31 July 2012

Why do people in London called as a white man ..?

KRISTIN KREUK ( Lana Lang in smallville ).


















( pictures from internit)


This is my favorite actor or celebrity, his starring role in a story I never miss Smallville watch, if he can play constantly on broadcast television in Malaysia.

Beauty and grace that Lana Lang is on the face of my eye watching her, I never tired of watching her acting in his drama series, maybe I fell in love with her haha, I joke.

I certainly hope Smallville TV series appearing on TV in Malaysia said after this, missed it have not watched him play.

Today I want to ask and why 'The white men call London' is a secret and myth in this word ..? The fact of the london-white is pure white, congratulations ..

In our country Malaysia also have the whites but also called the white man, it is a question to me so far, I like to study the strange things that happen in this world, do not get angry because this is my hobby.

Each person has their own hobbies weird and crazy, weird things happen like in the experiments as well. That is my habit. Wants to be a scientist but I do not recognized by the world haha.


Look very beautiful Lana Lang who made ​​him as a wife is very fortunate, I express my congratulations, marriage may remain to the end of life.

I apologize for just expressing what I have and not more than that. We're not angry with Lana Lang in case I came across this article because his fanatical fans.

Maybe this time cold temperature in London, now running the Olympic Games there, right expected Olympic run smoothly to completion.

Thank you for reading my article is just, it is hoped entertained and remember that all people have their dreams, their desires are in life and expect not to be angry on my writing, you can assume it is for entertainment only.











Letak Kod Video Iklan dari NUFFNANG pada Blog


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat rakan-rakan pembaca semua. siapa disini mahir bagaimana meletakkan Kod Iklan Video Nuffnang pada blog..?? kalau ada sesiapa tahu bolehlah kongsi toturial nya di bahagian komen dibawah ini.

Semoga dengan perkongsian dan bantuan dihulurkan akan memberikan rezeki kepada rakan-rakan blog yang lain. Bayangkan iklan ini selalu sahaja keluar di Widget Player Muzik blog kita, sudah tentu ramai yang akan klik setiap masa.

Cuba copy paste atau klik link ini untuk kepastian  http://www.justin.tv/tunggalfm#/w/3523634640/2

Saksikan dulu video tersebut dalam 1 minit iklan-iklan dari nuffnang akan keluar dan berbagai iklan-iklan juga keluar dari video tersebut.

Sekiranya ada yang tahu boleh lah kongsi teknik-teknik bagaimana nak letak kod iklan video nuffnang pada blog sendiri tapi cuba lihat dulu video yang saya maksudkan itu di atas ini ada saya sendiakan Link ke Web tersebut.





Teknik Menyimpan Wang Yang Berkesan

Bagaimana kita dapat Wang..? adalah dari sumber bekerja,berniaga dan sebagainya, bagaimana meneruskan perjalanan hidup ini sekiranya tidak mempunyai wang dalam poket sendiri. Wang bukan segala-galanya bagi kita namun hidup ini memerlukan wang.

Masuk tandas pun perlu wang, nak minum, nak makan pun kena ada wang semuanya berlaku di sekeliling kita tanpa di sedari segalanya memerlukan wang. kalau tak ada wang bagaimana nak melangsung perkhawinan, bagaimana nak beli kereta dan yang penting bagaimana meneruskan kehidupan seharian.

Kita perlu makan untuk hidup, nak makan perlu ada wang sebab nak bayar sepingan nasi nanti. Bila ada wang kita akan dipandang mulia pada mata masyarakat,kawan ramai, networking ramai dan boleh juga memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan adanya wang.

Wang yang kita simpan dalam bank membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan. Bila ada wang kita juga berkuasa, dapat mentadbir negara, keluarga, umat manusia di dunia ini, kita juga sangat berpengaruh, disengani oleh orang ramai dan dihormati.

Namun bila ada wang yang banyak harus lah berhati-hati,berdisplin, tidak melakukan perkara-perkara yang merosakkan agama,bangsa dan negara. 



Jadi bagaimana nak simpan wang dengan cara yang betul sedangkan Gaji Bersih saya hanya Rm 650 sahaja diperolehi setiap bulan..?

Gaji Bersih Rm 650.00 ..??

Mari kita buat kira-kira bagaimana nak menyimpan wang dengan Gaji Bersih sekitar Rm 650 sahaja, agak mustahil gaji sebanyak ini boleh menyimpan wang namun bagi saya tak jadi masalah sekiranya mahu menyimpan wang walaupun banyak mana wang yang kita perolehi lihat langkah-langkah seperti di bawah ini :

Langkah 1.

Bagi membuat simpanan yang betul ,kita perlu menyimpan wang gaji kita sebanyak 20% setiap bulan ini kalau ikut perkongsian saya pada hari ini dan sekiranya ada yang ingin simpan wang gaji mereka sekitar 10% pun tidak mengapa bagi saya, elok simpan 20% jadi wang yang disimpan dalam bank pun banyak lah dari tahun ke tahun.

Rm 650 x 20% =  Rm 130. gaji tinggal = Rm 520.

Duit gaji yang telah di kira dan di kalikan sebanyak 20% iaitu sebanyak Rm 130 tadi hendaklah disimpan ke dalam ASB ( Amanah Saham Nasional Berhad ). Bagi yang tidak mempunyai akaun ASB boleh juga di simpan di dalam Amanah Saham 2020 yang mewakili semua kaum di malaysia.


Anda boleh buat Simpanan ASB terus ke Pejabat Pos, Maybank atau ke bank-bank yang menyediakan urusan jual & beli ASB yang memberikan Dividen 6% hingga 7% setiap tahun. Kita juga boleh buat penyimpanan ASB melalui simpanan permotongan gaji setiap bulan jadi tak perlu ke kuanter nak simpan wang, cara ini lagi mudah dan tak perlu lagi beratur setiap bulan jimat masa dan tenaga.

Langkah 2.

Setelah tolak sebanyak 20% gaji kasar tadi sekarang gaji bersih hanya tinggal sekitar Rm 520. Selepas ini kita perlu simpan lagi sebanyak 20% untuk simpanan kecemasan dan perbelanjaan bagi menantikan gaji akan datang contohnya kalau kita dapat gaji pada 25.7.2012 dan gaji akan datang pada 25.8.2012.

Pada tarikh 25.8.2012 ialah tarikh gaji akan datang, ini lah yang saya maksudkan gaji akan datang,berbalik pada pengiraan kita semula.

Rm 520 x 20% = Rm 104. gaji seterusnya akan tinggal sekitar Rm 416.00, wang gaji potongan sebanyak 20% yang dilakukan untuk kali kedua tadi adalah sebanyak Rm 104 ini adalah untuk wang pusingan,wang kecemasan,wang berlanja untuk ke tempat kerja bagi menantikan gaji bulan depan atau juga wang gaji kerja lebih masa yang bakal tiba iaitu seperti tarikh di atas 25.8.2012. kalau boleh berjimat cermat sebaik mungkin.

Langkah 3. 

Kini gaji bersih kita benar-benar sekitar Rm 416 sahaja yang tinggal jadi belikan sebuah buku tulis untuk menghasilkan atau menyiapkan sebuah buku yang di panggil " BUKU BUDGET PEBERLANJAAN BULANAN" yang berharga sekitar 60 sen sebuah.

Tuliskan segala keperluan kita di dalam BUKU BUDGET iaitu :

1. Bil Air.
2. Bil Elektrik.
3. Nafkah Isteri.
4. Repair Motor.
5. Barang Keperluan.
6. Rumah Sewa.
7. Belanja Sekolah Anak-anak.

Tuliskan segala perbelanjaan kita dan Genapkan gaji bersih yang tinggal sebanyak Rm 416 tadi melalui  item diatas, sekiranya gaji kita masih tidak mencukupi kecilkan perbelanjaan kita juga, contohnya kalau dulu bil air kita berjumlah Rm 150 sebulan, sila kurangkan sebanyak Rm 100 dan jadi Rm 50 sahaja sebulan, disini kita sudah jimat Rm 100 begitulah seterusnya sehingga menjadi genap Rm 416.00.

Sekiranya perbelanjaan kita sekitar Rm 416 sahaja, maka kecilkan perbelanjaan kita hingga genap Rm 416.00 sahaja, Lakukan pengiraan ini bagi mendisplinkan kita untuk menabung pada setiap bulan hingga sampai di satu tahap kita sudah hidup dalam kebebasan wang.

Langkah 4.

Kerja lebih masa amat penting dalam pekerjaan seharian, sekiranya tidak ada kerja lebih masa dilakukan maka perbelanjaan kita akan jadi bertambah rumit, kita perlulah mencari wang alternatif lain bagi mencari wang sampingan seperti berniaga kecil-kecilan di rumah, menjual ais krim kecil-kecilan, ambil upah dan sebagainya.

