26 July 2012

Mari Mencari duit Global di internit

Tahniah..tahniah..kerana anda membuat pilihan tepat dengan melayari Laman Blog ini, ini kerana saya hendak ceritakan bagaimana untuk dapatkan duit melalui alam maya sehingga ke pelusuk dunia iaitu secara ke peringkat global.


Bayangkan anda tidak perlu membanting tulang, berpeluh di panas terik namun hanya berbekalkan sebuah komputer/laptop dan sambungan internit pada laptop atau komputer dan anda mampu mendapatkan duit seberapa banyak yang anda mahu masuk ke poket anda.


Asalnya dulu saya tidak berapa setuju dan yakin bahawa seseorang itu boleh menghasilkan duit melalui Medium Internit, setelah hampir 10 tahun menggunakan internit seperti hari ini saya kini yakin apa yang dikatakan oleh orang bahawa internit boleh menghasilkan duit ribuan ringgit.


Setelah hampir 6 tahun saya aktif berbelog dan kini saya benar-benar yakin internit boleh memberikan wang kepada kita melalui blog, apa yang saya tahu dulu hanyalah menjual barang seperti ebook, kertas kerja, toturial, ilmu, grafik  itu  sahaja yang boleh mendatangkan duit apabila ada urusan jual beli dilakukan tapi kini tidak lagi semua salah tanggapan saya selama ini.


Ikhlas saya katakan rupa-rupanya selama ini dengan hanya duduk didepan komputer sambil berbelog boleh menghasilkan wang beribu ringgit, dahsyat sekali. bila dah tahu rugi pula rasanya dulu selama 6 tahun berblog saya hanya menjual ebook dan prodak itu lah fokus saya, menyesal tak sudah saya rasa, namun saya tidak patah semangat lagi, selepas ini saya lebih serious dalam berblog.


Saya nak kongsikan pada hari ini bagaimana mendapatkan duit dari blog yang mana duit yang ada dalam pasaran global internit adalah bukan duit saya atau pun duit saudara namun duit itu adalah untuk mereka yang benar-benar berusaha bagi mendapatkannya seperti menghasilkan blog dan meletakan kod iklan nuffang dan google adsense.


Mereka menghasilkan duit dari internit hanya dengan aktif berblog menulis berbagai-bagai artikel dalam kehidupan mereka bagi membuat traffik yang tinggi ke blog mereka dan dalam masa yang sama mereka dibayar melalui iklan yang mereka tampal dari nuffnang dan google adsense.


Apa yang mereka buat tiap hari sangat mudah, semua orang boleh lakukan hanya menulis artikel biasa sahaja mereka mampu mencipta wang di internit, artikel-artikel yang mereka tulis sangat mudah hanya menceritakan kehidupam mereka seperti kisah menjaga anak, kisah berjalan ke pasar malam, kisah kawan-kawan dengan hanya menuliskan artikel sebegini mereka mampu menarik minat orang membaca kisah mereka dan akhirnya mereka dibayar oleh nuffnang kerana disebabkan traffik tinggi blog mereka dan ada urusan jual beli diinternit melalui kod iklan yang disediakan oleh pihak nuffnang dan google.


Duit yang ada di internit sangat global semua orang boleh mendapatkan nya sebab di dunia ini semua orang melayari internit, menggunakan internit, begitu besar dan ramai penduduk didunia tak mustahil anda tidak boleh membuat wang ini kerana setiap artikel yang anda tuliskan memang ada pembacanya mungkin orang dari London, india,jepun,indonesia dan banyak lagi hanya cepat dan lambat di baca oleh mereka.


Peluang untuk membuat wang di internit sangat cerah dan mudah apa perlu anda buat bagi mendapatkan duit, kita perlu konsisten menulis di blog dengan pelbagai artikel kemasyarakatan, tidak kisah apa yang anda tulis orang pasti datang baca asalkan jangan tulis cerita porno sudahlah syarikat yang bayar kita komisen tidak suka cerita-cerita atau artikel yang berunsur negatif yang boleh memudaratkan kehidupan manusia.


Buat lah cerita yang baik-baik, cerita yang boleh memajukan manusia, cerita yang boleh memberi semangat kepada manusia berubah jadi baik baru anda boleh buat duit dari blog. bayangkan dengan ada blog peribadi anda, selagi ada orang masuk baca artikel anda di blog yang anda hasilkan, anda mampu mendapatkan duit bagi setiap bulan, bayangkan sekiranya blog anda berusia sehingga 20 tahun lamanya selama itu juga lah anda masih menerima pendapatan.


Bagi mendapatkan duit dari blog kita perlu ada komitmen menulis artikel setiap hari, semiggu sekali pun boleh, siapa rajin dan berusaha bersungguh-sungguh maka banyak lah duit yang dia perolehi. sistem yang diorang buatkan sangat adil, siapa usaha lebih maka dia lah yang akan dapat lebih.


Jangan ingat hari ini kita buat blog esok kita akan dapat duit, bagi mendapat duit dari artikel yang kita tulis dalam blog memang memakan masa, kita juga perlu mahir dalam penggunaan mencari keywood sesuai bagi mendapat tajuk yang tinggi pembacanya, perlu ada ilmu dalam hal ini maka rajin-rajin lah google di laman web/blog rakan-rakan yang lain, memang ramai yang berkongsi idea dan tips bagaimana menghasilkan duit dari mereka maka kenalah rajin baca ilmu-ilmu yang mereka sampaikan di blog mereka.


Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu rakan-rakan semua, apa yang saya kongsikan dalam blog ini adalah datang dari hati saya yang ikhlas berkongsi apa-apa yang saya tahu, saya tidak mengenakan sebarang bayaran pun hanya sekadar perkongsian ilmu semata-mata, sekiranya ada yang tersingung dan terguris perasaan saya mohon ampun dan maaf tidak terlintas dihati saya untuk menyakiti hati sesiapa hanya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya demi mencari trafik ke blog saya ini. Apalah salah kiranya kita sama-sama berjuang demi mendapatkan wang bagi menampung kehidupan kita, menambahkan lagi ekonomi keluarga bangsa dan masyarakat bersama, itu pun kalau ada yang berminat dalam hal ini,tiada paksaan semata-mata sekian terima kasih.



No comments :

Post a Comment