Selamat Menyambut Tahun baru 2013 buat rakan-rakan semua dan tidak lupa buat pengunjung-pengunjung Laman Blog ini yang setia membaca catatan saya postingkan ini, walaupun rasanya tidak hebat mana artikal2 yang saya sediakan buat semua namun sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 yang lain dalam mencari ilmu di dunia fana ini.
Semoga pada tahun baru ini telah menciptakan berbagai-bagai azam buat kita semua, ada juga azam belum sempat kita lunaskan namun tidak mengapa, ia boleh di bawa pada tahun 2013, bukan senang untuk mencapai azam-azam kita pada tahun lepas, saya juga akur akan perkara ini.
Sebagai mahluk yang hidup di muka bumi ini kita tidak terlepas dari pelbagai jenis ujian hidup yang melanda dalam kehidupan kita, buat rakan-rakan yang berjaya mencapai azam pada tahun 2012 saya ucapkan syabas kerana anda berjaya mencapai impian anda.
Buat rakan-rakan yang masih belum lagi tercapai azam nya, harapan saya agar jangan mudah putus asa, mari kita bangun semula tetapkan aazam kita hingga berjaya, saya juga terkandas dalam mencapai azam yang saya impikan selama ini, semua orang juga dilanda masalah, semua tidak terkecuali dari menghadapi masalah seperti ini.
Bagaimana untuk memperbaiki, meneruskan, memberi semangat dalam menghadapi azam-azam yang belum terlunas pada tahun sudah ialah dengan :
1. Bersabar dengan penuh keyakinan dan berusaha bahawa suatu hari nanti akan berjaya mencapai azam tersebut dengan memperbaiki segala kelemahan yang kita ada dan mengenali punca masalah yang kita hadapi itu.
2. Mengkaji masalah yang itu, dari mana datangnya, cuba menyelesaikan masalah itu bermula dari masalah yang kecil hingga masalah yang besar secara sedikit demi sedikit hingga selesai segala masalah yang dihadapi.
3. Tuliskan segala masalah yang dihadapi di dalam sebuah buku, buat " Budget Masalah " tuliskan segala masalah yang dihadapi, tuliskan segala segalanya bermula dari yang kecil hingga ke besar-besar masalah yang dihadapi. Selesaikan masalah itu mengikut masa,hari,minggu,bulan dan tahun.
4. Buangkan segala sikap negatif suka bertangguh-tangguh dalam menyelesaikan masalah yang kecil, jika dibiarkan masalah itu lama-lama ia akan menjadi besar.
5. Akhir sekali muhasabah diri dan berdoa lah kepada tuhan selalu, ini kerana masalah yang kita hadapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia dapat dilihat melalui mata hati iaitu dengan memohon pertolongan dari tuhan yang berkuasa.
Yang baik itu datangnya dari tuhan yang berkuasa di semesta alam ini dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri, saya sekadar berkongsi panduan hidup kepada rakan-rakan serta pengunjung disini semoga memberikan manfaat kepada semua.
Sekiranya panduan yang saya berikan berfanmaat kepada pengunjung-pengunjung semua apa lah salahnya digunakan serta di praktikan, dan segala nya percuma disini dan saya tidak mengenakan sebarang bayaran dalam panduan ini.sekian terima kasih dan selamat menyambut " Tahun Baru ".
Jutaan terima kasih kerana melayari laman blog ini, untuk kali ini saya cuba menciptakan sebuah lagi blog yang mana mampu mengumpul semua bangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan ikan keli atau ikan lele agar dapat memudahkan lagi urusan bersama. Di harapkan agar blog ini dapat membantu semua orang,sekian.
31 December 2012
12 December 2012
Aktiviti menyelamatkan Jantung Kita..
Lama dah orang tahu akan aktiviti seperti ini boleh menyelamat sedikit sebanyak jantung kita, selain dari itu dapat memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan buat rakan-rakan yang rajin melakukan aktiviti seperti ini.
Tak perlu sampai berjam jam, janji 20 minit setiap hari pun dah kira ok.. selain itu kita dapat saiz badan yang menawan dan anggun.
