19 April 2013

SAMSUNG GALAXY NOTE 8.0

Samsung nampaknya tidak mengumumkan model Galaxy S4 pada pameran MWC 2013 kali ini, tetapi kekecewaan itu sedikit terubat dengan kemunculan tablet terbarunya iaitu Galaxy Note 8.0. Walaupun tablet ini menyokong paparan skrin sentuh lebih kecil dari Galaxy Note 10.1 dan lebih besar dari Galaxy Note II, ia masih menawarkan beberapa fungsi seperti menyokong skrin sentuh berukuran 8 inci dengan resolusi 1280x800 pixels, dioperasikan oleh Android 4.1.2 ( Jelly Bean ) serta dikuasakan oleh Quad Core berkelajuan 1.6GHz.



Spesifikasi lain yang ditawarkan oleh tablet  ini adalah kapasiti bateri Li-lon 4600mAH, memori RAM sebesar 2GB, manakala memori dalaman pula mencecah 32GB,lensa kamera utama 5 Megapixel dengan bantuan auto fokus dan kamera  panggilan video juga beresolusi 5 Megapixel. Lebih menarik lagi, Galaxy Note 8.0 ini juga turut dilengkapi dengan stylus yang dipanggil S Pen sama sepertimana model Note sebelum ini.

No comments :

Post a Comment