Di Luar Rumah
~ Tayar Buruk.
~ Plastik yang boleh menakung air, Tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin.
~ Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air.
~ Palong Hujang ( Roof Gutter ).
~ Tempurung,Kulit Koko, Tungul pokok pisang, Buluh atau Daun Keladi.
CEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
* Pastikan semua bekas yang menakung air dibuang dengan betul.
* Tutup semua bekas menyimpan air atau
~ masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau
~ tukar air dan sental bekas menyimpan air bersih,seminggu sekali.
* Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
* Cuci dan sental hingga bersih piring atau pasu bunga untk menghapuskan telur nyamuk aedes setiap minggu.
* Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
* Hapuskan nyamuk Aedes dewasa dengan menggunakan semburan racun serangga (aerosol)
Jutaan terima kasih kerana melayari laman blog ini, untuk kali ini saya cuba menciptakan sebuah lagi blog yang mana mampu mengumpul semua bangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan ikan keli atau ikan lele agar dapat memudahkan lagi urusan bersama. Di harapkan agar blog ini dapat membantu semua orang,sekian.
No comments :
Post a Comment