10 April 2013

Cara Simpan Wang yang sangat berkesan Alaf Baru ini.

Hai semua...sebenarnya cara ini telah saya post kan tidak lama masa dahulu namun ada juga rakan-rakan kita yang masih lagi kabur akan toturial yang saya kongsi buat masa lalu. Ia nya sangat mudah dan khas buat rakan-rakan yang makan bergaji amat sesuai untuk mereka. Ia sekadar perkongsian sahaja terpulang kepada pembaca-pembaca blog sekiranya mahu mempraktikan kaedah saya ini.

Perkongsian atau kaedah yang mahu saya terang untuk kali ini memang melucukan tapi dalam keadaan kita tak sedar ianya sangat berbaloi dan menguntungkan kepada sesiapa sahaja yang mahu menyimpan wang dengan selamat dan berkesan.

Seperti biasa pemotongan gaji dibuat tolak 20 peratus dari jumlah keseluruhan, bagi yang belum lagi membaca post saya yang dahulu bolehlah rujuk dan klik link ini untuk ke page tersebut disini : http://kelikkb.blogspot.com/2012/07/teknik-menyimpan-wang-yang-berkesan.html

Kaedah yang bakal saya tunjukkan adalah sama seperti sebelumnya namun kali ini ianya sedikit lucu dan menghiburkan.

Baiklah kaedah ini terbuka kepada seluruh rakyat malaysia yang menabung dalam simpanan ASB, ASN, 2020, DIDIK dan banyak lagi melalui Permodalan Nasional Berhad.

Caranya sangat mudah lihat langkah seperti dibawah ini :

1. Perlu ada Akaun Simpanan Pelaburan dalam Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) terlebih dahulu untuk memudahkan simpanan bakal dibuat.

2. Simpan wang anda sebanyak 20 Peratus dari jumlah keseluruhan gaji bersih anda setiap bulan melalui Pemotongan Gaji secara Bulanan dari Majikan Anda.

3. Setelah berlaku pemotongan gaji ke atas akaun simpanan pelaburan anda secara bulanan maka langkah akhir terakhir sekali tolong Simpan kan Buku Pelaburan anda di tempat anda susah nak cari atau lebih senang lagi di tempat anda susah nak ingat walaupun anda sudah 3 hari telah menyorokkan Buku Pelaburan tersebut. Rasanya ramai yang tahu apa yang saya maksudkan simpan ke tempat yang anda susah nak ingat dan cari itu. Atau kalau susah juga faham tolong emailkan kepada saya apakah tempat rahsia yang saya maksudkan itu ke email : syukrilan@yahoo.com.

Tuan/puan boleh emailkan kepada saya soalan apakah tempat rahsia yang saya maksudkan itu bila-bila masa sahaja. Semoga toturial yang saya kongsikan ini dapat membantu rakan-rakan yang mengalami kesukaran menyimpan wang pada setiap bulan, insyaallah....

No comments :

Post a Comment