31 July 2012

Teknik Menyimpan Wang Yang Berkesan

Bagaimana kita dapat Wang..? adalah dari sumber bekerja,berniaga dan sebagainya, bagaimana meneruskan perjalanan hidup ini sekiranya tidak mempunyai wang dalam poket sendiri. Wang bukan segala-galanya bagi kita namun hidup ini memerlukan wang.

Masuk tandas pun perlu wang, nak minum, nak makan pun kena ada wang semuanya berlaku di sekeliling kita tanpa di sedari segalanya memerlukan wang. kalau tak ada wang bagaimana nak melangsung perkhawinan, bagaimana nak beli kereta dan yang penting bagaimana meneruskan kehidupan seharian.

Kita perlu makan untuk hidup, nak makan perlu ada wang sebab nak bayar sepingan nasi nanti. Bila ada wang kita akan dipandang mulia pada mata masyarakat,kawan ramai, networking ramai dan boleh juga memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan adanya wang.

Wang yang kita simpan dalam bank membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan. Bila ada wang kita juga berkuasa, dapat mentadbir negara, keluarga, umat manusia di dunia ini, kita juga sangat berpengaruh, disengani oleh orang ramai dan dihormati.

Namun bila ada wang yang banyak harus lah berhati-hati,berdisplin, tidak melakukan perkara-perkara yang merosakkan agama,bangsa dan negara. 



Jadi bagaimana nak simpan wang dengan cara yang betul sedangkan Gaji Bersih saya hanya Rm 650 sahaja diperolehi setiap bulan..?

Gaji Bersih Rm 650.00 ..??

Mari kita buat kira-kira bagaimana nak menyimpan wang dengan Gaji Bersih sekitar Rm 650 sahaja, agak mustahil gaji sebanyak ini boleh menyimpan wang namun bagi saya tak jadi masalah sekiranya mahu menyimpan wang walaupun banyak mana wang yang kita perolehi lihat langkah-langkah seperti di bawah ini :

Langkah 1.

Bagi membuat simpanan yang betul ,kita perlu menyimpan wang gaji kita sebanyak 20% setiap bulan ini kalau ikut perkongsian saya pada hari ini dan sekiranya ada yang ingin simpan wang gaji mereka sekitar 10% pun tidak mengapa bagi saya, elok simpan 20% jadi wang yang disimpan dalam bank pun banyak lah dari tahun ke tahun.

Rm 650 x 20% =  Rm 130. gaji tinggal = Rm 520.

Duit gaji yang telah di kira dan di kalikan sebanyak 20% iaitu sebanyak Rm 130 tadi hendaklah disimpan ke dalam ASB ( Amanah Saham Nasional Berhad ). Bagi yang tidak mempunyai akaun ASB boleh juga di simpan di dalam Amanah Saham 2020 yang mewakili semua kaum di malaysia.


Anda boleh buat Simpanan ASB terus ke Pejabat Pos, Maybank atau ke bank-bank yang menyediakan urusan jual & beli ASB yang memberikan Dividen 6% hingga 7% setiap tahun. Kita juga boleh buat penyimpanan ASB melalui simpanan permotongan gaji setiap bulan jadi tak perlu ke kuanter nak simpan wang, cara ini lagi mudah dan tak perlu lagi beratur setiap bulan jimat masa dan tenaga.

Langkah 2.

Setelah tolak sebanyak 20% gaji kasar tadi sekarang gaji bersih hanya tinggal sekitar Rm 520. Selepas ini kita perlu simpan lagi sebanyak 20% untuk simpanan kecemasan dan perbelanjaan bagi menantikan gaji akan datang contohnya kalau kita dapat gaji pada 25.7.2012 dan gaji akan datang pada 25.8.2012.

Pada tarikh 25.8.2012 ialah tarikh gaji akan datang, ini lah yang saya maksudkan gaji akan datang,berbalik pada pengiraan kita semula.

Rm 520 x 20% = Rm 104. gaji seterusnya akan tinggal sekitar Rm 416.00, wang gaji potongan sebanyak 20% yang dilakukan untuk kali kedua tadi adalah sebanyak Rm 104 ini adalah untuk wang pusingan,wang kecemasan,wang berlanja untuk ke tempat kerja bagi menantikan gaji bulan depan atau juga wang gaji kerja lebih masa yang bakal tiba iaitu seperti tarikh di atas 25.8.2012. kalau boleh berjimat cermat sebaik mungkin.

Langkah 3. 

