KURANG BERIKAN PERHATIAN
Pada permulaan anda akan berasa perubahan terhadap diri sendiri. Misalnya tidak lagi membalas mesel dan mencuba mencari kesalahan anda walaupun kesalahan yang anda lakukan itu tidaklah sebesar mana dan mula bertindak menengking serta berbual secara sinis dengan memperli dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
MENGHABISKAN BANYAK MASA DI TEMPAT KERJA
Hal ini akan berlaku secara tiba-tiba dengan menghabiskan banyak masa di tempat kerja kemudian pulang lewat ke rumah. Ini sering terjadi kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Tetapi janganlah berfikiran buruk terhadap mereka kerana mungkin benar mereka bekerja keras untuk memberi kesenangan kepada anda. Sebelum membuat andaian buruk, siasat terlebih dahulu untuk tahu perkara sebenar.
BAU
Setiap pasangan yang sudah berkahwin akan mengenali bau pasangan mereka dan jika ada terdapat perubahan pada bau pasangan anda perlu lebih berhati-hati.
JAWAB PANGGILAN TELIFON SECARA SEMBUNYI
Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan.
LAYAN INTERNET SAMPAI LARUT MALAM
Zaman serba canggih ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga lewat malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu.
BIL BAYARAN YANG LUAR BIASA
Seseorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah sebelum ini hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, apabila diperuntukkan untuk dua orang sudah pasti perbelanjaan akan semakin meningkat. Hal ini sering terjadi kepada orang yang sudah berkahwin pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk belanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung sedala aktiviti mereka lakukan.
TIDAK MEMAKAI CINCIN YANG DIBERI
Kebanyakan orang yang bercinta akan memakai cincin yang sebagai tanda cinta. Cincin adalah satu ' sentimental value ' untuk sebuah pasangan. Boleh dikatakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang diberikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatau.
Jutaan terima kasih kerana melayari laman blog ini, untuk kali ini saya cuba menciptakan sebuah lagi blog yang mana mampu mengumpul semua bangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan ikan keli atau ikan lele agar dapat memudahkan lagi urusan bersama. Di harapkan agar blog ini dapat membantu semua orang,sekian.
No comments :
Post a Comment