Wang kerja lebih masa yang kita perolehi di tengah  juga perlu berhati-hati digunakan pastikan beli barang yang perlu sahaja. wang gaji lebih masa kita boleh digunakan untuk membeli sayur,ikan, daging setiap hari bagi keluarga kita sementara menunggu gaji bulan depan tiba, wang lebih masa sedikit sebanyak dapat membantu kita bila kekeringan wang di tengah-tengah bulan.

Bayangkan sekiranya kita berdisplin dan konsisten menyimpan wang di setiap bulan sebanyak Rm 130 sebulan selama 1 tahun kita akan dapat sekitar Rm 1560. Kita buat simpanan selama 20 tahun iaitu Rm 1560 x 20 tahun = Rm 31200 x 7% Dividen ASB = Rm 2184 dividennya. 

Bagi kakitangan kerajaan dan swasta peluang kenaikan gaji tahunan sudah semestinya berlaku, kalau gaji statik tak naik-naik tak kan nak setia lagi dengan majikan kita sudah tentu kita akan cari kerja lain yang memberikan pendapatan yang lumayan, ada kerja lebih masa dan kenaikan gaji tahunan dan pelbagai enasiatif. Itu sekiranya kita menabung sekitar Rm 130 sahaja setiap bulan dalam ASB dan belum lagi dalam perlaburan emas. Peluang buat duit senantiasa cerah sekiranya kita menyimpan setiap bulan.

Mari kita gandakan Simpanan ASB, Perlaburan Emas kita dengan Kuasa Menyimpan Wang pada setiap bulan lihat seperti contoh pengiraan di bawah ini :

Ini hanya kira-kira simpanan asb sahaja.
a. Simpan Rm 130 bln x 1 thn = Rm 1560 x 20 tahun = Rm 31200 x 7%  ( asb ) = Rm 2184 (1 thn).
b. Simpan Rm 500 bln x 1 thn = Rm 6000 x 20 tahun = Rm 120000 x 7% (asb) = Rm 8400 (1 thn)
c. Simpan Rm 1000 bln x 1 thn = Rm 12000 x 20 tahun = RM 240000 x 7% (asb) = Rm 16800 (1thn).

Lumayan bukan.. namun ini hanyalah pengiraan untuk simpanan  ASB sekiranya di berikan 7% dividen setahun, namun sekiranya kita buat Perlaburan Emas, berapa pula keuntungan yang kita perolehi, yang pastikan Nilai Pasaran Emas selalunya tidak turun dan akan kembali naik tinggi setiap tahun.

Sebagai contoh duhulu kalau tak silap saya pada tahun 2003, pada masa itu harga 1 gram emas 999 adalah sekitar Rm 96 per gram dan tahun 2011 melambung sekitar Rm 174 per gram, lihat berapa banyak harga emas itu naik.jangan risau harga emas akan naik lagi selagi ada permintaan terhadap emas, jadi mulakan percaturan kita sekarang.

Di harapkan agar artikel saya kali dapat membantu rakan-rakan kita yang mahu menyimpan wang, simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, walau banyak mana gaji kita sekiranya tidak ada simpanan dibuat lama-lama habis juga dan tanpa di sedari ke mana perginya gaji kita tiap bulan kita tidak akan dapat mengesannya,  semoga tidak menyesal di kemudian hari, semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu sesiapa sahaja, insyaallah...





30 July 2012

Dengar Radio HITZ.FM melalui Facebook & Twiter

Jom dengar hitz.fm melalui Facebook & Twiter sangat mudah dan sialaran HITZ.FM Radio Active version 1.1 dapat didengar di seluruh Negara melalui Rangkaian Facebook dan Twiter. Sambil bersosial kita boleh dengar radio online sekali seronok apa.

Untuk mengaktifkan Radio Active hitz.fm sila klik link ini dahulu hitz.fm . atau pun copy link ini http://www.hitz.fm/dvr/ dan terus login ke akaun facebook atau twiter masing-masing.




INTERAKTIF> Android

Kegemaran stesen radio aliran Malaysia ke Peranti Android anda secara percuma!



Versi 1.0.0:
Mendengar yang paling aliran Malaysia untuk Stesen Radio dengan Seni Album, Facebook dan Twitter Connect. Juga - mengakses ciri podcast berkuasa yang termasuk terbaru Panggilan yang Gotcha, Berita dan kemas kini Trafik!

Setelah Login Facebook tadi kalau tak muncul juga radio nya sila taip hitz.my di ruang diatas sekali yang ada tulis perkataan search for people, places and things dan taip hitz.fm selepas itu radio active hitz.fm akan muncul di rangkaian facebook dan twiter anda.

 Selamat mencuba sesuatu yang baru sekian terima kasih.

Tips Hentikan Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

Ciri-ciri Nyamuk Aedes

* Berbelang hitam putih pada kakinya.
* Menggigit pada waktu pagi dan senja.
* Membiak dan menjadi dewasa dalam tempoh seminggu.


kitaran hidup nyamuk aedes mengambil masa hanya seminggu, bermula dari telur hingga menjadi nyamuk biasa.


Nyamuk-Telur-Jentik-jentik-Kepompong-Nyamuk.

CEGAH DENGGI!!

Tempak Pembiakan Nyamuk Aedes.

~ Bekas Jambangan Bunga ( Vase ).
~ Kolam Mandi / Kolah.
~ Dulang perangkap air peti sejuk.
~ Tangki simpanan air.
~ Lain-lain bekas menyimpan air.

Di Luar Rumah

~ Tayar Buruk.
~ Plastik yang boleh menakung air, Tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin.
~ Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air.
~ Palong Hujang ( Roof Gutter ).
~ Tempurung,Kulit Koko, Tungul pokok pisang, Buluh atau Daun Keladi.

CEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

* Pastikan semua bekas yang menakung air dibuang dengan betul.
* Tutup semua bekas menyimpan air atau
~ masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau
~ tukar air dan sental bekas menyimpan air bersih,seminggu sekali.
* Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
* Cuci dan sental hingga bersih piring atau pasu bunga untk menghapuskan telur nyamuk aedes setiap minggu.
* Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
* Hapuskan nyamuk Aedes dewasa dengan menggunakan semburan racun serangga (aerosol)

29 July 2012

Teknik Menanam Pokok Kesum Dalam Pasu Bunga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya hulurkan buat pengunjung dan rakan-rakan sekalian. Disini saya nak kongsikan teknik bagaimana menanam pokok kesum dalam pasu bunga di Halaman Rumah kita, sangat mudah menanam pokok ini.

Daun nya digunakan untuk membuat Laksa betulkan, baunya yang wangi membuat sup laksa sangat sedap dan meletup. Pokok kesum mudah membiak walau pun ditanam dimana-mana sahaja tempat di mana tanah tersebut berkeadaan lembab.

Tapi kali ini kita nak tanam dalam pasu bunga, disini saya ada menyediakan toturial bagaimana nak tanam pokok kesum.

Kaedah 1.

Terlebih dahulu pokok kesum dikerat pendek, sekiranya pokok kesum tersebut agak layu sebaiknya pokok kesum itu direndam dahulu sebelum ditanam supaya pokok kesum yang layu tadi nampak fresh ini kerana pokok kesum cepat menyerap air.

Pastikan daun-daun kesum di potong, jangan lupa potong di bahagian pucuk juga supaya apabila pokok kesum yang ditanam nanti akan cepat mengeluarkan Tunas Baru dan mempercepatkan pertumbuhan daun baru nya.


Kaedah 2.

Sediakan Kapas Halus, saya gunakan kapas untuk membalut dibahagian pangkal pokok kesum supaya apabila kita menyiram air di dalam pasu bunga tersebut air yang berada di dalam kapas pangkal pokok kesum akan sentiasa lembab dan tahan tahan kelembabpan selama 2 hari walaupun terdedah dengan sinaran matahari.

Ramai orang yang menanam pokok kesum pada peringkat awal akan meletaknya di bawah tempat yang redup/teduh agar pokok kesum tersebut tidak layu akan tetapi kali ini kita perlu risau lagi di mana ia perlu diletakkan sebab pangkal pokok kesum sentiasa lembab kerana fungsi kapas halus ini.

Pangkal pokok kesum tersebut di balut dengan kapas semuanya sebelum ia boleh di tanam, jangan terlalu ketat sangat, pastikan agar longgar sedikit supaya akar pokok kesum dapat tembus.

Kaedah 3.





Teknik membalut pangkal pokok kesum dengan cara yang betul dan selamat agar kulit pokok tidak pecah, balut semua pangkal pokok kesum tadi dengan menggunakan kapas halus dengan perlahan-lahan.

Kaedah 4.


Sebelum memasukkan tanah ke dalam pasu, pastikan lubang basu terlebih dahulu di tutup dengan batu supaya apabila menjalankan kerja-kerja menyiram, air yang berada dalam pasu bunga tidak keluar terlalu deras melalui lubang dan medium juga tidak akan pecah sama sekali.Selain serpihan batu, anda juga boleh gunakan benda-benda lain seperti kulit kayu,pastik dan sebagainya.

Kaedah 5.


Masukkan separuh tanah merah dan diikuti memasukkan pasir halus selepas itu lihat seperti contoh di dalam gambar, tidak perlu campur baja kompos dan sebagainya pada medium, terpulang lah sekiranya ingin memasukkan baja sekali tetapi bagi saya tidak perlu, semoga teknik yang saya kongsikan pada hari ini dapat menjimatkan kos.

Selepas itu tambahkan lagi tanah merah di atas lapisan pasir tesebut mengikut label pasu bunga anda, kadang-kadang ada orang tak nak bubuh sampai penuh tanah tersebut, bimbang tanah akan tumpah terpulang kepada acuan masing-masing. tak jadi masalah kalau sekiranya mahu letak sedikit bawah daripada level pasu bunga tersebut sekiranya penjagaannya yang rapi dilakukan dan konsisten dalam penyiraman air nanti, pokok kesum tersebut pasti hidup, insyaallah.

Kaedah 6.


Pastikan medium tersebut di cucuk dengan menggunakan kayu sedalam 4 inci bagi memudahkan pokok kesum ditanah. pokok kesum akan dimasukkan ke dalam lubang yang selesai kita cuck tadi, teknik ini memastikan kulit pokok kesum yang hendak kita tanam nanti tidak pecah ini kerana medium kita sudah semestinya keras. Boleh masukkan sebanyak 6 atau 10 batang benih pokok kesum untuk setiap pokok kesum yang ditanam di dalam sebuah pasu bunga.

Pokok kesum amat cepat membiak dan menghasilkan banyak tunas baru jadi tak perlu risau kalau tanam 6 batang sahaja pun sudah memadai.

Kaedah 7.


Jangan tanam rapat, pastikan di jarak jarakkan juga supaya proses pertumbuhan pokok kesum tidak terbantut nanti dan proses pembiakan pokok kesum akan cepat berlaku dan merumpun.

Kaedah 8.


Selepas selesai kerja-kerja memasukkan benih pokok kesum yang baru ini bermakna kita bolehlah menyiram pokok tersebut dengan perlahan-lahan sebab medium kita tadi masih lagi lembut dan boleh merosakkan struktur medium. Ini lah hasilnya, Penyiraman hendaklah di lakukan 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang, tidak perlu letak baja dan sebagainya. Selepas seminggu anda boleh lihat tunas baru di setiap pokok kesum itu nanti, selamat mencuba sekian terima kasih.






28 July 2012

Teknik,Cara,Panduan paling mudah,senang,berkesan dan tepat bagi mendapatkan artikel untuk blog kita bro

Teknik paling mudah bagi menyediakan Artikel baru pada blog setiap hari ialah dengan selamat, tidak memeningkan kepala dan tak perlu bersaing dengan blogger lain melalui pencarian keywood, apa perlu kita lakukan adalah dengan cara pandang di sekeliling tempat dimana kita berada itu sahaja,mudah kan..??

Artikel yang kita tuliskan akan senantiasa di baca oleh pengunjung blog kita hanya cepat dan lambat sahaja bergantung berapa tinggi traffik yang naik pada blog kita. Bagi mencapai hasrat bagaimana meningkatkan traffik ke blog kita adalah dengan cara menulis artikel secara konsisten pada setiap hari memang sangat mudah.

Apa yang nak saya kongsikan pada hari ini ialah bagaimana cara paling mudah bagi menyediakan artikel untuk dimasukkan ke ruang posting/blog, kadang-kadang bila dah banyak sangat menulis artikel sampai satu tahap kita sudah kekeringan idea, fikir-fikir punya satu artikel tidak dapat diwujudkan, jika tiada usaha menyediakan artikel  pada blog menyebabkan kehadiran para pengunjung di blog akan berkurangan, sebab ramai orang perlukan cerita-cerita atau artikel yang baru, para pengunjung mahukan sesuatu yang baru pada setiap hari.

Bagi mengatasi masalah kekeringan idea adalah dengan cara mendapat Artikel Fresh atau unik hanya menggunakan teknik pandang & tengok apa yang berada di depan mata ketika itu, apa yang kita nampak maka itulah tajuk baru artikel kita.

Contohnya paling mudah ialah apabila kita pergi ke pasar pagi,pasar malam,pasar tani atau juga ketika kita sedang memandu kereta yang pastinya kita akan ternampak berbagai-bagai gelagat manusia di depan mata seperti ada orang sedang berlari, ada sedang orang makan/menjamu selera di restauran, ada orang sedang duduk tepi jalan,depan kedai,mungkin nampak orang sedang merokok,nampak orang sedang bersembang dan banyak lagi kita boleh nampak pada masa itu, bermakna disitu kita sudah nampak artikel yang hendak ditulis pada blog nanti.

Mungkin selain nampak gelagat manusia di situ, mungkin anda juga nampak gelagat seekor kucing, nampak gelagat ayam, nampak burung terbang dan sebagainya, dari situ kita sudah mula mendapat artikel fresh untuk di tulis pada blog, tajuk artikel-artikel sentiasa unik dan fresh setiap hari sangat mudah diperolehi.

Nak lagi cantik dan menguatkan lagi tajuk artikel kita pada hari tersebut, apa salahnya kita ambil gambar atau rakam dijadikan sebagai video pendek apa yang terjadi pada masa tersebut dan di upload ke dalam blog, orang pasti baca artikel anda itu tak kisah lah apa yang kita nak tuliskan pasti orang akan baca dan pastikan artikel yang tidak berunsur negatif, merosakkan orang, pihak pengiklan di dalam blog kita dapat mengesan artikel kita sekiranya kita menulis artikel-artikel yang menyalahi undang-undang sebagai contoh, artikel memecahkan belahkan sesuatu kaum, dan artikel berbaur perkauman dan sensitif yang menjadikan negara huru hara.

Syarikat-syarikat pengiklan tidak lagi berminat dengan kita dan ini akan menyulitkan peluang anda membuat duit melalui blog. Sangat mudah bagi mendapatkan tajuk artikel setiap hari.

Sekiranya kita sudah mahir dalam mencari artikel untuk dimuatkan kedalam blog mungkin selepas ini kita tidak perlu lagi mencari keywood bagi mendapat tajuk artikel yang sesuai bagi dimuatkan dalam blog, kita tidak perlu lagi pening kepala mencari keywood yang sesuai hanya tuliskan sahaja apa yang terlintas di depan mata.

Kata orang "buat kerja baru dapat duit" hasil konsisten anda menulis artikel di blog anda setiap hari lama kelamaan anda tidak sedar bahawa traffik blog anda semakin tinggi dan anda tidak sedar anda kini telah mengumpul banyak reader yang tinggi di blog anda.

Ini bukan cerita rekaan saya semata-mata tapi ini adalah kenyataan, kebenaran apa yang pernah saya alami,  anda boleh lihat contoh blog lama perniagaan saya dibawah ini :

1. Ikan Keli : http://www.benihkeli.wordpress.com.
2.Burung Walit : http://www.burungwalit.wordpress.com

Dua buah blog perniagaan saya ini telah mendapat 89-500 tiap hari tanpa saya sendari, itu pun saya tidak fokus terhadap blog cuma banyak fokus terhadap penjualan barang-barang melalui internit sahaja. Ketika dahulu saya tidak berapa faham keadaan sebenarnya dengan berbelog boleh mendatang duit melalui meletakkan kod iklan nuffnang dan google adsense ni, kini baru sedar akan kehebatan blog dan cara bagaimana buat duit dengan blog.

Disamping itu juga saya berjaya menarik minat orang awam untuk meletakkan atau menyewa ruang iklan di blog saya ini dengan bayaran yang berpatutan saya kenakan, berbaloi juga rasanya, boleh tambah-tambah pendapatan keluarga dan bayar bil Broad Band setiap bulan.

Sungguh mudah bagi mendapat tajuk artikel yang fresh setiap hari dengan mengikuti kaedah yang saya terangkan di atas, saya berkongsi kenyataan ini melalui pengalaman saya ber blog sekitar 6 tahun dahulu melalui blog di atas.

Lepas ini tak payah lagi nak cari keywood yang memeningkan kepala, tulis je artikel apa yang kita nampak di depan mata secara konsisten, sampai satu masa anda mungkin tidak sedar traffik blog kita akan tinggi, traffik blog kita akan naik sedikit-demi sedikit melalui tajuk artikel yang kita tulis setiap hari.

Cadangan yang saya sediakan hanyalah datang dari pengalaman yang saya tempuhi dan pernah saya alami, kalau nak ikut boleh...sila teruskan tapi sebaliknya mungkin ada cara lain yang lagi bagus, saya juga tidak memaksa kalau nak ikut teknik saya ini, terpulang kepada acuan masing-masing.

Semoga teknik yang saya kongsikan dapat membantu rakan-rakan yang masih baru dalam ber blog, bagi yang sudah mahir dalam dunia blog saya ucapkan syabas dan tahniah, sekian terima kasih.



27 July 2012

Benih Ikan Keli Di Selangor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Pusat penjualan benih ikan keli di selangor akan di buka tidak lagi ini berikutan kolam pembenihan ikan yang baru dibina sudah siap sepenuhnya, dijangka akan mula beroperasi pada bulan 9 tidak lama lagi.