Kini gaji bersih kita benar-benar sekitar Rm 416 sahaja yang tinggal jadi belikan sebuah buku tulis untuk menghasilkan atau menyiapkan sebuah buku yang di panggil " BUKU BUDGET PEBERLANJAAN BULANAN" yang berharga sekitar 60 sen sebuah.

Tuliskan segala keperluan kita di dalam BUKU BUDGET iaitu :

1. Bil Air.
2. Bil Elektrik.
3. Nafkah Isteri.
4. Repair Motor.
5. Barang Keperluan.
6. Rumah Sewa.
7. Belanja Sekolah Anak-anak.

Tuliskan segala perbelanjaan kita dan Genapkan gaji bersih yang tinggal sebanyak Rm 416 tadi melalui  item diatas, sekiranya gaji kita masih tidak mencukupi kecilkan perbelanjaan kita juga, contohnya kalau dulu bil air kita berjumlah Rm 150 sebulan, sila kurangkan sebanyak Rm 100 dan jadi Rm 50 sahaja sebulan, disini kita sudah jimat Rm 100 begitulah seterusnya sehingga menjadi genap Rm 416.00.

Sekiranya perbelanjaan kita sekitar Rm 416 sahaja, maka kecilkan perbelanjaan kita hingga genap Rm 416.00 sahaja, Lakukan pengiraan ini bagi mendisplinkan kita untuk menabung pada setiap bulan hingga sampai di satu tahap kita sudah hidup dalam kebebasan wang.

Langkah 4.

Kerja lebih masa amat penting dalam pekerjaan seharian, sekiranya tidak ada kerja lebih masa dilakukan maka perbelanjaan kita akan jadi bertambah rumit, kita perlulah mencari wang alternatif lain bagi mencari wang sampingan seperti berniaga kecil-kecilan di rumah, menjual ais krim kecil-kecilan, ambil upah dan sebagainya.

Wang kerja lebih masa yang kita perolehi di tengah  juga perlu berhati-hati digunakan pastikan beli barang yang perlu sahaja. wang gaji lebih masa kita boleh digunakan untuk membeli sayur,ikan, daging setiap hari bagi keluarga kita sementara menunggu gaji bulan depan tiba, wang lebih masa sedikit sebanyak dapat membantu kita bila kekeringan wang di tengah-tengah bulan.

Bayangkan sekiranya kita berdisplin dan konsisten menyimpan wang di setiap bulan sebanyak Rm 130 sebulan selama 1 tahun kita akan dapat sekitar Rm 1560. Kita buat simpanan selama 20 tahun iaitu Rm 1560 x 20 tahun = Rm 31200 x 7% Dividen ASB = Rm 2184 dividennya. 

Bagi kakitangan kerajaan dan swasta peluang kenaikan gaji tahunan sudah semestinya berlaku, kalau gaji statik tak naik-naik tak kan nak setia lagi dengan majikan kita sudah tentu kita akan cari kerja lain yang memberikan pendapatan yang lumayan, ada kerja lebih masa dan kenaikan gaji tahunan dan pelbagai enasiatif. Itu sekiranya kita menabung sekitar Rm 130 sahaja setiap bulan dalam ASB dan belum lagi dalam perlaburan emas. Peluang buat duit senantiasa cerah sekiranya kita menyimpan setiap bulan.

Mari kita gandakan Simpanan ASB, Perlaburan Emas kita dengan Kuasa Menyimpan Wang pada setiap bulan lihat seperti contoh pengiraan di bawah ini :

Ini hanya kira-kira simpanan asb sahaja.
a. Simpan Rm 130 bln x 1 thn = Rm 1560 x 20 tahun = Rm 31200 x 7%  ( asb ) = Rm 2184 (1 thn).
b. Simpan Rm 500 bln x 1 thn = Rm 6000 x 20 tahun = Rm 120000 x 7% (asb) = Rm 8400 (1 thn)
c. Simpan Rm 1000 bln x 1 thn = Rm 12000 x 20 tahun = RM 240000 x 7% (asb) = Rm 16800 (1thn).

Lumayan bukan.. namun ini hanyalah pengiraan untuk simpanan  ASB sekiranya di berikan 7% dividen setahun, namun sekiranya kita buat Perlaburan Emas, berapa pula keuntungan yang kita perolehi, yang pastikan Nilai Pasaran Emas selalunya tidak turun dan akan kembali naik tinggi setiap tahun.

Sebagai contoh duhulu kalau tak silap saya pada tahun 2003, pada masa itu harga 1 gram emas 999 adalah sekitar Rm 96 per gram dan tahun 2011 melambung sekitar Rm 174 per gram, lihat berapa banyak harga emas itu naik.jangan risau harga emas akan naik lagi selagi ada permintaan terhadap emas, jadi mulakan percaturan kita sekarang.

