Salam sejahtera buat pengunjung-pengunjung semua hari ini kita nak bincang pasal harga ikan keli yang terkini di pasaran, apa yang kita tahu harga ikan ini sentiasa berubah-ubah kini menjadi banyak persoalan di kalangan penternak ikan keli ini.
Siapakah dikalangan penternak-penternak ikan keli yang menjual harga ikan nya sekitar Rm 3.50 per kilogram..?? Masih ada lagi kah penternak ikan keli yang menjual harga ikan keli semurah ini..??
Bagi saya harga ikan ini tidak sepatutnya dijual kepada pemborong mahupun pembeli sekitar dengan harga ini, semua maklum Harga Pelet sekarang sudah mahal nak tidak mendatangkan keuntungan kepada penternak -penternak. Zaman sekarang di mana penternak bakal mendapatkan keuntungan sekiranya dijual dalam harga itu.
Kalau di lihat di pasar-pasar tani, pasar pagi, pasar malam dan banyak-banyak tempat yang menjual ikan, rasanya kita jumpa ada penjual yang menjual harga ikan semurah ini sudah tentu sekitar Rm 6.00 -Rm 8.00 sekilogram, tak mendatangkan kerugian kepada penjual-penjual malahan untung besar bakal di perolehi oleh mereka, stok-stok ikan keli yang rosak boleh di tukar, dimana wujudnya kerugian kepada mereka.
Sebagai Penternak ikan keli yang sudah masuk ke tahun 2013 ini sepatutnya kalangan penternak tidak menjual harga ikan semurah ini, kita harus menetapkan harga sekitar rm 4 keatas dengan ini penternak dapat bernafas dan terjamin usahanya.
Apa yang saya dapati kini bekalan ikan keli masih lagi tidak mencukupi di pasaran, saya sendiri akui bahawa saya sendiri tidak menampung permintaan bekalan ikan keli ini, saya mohon maaf buat kepada rakan-rakan yang pernah menelifon saya bertanya berkaitan bekalan ikan keli ini, siapa saya yang mampu memenuhi permintaan awam dengan keadaan kawasan ternak yang sangat terhad.
Mohon kerjasama kepada seluruh penternak-pernak ikan keli di Malaysia agar menjual ternakan ikan keli mereka Rm 4.00 keatas demi membaiki harga ikan keli yang telah di manipulasikan oleh orang tengah. " Tepuk Dada Tanya Lah Selera "
Jutaan terima kasih kerana melayari laman blog ini, untuk kali ini saya cuba menciptakan sebuah lagi blog yang mana mampu mengumpul semua bangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan ikan keli atau ikan lele agar dapat memudahkan lagi urusan bersama. Di harapkan agar blog ini dapat membantu semua orang,sekian.
Sy setuju dgn cadangan encik syukri..
ReplyDeleteterima kasih...memang tidak patut lah jual dengan harga semurah ini. Harga palet sekarang dah semakin mahal...sedangkan kat pasar pagi diorag jual rm 6.50-8.00 perkg..
DeleteSetuju 100%. Kami sekarang jual RM4.25/kg (5/6 ekor)
ReplyDeletebagus saya setuju...
Deletesalam. jika harga untuk siap siang berape? mintak tunjuk ajar. Saya baru berjinak2.
ReplyDeletewsalam....encik boleh jual sekitar rm 5.00 perkg..
Delete