Pengurus Syarikat SnR Agro Enterprise memohon ampun dan maaf ini kerana tidak dapat menampung bekalan benih ikan keli di selangor atas faktor tempat yang sangat terhad dan tidak cukup tempat bagi menghasilkan benih ikan keli yang banyak.




Syarikat juga menjalankan aktiviti penternakan ikan keli hanya di belakang Halaman Rumah beliau, hampir 6 tahun bergelumang dalam Dunia Penternakan Ikan keli dan kini syarikat sudah berasa selesa ini kerana benih-benih ikan keli sudah dapat dibiakan sepenuhnya namun masih lagi tidak dapat menampung permintaan tinggi benih ikan keli di selangor.


Benih ikan keli kami hanya di jual di sekitar Kuala Kubu Bharu sahaja, pihak syarikat amat memohon maaf di atas kesulitan yang dialami, usaha demi usaha telah dilakukan ke arah memastikan bekalan benih ikan keli mencukupi.


Kami juga menyarankan agar pihak pembeli benih ikan keli dapat menuliskan komen mereka di bahagian komen yang disediakan ini kerana selain negeri selangor ada juga pengusaha benih ikan keli lain yang membekalkan benih ikan keli dan dalam masa yang sama order benih ikan keli anda akan dilihat oleh mereka. 


Sila tinggalkan nama, no tel dan jumlah kuantiti benih keli yang diperlukan bagi memudahkan anda dihubungi oleh penternak benih ikan lain. diharapkan para pembeli-pembeli benih ikan keli dapat bekerjasama bagi memudahkan urusana dalam penternakan ikan keli dan berpeluang mencipta pendapatan dalam ikan keli bersama.


Video di atas adalah rakaman terbaru benih ikan keli SnR Agro yang berhasil dibiakkan dan sudah di jual kepada pengusaha-pengusaha ikan keli di kuala kubu bharu. Pihak kami telah hadir ke Jabatan Perikanan Daerah Hulu Selangor bagi memohon tanah jabatan perikanan bagi menghasilkan lebih banyak lagi benih ikan pada masa akan datang namun tidak berhasil.


Pihak kami juga telah di datangi oleh pengusaha ikan keli lain yang mahu berkongsi dalam perniagaan ini namun kami terpaksa menolak pelawaan berkongsi dalam perniagaan keli ini atas sebab kami juga dahulu nya telah ditipu atas kebimbangan itu kami tidak lagi mahu menanggung risikonya sebab pernah terjadi kepada kami buat pertama kalinya dahulu.


Cadangan kami kepada para-para penternak ikan keli yang sudah baru dan lama agar tidak ada perkongsian perniagaan dalam ikan keli bersama  individu lain bimbang akan terjadi hal yang tidak diingini berlaku, memang pada dahulunya syarikat snr agri gah dengan bekalan ikan keli yang banyak pada setiap bulan namun kini semua segalanya hilang begitu sahaja.


Rakan kongsi saya telah berlaku tidak keadilan semasa penjual bekalan ikan dan kini kami terpaksa menanggung kerugian Ribuan Ringgit kini dan terpaksa berhutang dengan Bank dan terpaksa menbayar hutang selama 20 tahun. Apa boleh buat benda dah nak jadi seperti ni, kita hanya merancang namun tuhan yang menentukan segala. Ini hanya cadangan saya, itu pun kalau tuan/puan nak ikut cakap saya terpulanglah saya ikhlas apa yang saya kongsikan dan juga kami juga tidak memaksa kalau nak ikut cadangan saya.


Sekarang kami tetap akan meneruskan usaha dalam penternakan ikan keli, bagi kami itu adalah segalanya dugaan dalam perniagaan.Kini kami terpaksa bermula dari bawah kembali, alhamdulillah dalam masa tidak lama lagi penjualan benih ikan keli di selangor juga sekitar kuala kubu bharu akan kembali beroperasi kembali diharapkan pelangan-pelangan kami dapat bersabar terhadap kesulitan yang kami alami kini.


Kepada yang sudah berjaya dalam penternakan ikan keli, pembenihan ikan keli syabas kami ucapkan kerana memilih perniagaan ikan keli dan masih lagi menjalankan perniagaan ikan keli. apa yang kami kongsikan disini adalah pengalaman yang kami tempuhi dan tidak ada niat untuk mempersendakan penetrnak ikan ikan keli yang lain, ia sebagai renungan buat semua.


Kami juga berharap agar para pembeli-pembeli benih ikan keli dapat kan benih ikan dari pengusaha lain dahulu sementara menunggu bekalan benih ikan keli kami, bekalan benih ikan keli kami akan kami update kan di blog ini pada masa akan datang sekiranya ada yang memerlukan benih ikan keli maka bolehlah komen di bahagian komen yang disediakan moga dengan cara ini anda boleh dihubungi oleh pembekal benih ikan keli luar selangor.


26 July 2012

HaI SeMuA " JoM PaKAi BaJu BaRU " TRUDY & TEDDY 2012.

Hi...SeMuA..
Nama saya Mufeeda Khaisara Bt Syukri..
Panggilan Manja PAPAP..
Umur 1 lapan 8 bulan..

















Hari ini mak dan abah suruh PaPaP..pakai baju baru..seronoknya.. mak suruh pakai lawa-lawa..Ini patung kesayangan PaPaP..nama dia TEDDY..
Mak Ada belikan 2 patung iaitu Patung Teddy dan patung Bear..
Bila malam PaPaP tidur bersama mereka, seronok tak payah pakai selimut..hehe..lihat ni ha gambar patung kesayangan saya.



Ni la 2 patung saya..meraka lah kawan tidur saya setiap malam..Mak & Abah belikan.. PaPaP sayang mereka..akang..akang..bye..

Ops...ni abang saya ..nama dia Mohd.Zhukry Nazaim Bin Syukri.. Umur dia 5 tahun. panggilan manja dia...Acapeni...Dia suka bergaya aje...gelagat dia cukup membuatkan PaPaP senyum hehe..

~ Em...ini lah rumah tinggal kami...rumah kami kecil..tapi kami berterima kasih sebab Abah dah sediakan kehidupan kami begini walaupun rumah kami kecil tapi setiap hari kami bahagia bersama Mak & Ayah..
~ Cantik tak baju kami nie..? kami ada basikal dan kereta kecil Abah belikan...kalau nak join main jom ah...PaPaP tak kisah...Jom sekali main dengan kami bersama..Bye semua...

Mari Mencari duit Global di internit

Tahniah..tahniah..kerana anda membuat pilihan tepat dengan melayari Laman Blog ini, ini kerana saya hendak ceritakan bagaimana untuk dapatkan duit melalui alam maya sehingga ke pelusuk dunia iaitu secara ke peringkat global.


Bayangkan anda tidak perlu membanting tulang, berpeluh di panas terik namun hanya berbekalkan sebuah komputer/laptop dan sambungan internit pada laptop atau komputer dan anda mampu mendapatkan duit seberapa banyak yang anda mahu masuk ke poket anda.


Asalnya dulu saya tidak berapa setuju dan yakin bahawa seseorang itu boleh menghasilkan duit melalui Medium Internit, setelah hampir 10 tahun menggunakan internit seperti hari ini saya kini yakin apa yang dikatakan oleh orang bahawa internit boleh menghasilkan duit ribuan ringgit.


Setelah hampir 6 tahun saya aktif berbelog dan kini saya benar-benar yakin internit boleh memberikan wang kepada kita melalui blog, apa yang saya tahu dulu hanyalah menjual barang seperti ebook, kertas kerja, toturial, ilmu, grafik  itu  sahaja yang boleh mendatangkan duit apabila ada urusan jual beli dilakukan tapi kini tidak lagi semua salah tanggapan saya selama ini.


Ikhlas saya katakan rupa-rupanya selama ini dengan hanya duduk didepan komputer sambil berbelog boleh menghasilkan wang beribu ringgit, dahsyat sekali. bila dah tahu rugi pula rasanya dulu selama 6 tahun berblog saya hanya menjual ebook dan prodak itu lah fokus saya, menyesal tak sudah saya rasa, namun saya tidak patah semangat lagi, selepas ini saya lebih serious dalam berblog.


Saya nak kongsikan pada hari ini bagaimana mendapatkan duit dari blog yang mana duit yang ada dalam pasaran global internit adalah bukan duit saya atau pun duit saudara namun duit itu adalah untuk mereka yang benar-benar berusaha bagi mendapatkannya seperti menghasilkan blog dan meletakan kod iklan nuffang dan google adsense.


Mereka menghasilkan duit dari internit hanya dengan aktif berblog menulis berbagai-bagai artikel dalam kehidupan mereka bagi membuat traffik yang tinggi ke blog mereka dan dalam masa yang sama mereka dibayar melalui iklan yang mereka tampal dari nuffnang dan google adsense.


Apa yang mereka buat tiap hari sangat mudah, semua orang boleh lakukan hanya menulis artikel biasa sahaja mereka mampu mencipta wang di internit, artikel-artikel yang mereka tulis sangat mudah hanya menceritakan kehidupam mereka seperti kisah menjaga anak, kisah berjalan ke pasar malam, kisah kawan-kawan dengan hanya menuliskan artikel sebegini mereka mampu menarik minat orang membaca kisah mereka dan akhirnya mereka dibayar oleh nuffnang kerana disebabkan traffik tinggi blog mereka dan ada urusan jual beli diinternit melalui kod iklan yang disediakan oleh pihak nuffnang dan google.


Duit yang ada di internit sangat global semua orang boleh mendapatkan nya sebab di dunia ini semua orang melayari internit, menggunakan internit, begitu besar dan ramai penduduk didunia tak mustahil anda tidak boleh membuat wang ini kerana setiap artikel yang anda tuliskan memang ada pembacanya mungkin orang dari London, india,jepun,indonesia dan banyak lagi hanya cepat dan lambat di baca oleh mereka.


Peluang untuk membuat wang di internit sangat cerah dan mudah apa perlu anda buat bagi mendapatkan duit, kita perlu konsisten menulis di blog dengan pelbagai artikel kemasyarakatan, tidak kisah apa yang anda tulis orang pasti datang baca asalkan jangan tulis cerita porno sudahlah syarikat yang bayar kita komisen tidak suka cerita-cerita atau artikel yang berunsur negatif yang boleh memudaratkan kehidupan manusia.


Buat lah cerita yang baik-baik, cerita yang boleh memajukan manusia, cerita yang boleh memberi semangat kepada manusia berubah jadi baik baru anda boleh buat duit dari blog. bayangkan dengan ada blog peribadi anda, selagi ada orang masuk baca artikel anda di blog yang anda hasilkan, anda mampu mendapatkan duit bagi setiap bulan, bayangkan sekiranya blog anda berusia sehingga 20 tahun lamanya selama itu juga lah anda masih menerima pendapatan.


Bagi mendapatkan duit dari blog kita perlu ada komitmen menulis artikel setiap hari, semiggu sekali pun boleh, siapa rajin dan berusaha bersungguh-sungguh maka banyak lah duit yang dia perolehi. sistem yang diorang buatkan sangat adil, siapa usaha lebih maka dia lah yang akan dapat lebih.


Jangan ingat hari ini kita buat blog esok kita akan dapat duit, bagi mendapat duit dari artikel yang kita tulis dalam blog memang memakan masa, kita juga perlu mahir dalam penggunaan mencari keywood sesuai bagi mendapat tajuk yang tinggi pembacanya, perlu ada ilmu dalam hal ini maka rajin-rajin lah google di laman web/blog rakan-rakan yang lain, memang ramai yang berkongsi idea dan tips bagaimana menghasilkan duit dari mereka maka kenalah rajin baca ilmu-ilmu yang mereka sampaikan di blog mereka.


Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu rakan-rakan semua, apa yang saya kongsikan dalam blog ini adalah datang dari hati saya yang ikhlas berkongsi apa-apa yang saya tahu, saya tidak mengenakan sebarang bayaran pun hanya sekadar perkongsian ilmu semata-mata, sekiranya ada yang tersingung dan terguris perasaan saya mohon ampun dan maaf tidak terlintas dihati saya untuk menyakiti hati sesiapa hanya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya demi mencari trafik ke blog saya ini. Apalah salah kiranya kita sama-sama berjuang demi mendapatkan wang bagi menampung kehidupan kita, menambahkan lagi ekonomi keluarga bangsa dan masyarakat bersama, itu pun kalau ada yang berminat dalam hal ini,tiada paksaan semata-mata sekian terima kasih.



23 July 2012

Fahami Dahulu Sebelum Membuat Loan Bank .

Salam sejahtera semuanya, apa khabar sahabat-sahabat handai yang datang melawat ke blog saya pada hari ini..? Diharapkan semoga semua sihat-sihat belaka. Tahniah saya ucapkan kepada anda mengkaji dahulu sebelum melakukan sesuatu yang penting dalam kehidupan, salahnya satu sebelum membuat tindakan yang mana semoga tidak akan menyesal di kemudian hari kelak.


Anda sudah bersedia untuk berhutang..? baiklah untuk kali ini saya nak kongsikan kepada rakan-rakan pelawat yang hadir membaca blog saya ini tujuan utama kenapa perlu kita meminjam duit/wang dari institusi perbankan, apakah perkara perlu di titik berakan sebelum meminjam.

Sumber gambar dari internit.



Perkongsian kali ini saya nak kongsikan kepada semua berdasarkan rintihan daripada rakan-rakan saya yang pernah meminjam wang dari bank, tidak ada niat dihati saya memburukan institusi kewangan rantau ini hanya sekadar berkongsi pengalaman yang saya ketahui dan dijadikan panduan kepada rakan-rakan kita yang masih lagi belum meminjam wang dengan harapan semoga tidak menyesal di kemudian hari.


Terdapat pelbagai keburukan dan kebaikannya meminjam wang dari bank untuk kegunaan seperti :


1. Meminjam wang untuk mendirikan Rumah Tangga ( Berkhawin ).
2. Beli Kereta.
3. Membeli Rumah
4.Memulakan Perniagaan.
5.Untuk kegunaan diri sendiri.


Sebelum anda meminjam wang/duit, sudahkan anda fikir kenapa aku perlu meminjam wang dan apakah kegunaan aku meminjam wang di bank..? untuk itu saya mulakan dengan tajuk utama seperti tertulis dibawah ini.

MEMINJAM WANG UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA ( BERKHAWIN )

~ Duit yang anda pinjam dari bank bagi tujuan mendirikan rumah tangga adalah satu tindakan yang memberikan anda kemudahan kewangan bagi melangsungkan gerbang perkhawinan anda, tidak ada salahnya anda meminjam wang bagi tujuan ini tapi biarlah mengikut kemampuan, tidak meminjam lebih dari kos perkhawinan anda.


~ Kos perkhawinan anda memakan belanja sekitar Rm 12000 tapi anda membuat pinjaman sekitar Rm 50k pula, tindakan ini tidak masuk akal sama sekali, tindakan seperti ini amat merugikan, kerana anda terpaksa membayar pinjaman itu memgambil masa yang agak lama dan membazirkan wang anda sendiri.

BELI KERETA BARU

~ Meminjam wang di bank bagi membeli kereta baru, bagi saya tidak mengapa kerana kereta adalah satu KEPERLUAN bagi setiap orang pada zaman ini. Kereta memudahkan anda untuk bergerak ketempat kerja, perlu sebuah kereta bila dimusim hujan, tak kan nak naik motor pula kan.


~ Bagi saya tidak mengapa anda meminjam wang di bank bagi beli kereta untuk kegunaan anda, cukuplah dengan adanya sebuah kereta sahaja, kalau nak beli sampai 2 biji kereta ini beban namanya, seelok-eloknya sebuah kereta kira oklah.

MEMBELI RUMAH KEDIAMAN

~ Meminjam wang bagi membeli rumah kediaman sendiri, ini sudah dikira anda membuat tindakan yang tepat, membeli rumah baru bagi saya, anda tidak akan mengalami kerugian malah memberikan keuntungan pada anda, ini kerana ia adalah Aset kekal anda kelak.


~ Harga sesebuah rumah boleh meningkat mengikut nilai pasaran tahun demi tahun jadi anda dikira pandai membuat pilihan tepat untuk diri sendiri.keluarga, menggandakan wang anda dan sebagainya.Jadi buat rakan-rakan kita yang masih muda, lekas-lekas lah membeli rumah kediaman ini kerana harga bayaran bulanan bagi rumah tersebut sangat rendah sebab bayaran balik pinjaman di kirakan berdasarkan umur tuan/puan.


~ Anda juga rakan-rakan saya sudah membeli 2 biji rumah sebelum ini,bertapa untungnya beliau sebab rumah pertama beliau disewakan kepada orang lain Rm 500 sebulan, kalau ada 10 biji bertuah rasanya badan, ini kisah benar apa yang saya ceritakan, tak rugi beli rumah di usia muda.


~ Bagi kakitangan kerajaan boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan, bagi kakitangan swasta boleh pinjam terus ke bank berdekatan tempat anda.

MEMULAKAN PERNIAGAAN

~ Bagi yang memulakan perniagaan untuk meminjam wang memang baguslah tindakan ini, akan tetapi buat kajian dahulu jenis perniagaan apa yang hendak anda lakukan. Sudah bersediakan kah anda untuk membayar balik pinjaman tersebut nanti.


~ Sekiranya pinjaman tersebut tidak dijelaskan dengan konsisten pada setiap bulan, anda mungkin dikenakan tindakan makamah, boleh jadi di istiharkan muflis atau di senarai hitam nama anda.Fikir dahulu, adakah perniagaan yang bakal anda lakukan boleh mmemberikan keuntungan serta boleh perniagaan itu dapat memberikan keuntungan dan dapat membayar hutang yang diarahkan oleh bank pada setiap bulan nanti.


~ Meminjam wang di bank bagi tujuan perniagaan bagi saya tidak salah pada anda, yang penting kena bayar balik pinjaman itu sehingga langsai semua hutang tersebut. Dengan ada modal permulaan,anda kini mampu memulakan perniagaan dan beroleh pendapatan lumayan dan memajukan diri anda.

UNTUK KEGUNAAN DIRI SENDIRI

~ Meminjam wang bagi kegunaan diri sendiri tanpa melakukan sesuatu tindakan boleh menguntungkan pada diri sendiri dan keluarga adalah sangat merbahaya, ini kerana anda terpaksa membayar balik pinjaman itu dan menyiksakan, gaji tinggal sedikit manakala terpaksa membayar balik pinjaman pada setiap bulan.


~ Tindakan seperti ini mesti lah diambil berat, fikir masak-masak sebelum membuat pinjaman bagi kegunaan diri sendiri tanpa mendapat keuntungan sebenarnya. Berapa banyak wang yang ada, boleh habis dengan sekelip mata.


~ Banyak rintihan yang saya dengar dari rakan-rakan saya mengenai kejadian seperti ini, pakai wang memang best tapi nak bayar balik pinjaman memang seksa, sampai ada yang tidak tidur lena pada setiap malam memikirkan hutang di sekeliling pinggang.


~ Minta maaf terlebih dahulu, tidak ada niat saya untuk menakutkan kepada rakan-rakan semua tapi hal ini telah terjadi kepada sahabat handai saya hingga kan ada yang tak mampu membeli rumah dan terpaksa membayar balik pinjaman sehingga pencen, kesian..apa boleh buat sebab tak ada yang nak nasihat pada beliau.


~ Maka inilah tujuannya saya memilih tajuk seperti diatas supaya ia dapat menjadi pertunjuk kepada rakan-rakan yang ada oada hari ini semoga lebih berhati-hati sebelum meminjamkan duit dari bank.


~ Perkongsian ini sangat ikhlas saya coretkan semoga dapat dijadikan panduan kepada yang masih lagi membuat pinjaman di bank.Mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terasa melalui artikel yang saya tuliskan ini, bukan ada niat untuk menakutkan kepada sesiapa, namun sekadar sebuah perkongsian buat rakan-rakan diluar sana, semoga menjadi panduan bersama.... "GUNA SEDAP, NAK BAYAR BALIK PINJAMAN MEMANG SEKSA".



22 July 2012

Pelangi Petang 7 Lapis Kuala Kubu Bharu

Hah...ini dia Pelangi Petang 7 Lapis Kuala Kubu Bharu yang rakam ketika balik dari bagi makan ikan keli, hujan renyai masih belum berhenti tiba-tiba ternampak pelangi ( Rainbow ). Apa lagi saya terus merakam kewujudannya. 


Selalunya ribuan ekor burung walit yang balik kerumah peternak-penternak burung walit di kuala kubu bharu, tapi petang ini tak kelihatan kelihatan ribuan Koloni Walit, ada pun 2..3..ekor sahaja tapi tak mengapa sebab saya pun dah lama tidak nampak pelangi ini, dulu adalah tapi dah lama dan kini baru nampak ianya.




Mungkin petang itu rezeki saya kot..? alamak dah ada kot..kot..dah ni, hehe, maksudnya kebangkalian pada petang itu saya nampak pelangi ini, kelihatan di awan tinggi berhampiran rumah saya sekitar jam 7.12 petang, saya duduk di kuala kubu jadi saya tulislah tajuk nya pelangi petang 7 lapis kuala kubu bharu, alamak ada 7 lapis apa ke benda tu...oh itu dia warnanya, ialah pelangi ada 7 lapisan warna iaitu Jingga,Merah,Kuning,Hijau,Biru,Nila dan unggu.


18 July 2012

Panduan Buat Duit Guna Kertas,Pen,Kamera Digital & Blog


Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana meluangkan masa mengunjungi Blog ini, pada hari ini saya ingin berkongsikan bagaimana membuat duit online hanya menggunakan Peralatan seperti diatas ini sahaja dan disebalik itu ada Rahsia yang tidak ramai orang ketahui.

Mudah sahaja Buat Duit Atau Wang dengan Online jika kita tahu kaedahnya, anda harus berusaha memperolehi berbagai-bagai ilmu yang ada di medium internit selain mencari ilmu dengan membeli buku-buku berkaitan wang di kedai-kedai buku. Apa salahnya anda belanjakan sedikit wang untuk membeli buku-buku mengenai wang dan bagaimana mendapatkan wang atau duit.

Dengan adanya ilmu anda dapat menghasilkan duit yang sangat banyak hanya duduk didepan Komputer sambil menonton tv,mendengar radio dan sebagainya. Untuk mendapat apa yang kita inginkan kita harus berusaha bekerja keras untuk mendapatkannya.

Kaedah-kaedah yang nak saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman yang saya sudah lalui dan pernah mendapat income Rm 1000 keatas sehingga pada hari ini selain Berblog saya , apa salahnya kita berkongsi ilmu dan meraih pendapatan setiap bulan bagi menampung kos hidup dan pendapatan keluarga.sedikit sebanyak pendapatan yang kita perolehi dapat menampung perbelajaan sebelum menanti waktu gaji

Fungsi-fungsi serta peralatan dia atas :

a. Kertas

~ Saya gunakan untuk mencari idea, tajuk, keywood, menulis ebook, rencana, lirik lagu, dan banyak lagi, kertas bersaiz A4 banyak kegunaannya, tuap-puan boleh cuba seperti yang saya lakukan, sangat mudah, setiap apa yang hendak saya lakukan saya akan tulis di atas kertas A4 dulu, buat kajian di atas kertas tersebut, setelah saya berpuas hati dengan kajian yang saya hasilkan berjam-jam lamanya baru saya lakarkan kerja saya dan terus menulis mengikut apa yang saya conteng terlebih dahulu di atas kertas itu.

b. Pen.

~ Macam biasalah kalau tak ada pen bagaimana nak menulis betul tak..? namun begitu setiap apa yang kita tulis pada kertas tersebut menyebabkan kita akan ingat apa yang kita tulis sampai bila-bila. Sebatang Pen dapat menyimpan Berjuta-juta memories yang kita canangkan di atas sehelai kertas.

~ Segala maklumat yang sudah dicatitkan dikertas boleh disimpan untuk rujukkan akan datang atau boleh digunakan serta merta untuk tajuk blog, ebook, dan pelbagai lagi.

c. Kamera Digital

Nah kamera digital ini banyak membantu anda untuk meneruskan, mencipta, menghasilkan prodak, memudahkan keje, boleh dikatakan ia amat penting dalam Dunia Penulis bagi memastikan kita dapat banyak wang melalui lensa kamera ini.

~ Sekiranya tak ada kamera digital namun kita masih lagi boleh menggunakan handpone yang mempunyai Kamera dan Memori, boleh juga digunakan. segala tajuk yang canggih pada hari ini datang dari cerita
gambar yang kita snap. Kita mengolah sesebuah cerita itu berdasarkan reaksi,gelagat,seni yang ada pada gambar, tajuk cacatan kita tidak kaku, malahan anda semakin mahir dalam penulisan ini lah yang dikatakan menghasilkan duit dari cerita yang anda karang itu.

d. Blog.

~ Blog amat diperlukan dalam menghasilkan duit, membuat duit, mengiklan, menjual prodak, berhubung dengan pelangan melalui talian online, Selain dari itu berblog dapat menjalinkan jaringan dengan orang luar, networking, dalam masa yang sama kita dianggap Konsultan Kecil Alam Maya atau juga Duta Kecil Online mewakili prodak pelangan yang dijula dari Blog anda yang  disewa oleh pelanggan.

~ Disamping itu anda boleh mengahasilkan duit melalui blog dengan cara anda meletakkan iklan yang anda tampalkan di blog anda seperti IKLAN NUFFNANG, GOOGLE ADSENSE dan banyak lagi, ini realiti tidak dapat disangkal lagi memang kejadian sebenar-benarnya melalui pengalaman lama sewaktu mula mendekat diri hampir 10 tahun sehingga pada hari ini.

~ Dibawah ini saya tunjukkan contoh blog-blog percuma yang hasilkan telah mendapat income kepada saya setiap bulan selain menjalankan perniagaan di internit, saya juga menjual berbagai-bagai prodak, ruang iklan, jual maklumat dan bermacam-macam lagi, walau pun kesemua blog-blog ini tidak canggih namun setiap bulan saya memperolehi pendapatan, sebagai pembelajaran anda klik blog-blog dibawah ini sebagai panduan
bersama dan contoh kita bersama.

~ Saya juga belajar seperti rakan-rakan semua, saya juga tidak menganggap saya mahir komputer dalam saya juga seperti rakan-rakan yang lain. hasil-hasil serta income-income yang saya dapat pada hari ini adalah berdasar impian yang kuat untuk mendapatkan income,duit,pendapatan bulanan. saya berusaha setiap hari dan bermacam-macam cara saya lakukan untuk mendapat kan duit.

SENARAI BLOG SAYA :

1. Burung Walit :
 http://www.burungwalit.wordpress.com.

2. Ikan Keli :
http://www.benihkeli.wordpress.com.

3. Lintah :
http://www.syukrilan.wordpress.com

4. Yang terbaru:
http://www.kelikkb.blogspot.com

Semoga apa yang saya paparkan dapat memberikan panduan kepada rakan-rakan semua iaitu BAGAIMANA MENGHASILKAN DUIT DENGAN MENGGUNAKAN KERTAS, PEN, KAMERA DIGITAL & BLOG. selamat maju jaya amin....




" Klik Sini Panduan memilih Induk Ikan Keli "

A).     INDUK BETINA

~ Perut membuncit, bila diraba terasa lembik, pergerakan lambat dan jinak dan alat kelamin kemerahan.
~ Perut tampak membesar atau bengkak, bila diurut kadang-kadang akan keluar telor bewarna hijau tua dan  
   sirip bewarna kemerahan.

B).     INDUK JANTAN

~ Alat kelamin lebih meruncing ( Tajam ).
~ Alat Kelamin nampak jelas dan kemerahan.
~ Tubuh Ramping dan pergerakan Lincah.
~ Ada perubahan pada tubuh bewarna Coklat kemerah-merahan sihat dan tidak Cacat.

C).     PROSES PEMBENIHAN

~ Umur satu tahun keatas
~ Berat Minima 5 Kilogram.
~ Induk Jantan & Betina diasingkan dari dan dipuasakan selama 12 Jam.
~ Tubuh Sihat dan pertumbuhan baik dan tidak cacat.
~ Jumlah kandungan Suntikan Ovaprim Induk Jantan 0.02ml dan Betina 0.03mll x per/kg.

D).     MAKANAN INDUK

~ Diberi makan Palet Finisher Minima 38%
~ Ditambah Limbahan Ayam atau Perut Ayam,

16 July 2012

Dunia Ikan keli

16.07.2012 Isnin

IKAN KELI KOLAM BATU.



Salam sejahtera ini lah yang dimaksudkan ikan Keli Kolam Batu yang mana kolam ikan keli yang diperbuat dari Simen dan diikat dengan batu-bata simen jadi ini lah kolam ikan keli batu. Kolam batu seperti ini amat sesuai bagi penternakan ikan keli kerana ia ada tindak balas dengan Klorin.


Penuaian ikan mudah dilakukan hanya dengan membuka lubang kawalan air keluar sahaja tidak sampai 10 minit air didalam kolam batu ini kering, kerja-kerja greding ikan mudah, pengasingan ikan mudah, mudah dikawal, dan banyak lagi keistimewaannya berbanding kolam tanah.


Kos untuk membina kolam batu ini sekitar Rm 489.30 tapi amat berbaloi, ia tahan lasak, kerja-kerja pembersihan senang dijalankan. 


IKAN KELI KOLAM TANAH.


gambar ini sumber dari internit

Ini pula ikan keli kolam tanah yang diambil dari internit, kelebihan menternakan ikan keli kolam tanah memang ada faedah yang tersendiri. Ikan yang diternak dari kolam tanah akan cepat membesar kerana mempunyai banyak bahan nutrisi dan keadaan semulajadi ikan. 

Palet ikan memang jimat sangat ini kerana sumber minyak dari palet tersebut masih berlegar-legar diatas permukaan air klam tersebut dalam masa yang sama ikan-ikan keli tadi akan menyedutnya sekali dan mempercepatkan proses pembesaran ikan keli.

Kelemahannya pula berlaku diwaktu mahu menggredkan ikan-ikan keli agak sukar terpaksa,kolam perlu dikeringkan dahulu dan kerja-kerja dilakukan mengambil masa yang agak lama. Tanah yang berlumpur memang tidak digalakan untuk menternak ikan keli di khuatiri ikan-ikan keli akan masuk ke dalam Lumpur dan kita terpaksa mengorek lumpur dengan tangan dengan berhati-hati takut terpijak ikan didalam lumpur tersebut.

Kolam tanah yang berpasir amat sesuai untuk aktiviti penternakan kolam tanah, ada sesetengah pengusaha memasukkan pasir kasar terlebih dahulu bagi memastikan kolam tanah kurang berlumpur.

Tabiat ikan keli juga suka mengorek tebing kolam tanah boleh mengakibat kolam tanah kita pecah, jangan risau tebing-tebing kolam tanah ini boleh ditampal dengan simen. aktivi menggorek tebing kolam tanah oleh ikan keli mengambil masa juga jangan panik.

INDUK IKAN KELI BUNGA

Sumber gambar dari Utusan malaysia

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana paparan gambar ini banyak saya gunakan dari sumber internit ini kerana EXTERNAL HARDISK saya rosak dan perlu digantikan dengan yang baru haha.. bukan begitu masalahnya saya tak sempat nak shot gambar nya sahaja. baik lah induk ikan keli bunga dikenal pasti melalui tubuh badan ikan-ikan ini bercorak batin berbintik-bintik sebab itu ia digelar ikan keli bunga kalau di negara jiran ia digelar INDUKAN IKAN LELE SANGKURIANG yang mempunyai sejarah sendiri iaitu dinegara jiran, boleh google sejarah ikan keli bunga ini.

Seelok-eloknya induk keli Jantan & Betina tidak dicampur sekali didalam kolam yang sama di khuatiri induk ikan ini akan menjalankan proses pembenihan semulajadi bila tiba musim hujan dan apabila suhu didalam kolam itu sejuk.

Permakanan induk-induk ini mestilah mempunyai kandungan Protien yang tinggi bagi menghasilkan telor-telor matang yang banyak dan berkualiti, induk sihat dan lincah adalah faktor kejayaan pada pengusaha benih ikan keli nanti.


15 July 2012

Benih Tilapia & Benih Keli 2012

15.07.2012 Ahad


 Benih Tilapia dan Benih Keli memang ada di kolam ikan saya, tapi semuanya tak cukup untuk menampung Permintaan kedua-dua spesis ikan ini kerana saya tidak mempunyai ruang ternak atau ruang pembenihan kedua-dua jenis ikan ini adalah terhad,pengeluaran benih tidak banyak, mungkin suatu hari nanti saya akan penuhi segala permintaan terhadap benih ikan ini.



 Ini adalah Palet Hancur atau Feed Palet kandungan Protein 40% yang saya sediakan untuk pemberian makan kepada 2 jenis benih ikan saya dengan cara menabur palet halus ini kedalam kolam benih ikan tilapia dan benih keli.

Cara pemberian makan ikan dengan cara menabur di atas permukaan air kolam banyak faedah dan Rahsianya, ramai orang tidak menitik beratkan cara pemberian makan ikan-ikan mereka. Faedah pemberian makan ikan cara begini ialah ikan bersaiz besar dan kecil dapat makan sepenuhnya, benih sama-sama dapat palet sama banyak kerana palet yang ditaburkan diatas permukaan air dikolam tersebut bergerak kesemua sudut permukaan air tersebut, jadi pembesaran ikan akan jadi sama rata besarnya.




Sekiranya kita aduk seperti bola palet ini iaitu dicampur air dan digaul bulat, benih ikan yang kecil tidak bersaing dengan benih ikan yang sedikit besar maka perbesarannya benih-benih ikan ini tidak ada sama besar, kemungkinan besar benih yang kecil ini akan dimakan oleh benih yang besar sedikit.

Jumlah benih ikan yang dulunya banyak kini berkurangan sebab ikan keli akan memakan benih lain yang kecil   ,tapi dalam banyak-banyak benih keli yang jadi atau hidup terdapat sejenis lagi benih keli yang memang kecil senang kata besar tak sama saiz walaupun berusia 3 hari.

Dalam fikiran saya kemungkinan benih yang kecil sedikit dari benih yang sama berusia 3 hari umurnya memang ditakdirkan untuk mati atau menjadi santapan benih keli yang besar. 

Hampir 5 tahun saya mengkaji gelagat benih-benih keli atau rege-rege keli ini berbanding benih ikan tilapia yang sedikit pun tidak memakan yang lain walaupun besar tidak saiz di campur sekali dalam sebuah kolam.Namun begitu ikan tilapia ini juga akan memakan atau menelam ikan lain yang kecil daripadanya sekiranya benar-benar lapar seperti Gupi, seluwang, ikan bandaraya anak ikan lain selain ikan tilapia, gelagat ikan tilapia ini memang pelik...mungkin ikan tilapia ini mahukan Koloni mereka sahaja hidup sebuah itu,agaknya.

Ikan Keli Salai

kreatif..kreatif..pengusaha ikan keli sekarang, tahniah..tahniah..kini ramai yang suka makan IKAN KELI SALAI..macam-macam perasa dan ramuan dalam pembikinan ikan keli salai mengikut tempat ia dijual, namun harganya mengikut harga perekor ikan keli salai ini, ialah sebab ia disalai seekor demi seekor bukan di salai dalam bentuk Kilogram, jangan salah faham.. 

Agar-agar / Rumpai Kolam Benih Keli 

Ada tak sapa-sapa perasan sewaktu menjalankan proses pembenihan ikan keli..?? Cuba anda perhatikan pada hari ke-6 di dalam kolam Larva-larva benih keli ini terdapat rumpai atau juga seperti tumbuhan agar-gar di atas permukaan ikan keli ini, larva keli suka berehat didalam tumbuhan itu dan bersembunyi didalam nya.


Awas... Larva ikan keli anda mungkin mengalami risiko kematian sekiranya tumbuhan itu tidak dibuang serta merta kerana tumbuhan itu menyimpan kandungan Ammonia, Lemak dan minyak.Kehadiran tumbuhan itu terbina dari peninggalan bekas-bekas telor keli yang tak jadi dan tertinggal di dasar kolam dan tanpa dibersihkan segera maka tumbuhan ini terbentuk.

Tumbuhan agar-agar di kolam pembenihan tersebut amat menganggu kualiti air dan membahaya larva-larva ikan ini disamping larva-larva ikan keli bersembunyi didalam nya ia akan menjerat larva keli. 



Apabila suhu sejuk terjadi dalam kolam pembenihan tersebut, tumbuhan ini akan mula mengembang dan membesar sedikit-demi sedikit, jadi sekiranya terjumpa tumbuhan ini maka segerakan lah ia dibuang menggunakan tangguk halus ikan anda,sekian terima kasih.

Make money with Agricultural Activity


15.07.2012 Sunday.

New fortifications Bharu - Make money with Blog Advertiser to supplement the family income, yes indeed, expect salaries at the moment when the husband or wife is not working really hard in the life

Able to pay enough to pay bills cars, houses, electricity and water bills in less than a week money I spent, I can wait for the new new pay late again, so, how do you get money this side ..?

Well all sorts of ways can get money halal, by way of business, selling clothes, selling bags, dealing in internit, that even if the expertise in using computers and reading.

Today I want to share Agricultural That is business, congratulate already successful in farming activities, but recently made the search for sources of INCOME for ourselves and family.



One way to make money is by way of rearing fish Hobbies and Interests based right or love for animals such as fish, here I can share a bit based on my experience there, one of them is rearing catfish.

In Malaysia it is quite popular in the name of catfish, catfish name it, many people even know my own but like to eat this fish, because of his sweet flesh, when eaten fresh. This fish is very good to eat after it fried in sambal and fried plus one, well two waist add rice, hehe ..

If you want to add revenue in fish farming activities very easy because you do not need substantial capital for business start-established enough in Rm 500 only.

What needs to be bought is a 100 gallon water Polytank valuable Rm 100, catfish fry at 500 pieces only in RM 50.1 sacks and one sacks stater palette palette finiser again and make the home page. Your cost is only Rm 275 Rm 235 only available balance as working capital in the event of an emergency is not easy.

Quite a month, you can sell your fish because there is half the fish that are mature in one month and 25 days is all the fish they had already started big. In the 500 division catfish fry 5 pieces = 100 kg we can push off some 10 kg means that we have Rm 90 kg x 4.20 = Rm 378 Rm 275 = less cost net profit Rm 103. If there are 10 polytank = Rm 1030 is not good.

But there's our friends who love catfish in London recently complained to me via email that says difficult to get supplies in London catfish and catfish farmers difficult to meet in London, if there is even one person or two persons only, and may certain places have sold this fish.

I read somewhere in internit catfish price in London is not very stable and there is also demand was high times and low for lack of fish farmers and suppliers there. May also be due to climatic factors also played a difficult role rearing catfish in London, but not why a lot of supplies there, but today I want this business berkogsi will be rather difficult if there are our friends in London, I ventured into this business . do is ask players catfish in there, how they carry out this fish farming activities.

Good partnership is so far past me today, I hope we meet again at the next partnership with a host of other interesting articles related to share my fish and anything that is not human berfedah I will share.

If there is wrong and wrong words can say please forgive me because I intend to share my knowledge and experience in the world know this fish farming only and no more than that.

If you have questions can comment in the spaces below, if I know I will answer and if I do not know but you can also share in the comments section provided, so thank you.

14 July 2012

Red tilapia and catfish larvae

14.03.2012 Saturday.


Kuala Kubu Bharu - Oops correct tired today from 12:35 pm until 9:23 at night exhausted fish larvae move earlier. Of course one at a time for work, business is still small after all my fish pond farming in home page, for the small scale first.

There used to be sister-in-law together help in the pool but his work I could get another job and another job so I work for myself only. I remember I go down on his knowledge of fish, but apparently he was not interest in breeding fish and trade said. Is not what I had no force for him to follow in my footsteps as an entrepreneur of fish may be difficult for him.

As I meternak catfish, I also raise tilapia fish to add side dishes my family, this tilapia fish I do not sell fish supplies only for their own use when the need for their own meal in cattle as they are small periodic save so as to reduce costs in spending daily.


Look at this picture all my tilapia fish are tame, not right I just hungry for food pellets. This fish I eat once a day for me because it is in the cement pond and use of sources of water treated. I do not have sources of spring water so that is why it is a small animal only.

Tilapia fish need clean water, clear and free from chlorine to live, swimming fish I could not afford to raise them scalable but catfish do not have robust care.

It means I defend two types of fish in my fish ponds, this tilapia fish farm in a pond I fish catfish sahajankecuali, imagine it is from midday to evening I transfer larvae or fish Rege this catfish would not penat.haha. . Fatigue was not worth what it is, all money right.

Frankly I think the supply of fish seed in place around me is not sufficient for now, there are also among catfish farmers to buy seeds at a distance from Kuala Kubu Bharu.

Thanks is a little fish seeds are alive and will start to grow up but I could not all have places where the people, enough time it is sold.

What can I do to increase the longer the seeds of this fish requires a relatively large and chlorine-free water source, this factor should be taken into account if you want to become entrepreneurs or operators of fish seed of a competitive and successful as others, so.

Talapia Merah dan Larva Ikan Keli

14.07.2012 Sabtu


Kuala Kubu bharu - Aduh letih betul hari ini dari jam 12.35 tengahari hingga 9.23 malam baru habis memindah larva ikan keli tadi. Ya lah buat kerja seorang-seorang, perniagaan masih kecil lagipun kolam perternakan ikan saya di Halaman Rumah, buat kecil-kecilan dulu.

Dulu ada adik ipar tolong sama-sama kerja di kolam tapi beliau dah dapat kerja lain dan dapat kerja lain jadi saya buat kerja sendirian sahaja. Baru ingat nak turun ilmu ikan ni pada dia tapi rupanya beliau tak minat menternak ikan dan berniaga katanya. Tak apa lah saya pun tak memaksa untuk dia ikut jejak langkah saya sebagai pengusaha ikan mungkin susah bagi dia.

Sambil saya meternak ikan keli, saya juga ada menternak ikan Talapia untuk menambah lauk pauk keluarga saya, ikan talapia ini saya tak jual hanya untuk kegunaan bekalan ikan sendiri bila di perlukan untuk santapan sendiri memandangkan ianya di ternak berkala kecil jadi jimat dapat mengurang kos dalam pembelanjaan harian.


Lihat pada gambar ini semua ikan-ikan talapia saya jinak-jinak belaka, tak kan lapar lagi tadi dah bagi makan palet. Ikan-ikan ini saya bagi makan sehari sekali sebab saya ia di kolam simen dan menggunakan sumbar dari air paip terawat. saya tidak mempunyai sumbar air bukit jadi sebab itulah ia di ternak secara kecil-kecil sahaja.

Ikan talapia memerlukan sumber air yang bersih, jernih dan bebas dari klorin untuk hidup, kolam ikan saya tidak mampu untuk menternak mereka berkala besar kecuali ikan keli yang tahan lasak tidak perlu penjagaan rapi.

Maknanya saya membela 2 jenis ikan di kolam penternakan ikan keli saya, ikan  talapia ini saya ternak dalam sebuah kolam sahajankecuali ikan-ikan keli, bayangkan lah dari tengah hari sampai malam saya memindahkan larva atau rege ikan-ikan keli ini mau tak penat.haha.. Penat pun berbaloi tak apa lah, semuanya duit kan.


Terus terang saya katakan bekalan benih ikan keli di tempat sekitar saya memang tidak mencukupi setakat ini, ada juga dikalangan penternak membeli benih ikan keli di tempat jauh dari kuala kubu bharu.

Syukur lah ada sedikit benih-benih ikan yang sudah hidup dan akan mula membesar tapi apa kan daya semuanya sudah ditempat oleh orang, cukup masa ia akan dijual.

Apa boleh saya buat untuk memperbanyak lagi benih-benih ikan ini memerlukan tempat yang agak luas dan sumber air yang bebas klorin, faktor ini perlu diambil kira jika ingin jadi pengusaha ikan atau pengusaha benih yang berdaya saing dan berjaya seperti orang lain, sekian.