Tak perlu sampai berjam jam, janji 20 minit setiap hari pun dah kira ok.. selain itu kita dapat saiz badan yang menawan dan anggun.
Ah tak ramai pun buat masa ini, ye la mana ada orang lagi nak datang sebab jam masa ini baru pukul 4.23 petang, orang - orang pejabat pun belum balik ke rumah lagi..
Ha itu dia baru ada seorang yang datang join aktiviti petang ni, lari bang lari..baru pecah lemak...haha...just perkongsian jangan marah ye....
Sarang Lebah Kelulut di hadapan Pejabat Saya
Wah hebat Lebah Kelulut ni, asal ada lubang sahaja dah jadi sarang mereka pula, tak apa lah disebabkan mereka tidak menggigit orang saya benarkan mereka tinggal disini, buat lah macam umah sendiri wahai lebah kelulut.
Sarang nya dalam besi susah sikit lah saya nak ambil madu nya, kalau tak dapat juga makan madu lebah secara percuma tiap-tiap bulan,,
Sarang nya dalam besi susah sikit lah saya nak ambil madu nya, kalau tak dapat juga makan madu lebah secara percuma tiap-tiap bulan,,
Agak-agak berapa kilo lah madu yang dihasilkan oleh mereka..?? lama juga mereka menginap disini tuan-tuan..
Rupa-rupanya tak susah nak bela lebah lebah ni, janji ada lubang dia pasti buat sarang haha...
Kambing Naik Atas Kereta Mewah
Macam-macam sejak selalu sangat hujan hujung-hujung tahun ini, terdapat aksi yang tidak disangka di waktu malam, saya terkejut melihat 2 ekor kambing naik atas kereta haha...
Tengok gambar di bawah ini.....
Tengok gambar di bawah ini.....
Memang benar lah kambing takut kan air kan..
Nampak tak 2 ekor kambing ini sedang bertenggek di atas kereta mewah owner kambing..
02 December 2012
Gelagat GP Selangor
Salam sejahtera ini dia aksi dan gelagat di hari gp joran selangor yang diadakan pada 02 dis 2012 tadi, memang meriah sekali, kehadiran lebih 1000 membanjiri tasik melineum kuala kubu baharu menyaksikan pertandingan buat peserta gp joran yang merebut yang tunai selumayan rm 40000.
Hah...bila ikan nak makan umpan pancing ni....?? peserta ini kusyuk menantikan pancing nya di tarik ikan Toman yang pernah dinaikan oleh peserta gp selangor seberat lebih 10kg pada tahun lepas.. dipercayai terdapat lebih ribuan ekor ikan toman disini dengan keluasan tasik melineum mencecah 3 x besar dari kawasan pekan kuala kubu bharu.
Waktu bermula sekitar jam 8pg sehingga pukul 1ptg acara ini berlangsung, tak sampai 10 minit sahaja ikan sudah memakan pancing para peserta, apalagi memancing pun tak fokus dah...asyik memandang ke arah peserta yang menaikan ikan...
Air tasik ini sangat bersih namun kita tak tahu adakah terdapat kehidupan bernyawa seperti lintah di dalam tasik ini..
Kedengaran riuh rendah di tasik melinium ini dengan jeritan para peserta gp selangor yang sedang menaikan ikan. waktu ini sekitar jam 830pg..
01 December 2012
Esok Ada Gp Joran Tapi Tengok Cuaca Ini
Agak-agak bagaimana kawan-kawan kita yang masuk aktiviti memancing esok ya..?? lihat sahaja keadaan cuaca sekarang ini tidak menentu. Minta-minta jangan hujan lebat sudah lah. Dengar khabar peserta GP Joran sudah mencecah ke angka 1000 orang sekarang ini.
Ini adalah siri Gp Joran 2 yang diadakan di kuala kubu bharu dengan menyediakan hadiah lumayan sehingga rm 40k , saya ucapan syabas buat bakal pemenang hadiah wang besar ini yang bakal bermula esok pagi di kuala kubu bharu.
