23 July 2012

Fahami Dahulu Sebelum Membuat Loan Bank .

Salam sejahtera semuanya, apa khabar sahabat-sahabat handai yang datang melawat ke blog saya pada hari ini..? Diharapkan semoga semua sihat-sihat belaka. Tahniah saya ucapkan kepada anda mengkaji dahulu sebelum melakukan sesuatu yang penting dalam kehidupan, salahnya satu sebelum membuat tindakan yang mana semoga tidak akan menyesal di kemudian hari kelak.


Anda sudah bersedia untuk berhutang..? baiklah untuk kali ini saya nak kongsikan kepada rakan-rakan pelawat yang hadir membaca blog saya ini tujuan utama kenapa perlu kita meminjam duit/wang dari institusi perbankan, apakah perkara perlu di titik berakan sebelum meminjam.

Sumber gambar dari internit.



Perkongsian kali ini saya nak kongsikan kepada semua berdasarkan rintihan daripada rakan-rakan saya yang pernah meminjam wang dari bank, tidak ada niat dihati saya memburukan institusi kewangan rantau ini hanya sekadar berkongsi pengalaman yang saya ketahui dan dijadikan panduan kepada rakan-rakan kita yang masih lagi belum meminjam wang dengan harapan semoga tidak menyesal di kemudian hari.


Terdapat pelbagai keburukan dan kebaikannya meminjam wang dari bank untuk kegunaan seperti :


1. Meminjam wang untuk mendirikan Rumah Tangga ( Berkhawin ).
2. Beli Kereta.
3. Membeli Rumah
4.Memulakan Perniagaan.
5.Untuk kegunaan diri sendiri.


Sebelum anda meminjam wang/duit, sudahkan anda fikir kenapa aku perlu meminjam wang dan apakah kegunaan aku meminjam wang di bank..? untuk itu saya mulakan dengan tajuk utama seperti tertulis dibawah ini.

MEMINJAM WANG UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA ( BERKHAWIN )

~ Duit yang anda pinjam dari bank bagi tujuan mendirikan rumah tangga adalah satu tindakan yang memberikan anda kemudahan kewangan bagi melangsungkan gerbang perkhawinan anda, tidak ada salahnya anda meminjam wang bagi tujuan ini tapi biarlah mengikut kemampuan, tidak meminjam lebih dari kos perkhawinan anda.


~ Kos perkhawinan anda memakan belanja sekitar Rm 12000 tapi anda membuat pinjaman sekitar Rm 50k pula, tindakan ini tidak masuk akal sama sekali, tindakan seperti ini amat merugikan, kerana anda terpaksa membayar pinjaman itu memgambil masa yang agak lama dan membazirkan wang anda sendiri.

BELI KERETA BARU

~ Meminjam wang di bank bagi membeli kereta baru, bagi saya tidak mengapa kerana kereta adalah satu KEPERLUAN bagi setiap orang pada zaman ini. Kereta memudahkan anda untuk bergerak ketempat kerja, perlu sebuah kereta bila dimusim hujan, tak kan nak naik motor pula kan.


~ Bagi saya tidak mengapa anda meminjam wang di bank bagi beli kereta untuk kegunaan anda, cukuplah dengan adanya sebuah kereta sahaja, kalau nak beli sampai 2 biji kereta ini beban namanya, seelok-eloknya sebuah kereta kira oklah.

MEMBELI RUMAH KEDIAMAN

~ Meminjam wang bagi membeli rumah kediaman sendiri, ini sudah dikira anda membuat tindakan yang tepat, membeli rumah baru bagi saya, anda tidak akan mengalami kerugian malah memberikan keuntungan pada anda, ini kerana ia adalah Aset kekal anda kelak.


~ Harga sesebuah rumah boleh meningkat mengikut nilai pasaran tahun demi tahun jadi anda dikira pandai membuat pilihan tepat untuk diri sendiri.keluarga, menggandakan wang anda dan sebagainya.Jadi buat rakan-rakan kita yang masih muda, lekas-lekas lah membeli rumah kediaman ini kerana harga bayaran bulanan bagi rumah tersebut sangat rendah sebab bayaran balik pinjaman di kirakan berdasarkan umur tuan/puan.