Di harapkan agar artikel saya kali dapat membantu rakan-rakan kita yang mahu menyimpan wang, simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, walau banyak mana gaji kita sekiranya tidak ada simpanan dibuat lama-lama habis juga dan tanpa di sedari ke mana perginya gaji kita tiap bulan kita tidak akan dapat mengesannya,  semoga tidak menyesal di kemudian hari, semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu sesiapa sahaja, insyaallah...





7 comments :

  1. Hello, i am Puan Nelly Precious, pemberi pinjaman pinjaman peribadi yang memberi hidup, pinjaman alternatif. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? Ia kelihatan tidak lebih, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda pada masa lalu. Kami pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam kadar perniagaan 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menjadikan dipercayai dan penerima bantuan kewangan, dan akan bersedia untuk menawarkan anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (nellyperious@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers_credit@yahoo.com

    Perkhidmatan Disediakan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan House Pinjaman

    Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers_credit@yahoo.com

    Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

    Selamat sejahtera.

    ReplyDelete
  3. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada orang
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    emel: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +601111850392
    Email: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete
  4. Halo
    Apakah Anda memerlukan kredit finansial yang mendesak? Transfernya sangat cepat dan langsung
    Ke rekening bank Anda Pembayaran dimulai delapan bulan setelah pinjaman dilakukan
    Telah mendapatkan suku bunga rendah 1,2% Pelunasan jangka panjang (1-30 tahun)
    Fleksibel tinggi maka pembayaran bulanan. Berapa lama akan dibiayai?
    Setelah mengaplikasikan Anda bisa mengharapkan jawaban awal kurang dari 24 jam
    Dari pendanaan dalam waktu 72-96 jam setelah menerima informasi yang mereka butuhkan.
    Hubungi kami melalui e-mail {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
                   
                          FORMULIR APLIKASI
    1) Nama lengkap:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negara:
    5) Jenis Kelamin:
    6) Status perkawinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nomor Telepon:
    9) Pendapatan bulanan:
    10) Jumlah pinjaman:
    11) Durasi Pinjaman:
    12) Pinjaman obyektif:
    13) Agama:
    14) Usia
    15) Sudahkah Anda mengajukan pinjaman online sebelumnya? Ya atau tidak?

    Motto Perusahaan:
    Kebahagiaan Anda adalah Penghargaan kami untuk Pelayanan yang Baik (mendapatkan keuangan Anda
    Posisi adalah semua yang kita inginkan)
    PIN #BBM: D8980E0B
    Kesopanan:
      {ISKANDAR LESTARI KREDIT PERSATUAN}

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. ​​​​​​Halo, CABOT FINANCIAL SERVICES, perusahaan yang terdaftar dan disetujui apakah Anda berhutang? Anda butuh dorongan finansial? Atau apakah Anda ingin mensponsori bisnis yang ada? Kami di sini untuk memberikan bantuan keuangan itu kepada Anda karena kami memberikan pinjaman kepada individu yang memiliki reputasi baik baik lokal maupun internasional untuk semua orang yang membutuhkan pinjaman, dan dapat melunasi pinjaman tersebut, karena dunia secara bertahap berubah menjadi desa global, kami memberikan pinjaman melalui Transfer antar-intra-elektronik dan juga pemberian kupon dari bank. Jadi untuk mendapatkan pinjaman dari perusahaan kami,​​ Anda dapat menghubungi kami melalui e-mail: {cabotfinancialservice@gmail.com} atau melalui #BBM {D88A5C5F}

    ReplyDelete
  7. ​​​​​​Halo, CABOT FINANCIAL SERVICES, perusahaan yang terdaftar dan disetujui apakah Anda berhutang? Anda butuh dorongan finansial? Atau apakah Anda ingin mensponsori bisnis yang ada? Kami di sini untuk memberikan bantuan keuangan itu kepada Anda karena kami memberikan pinjaman kepada individu yang memiliki reputasi baik baik lokal maupun internasional untuk semua orang yang membutuhkan pinjaman, dan dapat melunasi pinjaman tersebut, karena dunia secara bertahap berubah menjadi desa global, kami memberikan pinjaman melalui Transfer antar-intra-elektronik dan juga pemberian kupon dari bank. Jadi untuk mendapatkan pinjaman dari perusahaan kami,​​ Anda dapat menghubungi kami melalui e-mail: {cabotfinancialservice@gmail.com} atau melalui #BBM {D88A5C5F}

    ReplyDelete