Ini adalah siri Gp Joran 2 yang diadakan di kuala kubu bharu dengan menyediakan hadiah lumayan sehingga rm 40k , saya ucapan syabas buat bakal pemenang hadiah wang besar ini yang bakal bermula esok pagi di kuala kubu bharu.
Hah ini lah keadaan cuaca yang saya maksudkan di sekitar hulu selangor pada hari ini, hitam semacam je...bukan niat untuk menakutkan buat para peserta, saya sahaja mahu berkongsi keadaan cuaca di sekitar tempat memancing pada hari ini, memang ketika ini musim hujan lebat, janji jangan ada kilat sudah lah..
Hadiah wang besar ini akan menguji ketahanan peserta GP Joran esok dengan membawa wang besar yang sangat lumayan berjumlah Rm 40000 dengan kerja sama kerajaan Negeri Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor. Syabas semua....
Samsung Corbi 2 Sapu & Gosok
Hah ini lah handpone samsung yang di maksudkan, ini adalah skrin ia, bagi yang mempunyai budget bawah rm 300 anda mampu memilikinya. Handpone ini canggih kerana terdapat capaian internit melalui Wifi.
Kecil-kecil cili padi handpone tuan/puan, dan berapa hali jatuh handpone ini tapi ia tetap berfungsi sampai hari ini, usia nya sekitar hampir 1 tahun. Sekarang bukan macam dulu lagi, banyak keluaran terkini handpone pintar yang canggih-canggih sekitar harga Rm 300 sahaja dan sudah boleh membuat capaian internit dan ada peranti facebook lagi.
Kita boleh berfacebook 24 sehari, maaf bukan nak promote suh beli handpone sekadar kongsian idea pada rakan-rakan yang mempunyai budget bawah rm 300.
Siri ini tidak mempunyai Andriod maka peminat - peminat gamer saya mohon maaf lah, walaupun begitu kita masih tetap boleh menghubungi rakan-rakan sedare mare di luar sana. sekian..
Larve Ikan Keli Usia 2 Minggu
Em....ini lah larve ikan keli saya yang berusia 2 minggu, walaupun tak banyak namun saya telah bersyukur, kata " sikit - sikit lama-lama jadi bukit " tak apalah saya tetap bersabar dan mengkaji menjalankan pembenihan ikan keli saya.
Kalau pembenihan ikan yang dilakukan tak jadi-jadi hasilnya itu, lagi sakit rasanya, letih dapat wang habis begitu sahaja. banyak kos perlu dibiayai untuk menjalankan kerja-kerja pembenihan ikan keli ni, kena ambil kira kos ovaprim, air, elektrik,tenaga kerja, palet, dan banyak lagi betul tak...??
Sudah hampir 6 tahun menjalankan perniagaan ikan keli, pendapatan sudah mula menampakkan hasilnya, bukan mudah untuk menternak benih ikan keli atau larve ikan keli yang sehalus benang kain haha..sekarang ni dah macam profeser sains ikan pula dah, hari-hari dok mengkaji ikan keli, jangan sampai wayar bertukar sudah lah.
Kalau pembenihan ikan yang dilakukan tak jadi-jadi hasilnya itu, lagi sakit rasanya, letih dapat wang habis begitu sahaja. banyak kos perlu dibiayai untuk menjalankan kerja-kerja pembenihan ikan keli ni, kena ambil kira kos ovaprim, air, elektrik,tenaga kerja, palet, dan banyak lagi betul tak...??
Sudah hampir 6 tahun menjalankan perniagaan ikan keli, pendapatan sudah mula menampakkan hasilnya, bukan mudah untuk menternak benih ikan keli atau larve ikan keli yang sehalus benang kain haha..sekarang ni dah macam profeser sains ikan pula dah, hari-hari dok mengkaji ikan keli, jangan sampai wayar bertukar sudah lah.
Saiz larva ikan keli ini baru sebesar batang mancis sahaja, memang susuh untuk digrading, kena pakai jaring grading setengah inci halus sebab memang terdapat larva ikan yang paling halus disitu, waktu ini larva ikan keli sudah mampu bertahan terhadap penyakit disekitarnya janji air kolam bersih insyaallah larve ikan pasti hidup dengan sihat.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)