12 April 2013

Teras Utama Jualan Langsung

1. Membina wadah pemasaran: Pengedar harus mahir menjual prodak secara runcit memandangkan dia telah diberi kuasa untuk mengedar dan menjual produk.
2. Membina jaringan pengguna: Khidmat lepas jualan mustahak bagi menjalin hubungan baik jangka panjang dengan pelanggan. Kemantapan hasil akan tercapai dengan pembelian ulangan setinggi 80%. Keadaan lebih mencabar jika pembelian ulangan kurang 60%.
3. Upline harus sentiasa mengajar dan membimbing downline untuk memupuk downline berkualiti.

3 Faktor Penting Perniagaan Jualan langsung

1. Produk keperluan asas: Pengedar, ahli keluarganya dan ahli organisasi harus menggunakan sendiri produk, berpuas hati dan bangga dengan produk tersebut supaya pengedar lebih memahami produk dan mengekalkan prestasi jualan.

2. Kerjaya Profesional: Pengedar sentiasa meningkatkan kualiti diri, sudi belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi usahawan berdikari. Ringkasnya, jadi diri sebagai teladan untuk membina pasukan yang mantap dan berdikari.

3. Rangkaian yang kukuh: Apabila upline berdikari, downline akan dididik supaya berdikari. Proses duplikasi berterusan ini akan membangunkan sebuah pasukan besar.

Mewujudkan suasana mesra-niaga

Tetapkan peraturan, nilai dan budaya korporat yang bersesuaian untuk diikuti oleh seluruh organisasi. semua ahli mempunyai matlamat dan hala tuju yang sama serta mengamalkan sistem operasi yang sama.

Strategi membina organisasi hebat

1. Cari prospek yang berbakat, berminat, bercita-cita tinggi, sudi belajar dan berubah, dan juga sudi belajar dan berubah, dan juga sudi berkorban demi mengecapi kerjayaan.

2. Beri tunjuk ajar dan bimbingan kepada downline tentang kaedah yang betul untuk menjalankan kerjaya jualan langsung. Dowline akan memerhati dan menduplikasikan gerak geri upline.

3. Pupuk pengedar berdikari.

4. Pupuk pasukan berdikari.

5. Pupuk nilai positif di dalam diri ahli organisasi, sokong beri kerjasama, iktiraf dan pertahankan konsep perniagaan dan budaya korporat untuk membina perniagaan yang berkembang secara berterusan.

No comments :

Post a Comment