~ Anda juga rakan-rakan saya sudah membeli 2 biji rumah sebelum ini,bertapa untungnya beliau sebab rumah pertama beliau disewakan kepada orang lain Rm 500 sebulan, kalau ada 10 biji bertuah rasanya badan, ini kisah benar apa yang saya ceritakan, tak rugi beli rumah di usia muda.


~ Bagi kakitangan kerajaan boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan, bagi kakitangan swasta boleh pinjam terus ke bank berdekatan tempat anda.

MEMULAKAN PERNIAGAAN

~ Bagi yang memulakan perniagaan untuk meminjam wang memang baguslah tindakan ini, akan tetapi buat kajian dahulu jenis perniagaan apa yang hendak anda lakukan. Sudah bersediakan kah anda untuk membayar balik pinjaman tersebut nanti.


~ Sekiranya pinjaman tersebut tidak dijelaskan dengan konsisten pada setiap bulan, anda mungkin dikenakan tindakan makamah, boleh jadi di istiharkan muflis atau di senarai hitam nama anda.Fikir dahulu, adakah perniagaan yang bakal anda lakukan boleh mmemberikan keuntungan serta boleh perniagaan itu dapat memberikan keuntungan dan dapat membayar hutang yang diarahkan oleh bank pada setiap bulan nanti.


~ Meminjam wang di bank bagi tujuan perniagaan bagi saya tidak salah pada anda, yang penting kena bayar balik pinjaman itu sehingga langsai semua hutang tersebut. Dengan ada modal permulaan,anda kini mampu memulakan perniagaan dan beroleh pendapatan lumayan dan memajukan diri anda.

UNTUK KEGUNAAN DIRI SENDIRI

~ Meminjam wang bagi kegunaan diri sendiri tanpa melakukan sesuatu tindakan boleh menguntungkan pada diri sendiri dan keluarga adalah sangat merbahaya, ini kerana anda terpaksa membayar balik pinjaman itu dan menyiksakan, gaji tinggal sedikit manakala terpaksa membayar balik pinjaman pada setiap bulan.


~ Tindakan seperti ini mesti lah diambil berat, fikir masak-masak sebelum membuat pinjaman bagi kegunaan diri sendiri tanpa mendapat keuntungan sebenarnya. Berapa banyak wang yang ada, boleh habis dengan sekelip mata.


~ Banyak rintihan yang saya dengar dari rakan-rakan saya mengenai kejadian seperti ini, pakai wang memang best tapi nak bayar balik pinjaman memang seksa, sampai ada yang tidak tidur lena pada setiap malam memikirkan hutang di sekeliling pinggang.


~ Minta maaf terlebih dahulu, tidak ada niat saya untuk menakutkan kepada rakan-rakan semua tapi hal ini telah terjadi kepada sahabat handai saya hingga kan ada yang tak mampu membeli rumah dan terpaksa membayar balik pinjaman sehingga pencen, kesian..apa boleh buat sebab tak ada yang nak nasihat pada beliau.


~ Maka inilah tujuannya saya memilih tajuk seperti diatas supaya ia dapat menjadi pertunjuk kepada rakan-rakan yang ada oada hari ini semoga lebih berhati-hati sebelum meminjamkan duit dari bank.


~ Perkongsian ini sangat ikhlas saya coretkan semoga dapat dijadikan panduan kepada yang masih lagi membuat pinjaman di bank.Mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa melalui artikel yang saya tuliskan ini, bukan ada niat untuk menakutkan kepada sesiapa, namun sekadar sebuah perkongsian buat rakan-rakan diluar sana, semoga menjadi panduan bersama.... "GUNA SEDAP, NAK BAYAR BALIK PINJAMAN MEMANG SEKSA".



2 comments :

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, anda perlu untuk meminjam wang untuk meningkatkan pengkomersilan organisasi anda? Atau anda dinafikan kredit daripada bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab, atau tidak? Anda memerlukan pinjaman atau gadai janji beban perkongsian? Anda mempunyai lokasi yang sesuai untuk hutang anda di sini! Syarikat Hollings Oz pinjaman pinjaman kepada orang yang terkenal - dan terkenal.
    Manfaat rendah dan boleh diterima daripada 2% tanpa colerteral.
    Sila hubungi kami di E-mel kepada kami hari ini jika anda perlu meminjam Email urget: Hollingsozloanfirm@gmail.com.

    ReplyDelete
  2. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Glory Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete