03 January 2016

Penawar Gastrik Tahap 1

Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman,terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini, jika terdapat info-info yang menarik insyaallah saya akan sampaikan di blog ini.

Pernah dengar menyakit Gastrik..???

Saya rasa semua orang telah mengalami penyakit ini,termasuk saya juga dahulu, untuk kali ini saya akan kongsikan Penawar Gastrik kepada pesakit mula kena penyakit ini, semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu para sahabat yang baru kena penyakit ini pulih dengan segera insyaallah.


Buah betik ada penawar yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit gastrik ini, mungkin ramai yang tidak tahu akan hal ini, Enzim buah betik yang berlendir dapat membantu membuang gas racun dalam perut kita selain melawaskan pembuangan tinja kita. cara nya sangat mudah :

Amalkan setiap hari sepotong buah betik setelah makan petang sekitar jam 6.30 petang setiap hari agar racun gastrik hilang sepenuhnya, kuman gastrik akan terhakis melalui pembuangan air besar di keesokan harinya apabila kita memakan buah betik ini setiap melalui najis, kepada persakit gastrik peringkat permulaan insyaallah boleh sembuh seperti sediakala.

Tuan-puan mesti mengamalkan memakan buah betik ini setiap sehari sepotong buah betik agar penyakit Gastrik tuan-tuan beransur pulih seperti sediakala.Ramai yang tidak tahu akan khasiat memakan buah betik ini. Sudah ramai yang mengadu kepada saya menyatakan penyakit Gastrik yang mereka alami sudah beransur pulih sepenuhnya setelah perkongsian penawar saya kongsikan.

Susu Fernleaf

Ini adalah gabungan penawar Gastrik yang saya kongsikan tadi, susu fernleaf ini bertindak mematikan gas yang berada dalam perut kita, setelah tuan-tuan meminum susu ini, tuan-tuan akan dapati terdapat gas-gas atau angin yang berlebihkan akan keluar setelah meminumnya.

Cara penggunaan Nya :

Minum susu ini 4 hari sekali iaitu : 

a. Jam 5.00 ptg.
b. Jam 8.00 malam.
c. Jam 12 tgh malam
d. Jam 8.00 pagi

Kepada yang takut nak minum air susu peluang untuk sembuh penyakit Gastrik memang agak tipis, ini kerana gabungan Buah Betik dangan Air Susu Fernleaf adalah gabungan Penawar Gastrik tadi, kalau minum air susu sahaja pun tak boleh mesti kena makan buah betik sekali, begitu juga kalau makan buah sahaja pun tak akan menjadi mesti pakai kedua-kedua bahan ini.

Kepada yang baru kena penyakit Gastrik sila amalkan Penawar Gastrik ini insyaallah boleh pulih sepenuhnya seperti sediakala.

Jika ada yang tak berapa Faham boleh lah komen diruang komen yang saya sedikan di bawah ini, insyaallah pertanyaan tuan-tuan saya akan balas secepat yang mungkin,jika tidak berbalas maknanya saya sibuk. Jangan segan-segan tanya je dan kemukaan soalan di ruang komen dibawah ini. Ini bukan posting post semata-semata,bukan rekaan semata-mata tapi memang benar penawar Gastrik peringkat 1,segala penyakit ada ubatnya ,sekian terima kasih.

02 December 2013

Samsung bakal perkenalkan peranti dengan skrin YOUM yang diperbaharui

Mungkin sebelum ini Samsung telah berjaya memperkenalkan Samsung Galaxy Round yang tampil denganpaparan skrin fleksibel yang melengkung. Nmun begitu,kehadiran Galaxy Round di pasaran menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan pengguna kerana merasakan ianya hanyalah sekadar gimik semata-mata. Tetapi nyata samsung masih tetap dengan pendiriannya untuk cuba menerokai pasaran smartphone dengan paparan skrin fleksibel pada tahun depan.


Menurut laporan yang dinyatakan oleh Bloomberg,Samsung merancang untuk memperkenalkan smartphone dengan paparan skrin melengkung di bahagian sisi kerangka bagi memudahkan pengguna membaca masej natau notifikasi lain. Smartphone ini dipercayai akan mengimplikasikan teknologi YOUM yang telah diperbaharui . Teknologi paparan ini pernah didedahkan oleh samsung pada acara CES tahun ini,dan telah digunakan buat pertama kalinya pada Samsung Galaxy Round.

HTC Malaysia Mengumumkan Harga Baru

Selaras dengan matlamat mereka menyediakan model yang terbaik pada harga yang lebih baik, HTC Malaysia baru baru ini telah mengumumkan harga baru bagi beberapa model miliknya yang terdiri daripada Butterfly, One-32GB, Desire 600, Butterfly S. Desire 200 dan juga Mini One. Dengan tersedianya harga baru ini, HTC mengharapkan peningkatan jualan terhadap model miliknya semakin meningkat terutama pada musim perayaan dan juga tahun baru akan datang ini.

Samsung raikan kempen 'Unique Malaysians Moments' melalui Galaxy S4 Zoom.

Bagi mengerakkan kempen 'Unique Malaysians Moments' Samsung Malaysia telah melantik empat personaliti tempatan iaitu Nini Ramlan-trendvisual,Alia Bastaman-penginovasi fesyen,Nick Michael Imran-Chef selebriti dan Joe Flizzow-perintis Hip Hop.

Setiap daripada personaliti ini akan dilengkapi dengan Samsung Galaxy S4 Zoom bagi membolehkan mereka merekodkan kisah menarik dalan kehidupan seharian mereka secara visual. Koleksi cerita-cerita ini adalah bagi meraikan semangat rakyat Malaysia yang unik terhadap dunia fesyen,muzik, makanan dan juga seni.

Selain kisah-kisah menarik daripada personaliti Malaysia, kempen 'Unique Malaysias Moments' juga menyediakan platform untuk rakyat Malaysia berkongsi detik-detik indah mereka sendiri yang unik dalam bentuk gambar atau video. Koleksi detik-detik indah ini akan dimasukkan di dalam edisi muzik video terhad Joe Flizzow yang berjudul HAVOC . Kempen ini bermula pada 6 November yang lalu, dan singlet hits edisi terhad HAVOC ini bakal diumumkan pada 5 Disember 2013 nanti.

Siapa bakal bergelar " Duta Kampus WeChat"....???

Bermula 10 oktober 2013.WeChat sebuah syarikat laman sosial terbesar mencari "Duta Kampus WeChat 2013" yang berlangsung di 4 buah universiti terbesar di Malaysia iaitu HELP Universiti Taylor's University Lakeside Campus,Multimedia University Cyberjaya Campus dan juga Universiti Tunku Abdul Rahman Petaling Jaya Campus.

Duta Kampus WeChat 2013 ini telah terbuka kepada semua mahasiswa/mahasiswi dan juga pelajar lepasan ijazah. Mereka yang mempunyai personaliti menarik,pintar serta berkarisma akan dipilih dan diberi tanggungjawab dalam mempromosikan laman sosial WeChat kepada pelajar-pelajar kampus mereka. Bukan itu sahaja,mereka juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai Rm 15,000 dan hadiah-hadiah menarik yang lain dari WeChat akan berakhir pada 29 Disember 2013, di mana 4 pemenang dari 4 buah universiti yang mendapat undin tertinggi di WeWeva iaitu akaun khas untuk Duta Kampus WeChat 2013 akan dipilih.

18 November 2013

Induk Ikan Keli 2014-2015

Salam sejahtera ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa melayari Laman Blog ini, disini admin ingin memohon maklumat pada semua penternak ikan keli mengenai Induk Ikan Keli yang dipelihara.

Mohon kerjasama memberikan maklumat ada menjual atau membela ikan keli seberat 1 kilogram ke atas di ruang komen dibawah ini, untuk dibeli oleh pengusaha benih ikan keli yang mana ketika ini para pengusaha tidak ada bekalan induk ikan keli yang mencukupi bagi menghasilkan benih ikan keli yang berterusan pada setiap bulan.

Sekiranya tuan-tuan mempunyai induk ikan keli yang ingin dijual sila nyatakan harga,tempat dan tinggalkan no tel tuan-tuan di ruang komen disediakan di bawah ini bagi memudahkan urusan pembelian induk keli tuan-puan sekian terima kasih.

07 October 2013

Bertemu Kembali

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini,syabas kerana tuan/puan masih lagi melayari laman blog ini, mohon maaf kerana admin sudah lama tidak update artikelnya. Kebelakangan ini admin terlalu sibuk dan tidak dapat update blog ini. Mohon maaf diatas kesulitan yang dialami.

Selepas ini admin akan mempekenalan satu bidang akukultur terbaru dari admin iaitu ternakan ikan talapia merah yang admin jalankan kini dan masih dalam kerja-kerja membangunkan kolam-kolam ikan talapia merah diharapkan dapat bersabar menunggu artikel-artikel terkini dari admin sekian terima kasih..

28 June 2013

FELDA MULCH

BAHAN SUNGKUPAN YANG MENJIMATKAN KOS OPERASI LADANG,MEMUPUK PERTUMBUHAN DAN PEMBUAHAN TANAMAN KELAPA SAWIT


Pembaziran baja sering berlaku di ladang kelapa sawit disebabkan oleh faktor-faktor iklim,topografi dan sebagainya. Hujan yang lebat akan meningkatkan hakisan tanah malah melarikan nutrien di permukaan tanah. Keadaan menjadi lebih kritikal lagi sekiranya bentuk muka bumi adalah bercerun dan beralun. Hal ini menyebabkan kesan pembajaan merosot yang selanjutnya mengurangkan pengeluaran hasil buah tandan segar.

Daripada pemerhatian kovensional,hanya 30 peratus baja yang ditaburkan di ladang kelapa sawit dapat digunakan oleh tanaman dan selebihnya terbazir melalui hakisan tanah, pemeruapan,larut lesap atau terikat dalam tanah. Sekiranya perkara ini tidak di perbaiki, maka pengeluaran hasil tanaman sawit tidak akan bertambah dan sebaliknya meningktkan kos operasi ladang

Bagi tanaman kelapa sawit yang baru di tanam atau sawit yang belum matang,penurunan kesan pembajaan yang telah berlaku akibat faktor-faktor tersebut di atas, akan menjejaskan pertumbuhan pokok dan seterusnya merendahkan pengeluaran hasil awalan. Gejala kekurangan nutrien seumpama ini sering kelihatan di ladang sawit yang belum matang. Daun-daun pada pokok tersebut menjadi kuning dan menyebabkan proses fotosintesis berkurangan.

Untuk menangani masalah ini, adalah dengan mencari kaedah yang terbaik supaya kehilangan nutrien tanah dapat dikuramgkan. salah satu kaedah yang telah diamalkan adalah dengan menanam tanaman litup bumi  cover crops  atau menggunakan sungkupan sama ada tandan buah kosong kelapa sawit atau bahan-bahan lain yang sesuai. 

Berdasarkan senario ini, produk sungkupan yang bio-degradasi keluaran Felda Agricultural Service Sdn Bhd FASSB dengan jenama FELDA MULCH merupakan salah satu kaedah yang dapat mengekalkan nutrien dalam tanah serta menunjukkan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman sawit.

Felda Mulch ini diperbuat daripada campuran bahan kertas ' pulp' terpakai dan campuran kain ' cotton mix ' terbuang dipotong mengikut beberapa saiz yang sesuai untuk tanaman sawit. Bahan ini boleh mereput sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun. Sejak produk ini di pasarkan pada tahun 2009,penggunaan oleh para peladang semakin meluas. Kos nya yang kompetetif serta kebaikan produk ini telah menyebabkan ianya mendapat sambutan yang baik oleh industri. Percubaan yang dijalankan oleh FASSB mendapati FELDA MULCH dapat memenuhi aspirasi para peladang yang ingin melihat pokok-pokok sawit yang baru ditanam di aldang masing-masing tumbuh dengan baik dan sihat.



Penyakit Ganoderma

BAJA BIO ORGANIK MEMBAWA KESAN POSITIF



Ciri-ciri Baja :

~ Mencegah serangan kulat khasnya kulat Ganoderma dan meningkatkan daya rintangan.
~ Menyebabkan nutrien surih membolehkan pokok lebih rintang terhadap kemarau.
~ Memupuk pembungaan dan pembuahan.
~ Memupuk perkembangan sistem akar,daya penyerapan air dan nutrien.
~ Meleraikan fosfat dan kalium dalam tanah,menambah kadar serapan.
~ Memperbaiki struktur dan pengedaran udara dalam tanah.
~ Menstabilkan nilai pH dan mengurangkan pengetulan tanah.
~ Mengandungi bahan organik menambah daya pemeliharaan kelembapan dan nutrien tanah.

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita

PENGENALAN

Kerajaan, dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukkan sebanyak RM 50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak.

Program ini merupakan satu pendekatan yang dikenali sebagai 'catch up' group bagi wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser serviks/pangkal rahim.

HUMAN PAPILLOMAVIRUS

~ HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.
~ Setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV.
~ Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua HPV akan mengakibatkan kanser serviks/pangkal rahim.

KANSER SERVIKS

Di Malaysia,kanser serviks/pangkal rahim adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum.

Mengikut Rekod Daftar kanser Kebangsaan 2007,kanser serviks merangkumi 8.4 peratus daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian Pap smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.

VAKSINASI HPV

~ Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV.
~ Sebaik-baiknya vaksinasi ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
~ Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

1. Tarikh vaksinasi pertama diberikan
2. 1 Bulan selepas suntikan pertama.
3. 6 bulan selepas suntikan pertama.
~ Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

KRITERIA WANITA LAYAK DI BAWAH PROGRAM INI

~ Wanita warganegara yang berumur 18 tahun.
~ Tidak hamil.
~ Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
~ Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

KESAN SAMPINGAN

~ Vaksinasi ini adalah selamat.

JAWATANKUASA PENASIHAT SEDUNIA UNTUK KESELAMATAN VAKSIN,PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA TELAH MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA VAKSIN HPV MEMPUNYAI PROFIL KESELAMATAN YANG BAIK.

~ Seperti vaksinasi lain,anda mungkin mengalami sedikit kesakitan,bengkak atau kemerahan di tempat suntikan.
~ Demam,pening kepala,loya atau muntah.
~ Sekiranya anda mengalami masalah lain akibat suntikan,sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berhampiran.

PENTING

~ Pastikan anda melengkapi 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan.
~ 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70 peratus kejadian kanser serviks.

TEMPAT MENDAPATKAN VAKSINASI

~ Dapatkan vaksinasi di klinik-klinik tersenarai di laman sesawang LPPKN.
~ Jika anda berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA,vaksinasi akan diberikan di Pusat Kesihatan IPTA.
~ Vaksinasi adalah PERCUMA.

SOALAN-SOALAN KERAP DITANYA FAQS

A. Saya mendapatkan maklumat bahawa saya akan mengalami sakit lengan dan bengkak selepas menerima vaksin. Adakah ini benar?
B. Rasa sakit dan bengkak pada lengan selalunya adalah hanya untuk beberapa jam sahaja dan akan erada selepas beberapa hari menerima suntikan.

A. Saya telah tertinggal 1 atau 2 dos vaksin. Adakah saya masih boleh menerimanya?
B. Ya.Jika anda telah ketinggalan dos vaksin atas sebarang sebab,dapatkan dos yang tertinggal di klinik LPPKN atau di Pusat Kesihatan IPTA yang terdekat. sebaik baiknya,dapatkan vaksinasi secepat mungkin. Amat penting anda menerima ketiga-tiga dos biarpun telah terlewat dari jadual sepatutnya.

A. Jika saya ada alahan atau sebarang penyakit,bolehkah saya menerima vaksinasi?
B. Ya. Alahan terhadap makanan,lelah,demam dan alahan-alahan lain biasanya tidak menghalang seorang daripada divaksinasi. Jika anda ada persoalan perihal ini,anda dinasihatkan berbincang dengan doktor anda. Alahan teruk seperti masalah penafasan,ruam atau kegatalan amat jarang berlaku.

Untuk keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Klinik Nur Sejahtera LPPKN atau Pusat Kesihatan IPTA anda

TALIAN NUR 15999
KPWKM,LPPKN

www.lppkn.gov.my

06 June 2013

Rahsia Luar Biasa Bila Anak Ramai Zaman Dahulu.

Selamat bertemu kembali dalam Artikel terbaru dari saya bertajuk " Rahsia Luar Biasa Anak Ramai Zaman Dahulu " .Maksud saya zaman dahulu adalah cerita lama yang berlaku 25 tahun lepas yang mana saya rasa boleh dikongsikan di 'Alam Maya ' ini sebagai panduan itu sekiranya ada lagi masyarakat pada hari ini yang masih mengamalkannya, rasa mustahil sebagai perkongsian pada hari ini,saya perlu menceritakannya demi kebaikan kehidupan segajat yang mana saya rasa pada zaman kali ini amat mencabar setiap manusia yang hidup pada dunia teknologi seperti pada hari ini.

Rahsia ini saya perolehi dari cerita ' atok ' saya yang suka berceritakan hal dan pengalaman yang beliau perolehi ketika itu, moga hasil perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat rakan-rakan kita yang mencubanya pada hari ini.

Waktu zaman bujang dahulu ,beliau mempunyai seorang kawan baik bernama ' RAVI ' yang ketika itu atok  dan ravi adalah pekerja sebuah kedai runcit rawang selangor, mereka berdua sudah hampir 3 tahun bekerja di " KEDAI RUNCIT TEO ". Teo merupakan seorang Majikan yang baik dan senang akan adanya 2 pekerja ini.

kedai di buka dari jam 10pg-10mlm,sabtu dan ahad atok dan ravi tetap bekerja di kedai runcit teo dan tidak pernah mengambil cuti rehat,cuti rehat mereka hanya gunakan sekiranya berlaku hal2 kecemasan peribadi barulah cuti rehat baru diambil.

Nak dijadikan cerita selama 3 tahun atok saya bekerja di Kedai Runcit Teo,atok berasa amat hairan akan sikap Ravi yang amat berjimat cermat itu, saban hari,bulan dan tahun ravi tidak pernah sarapan atau makan diluar untuk mengisi perutnya bila tiba waktu rehat makan sekitar jam 12 tgh - 1tgh itu, dalam hati atok berasa amat hairan akan hal tersebut, kalau ada pun ravi hanya membelanjakan  wangnya membelikan air mineral  sahaja sekiranya air dalam bekas minumannya habis diminumnya.

Apa yang memeranjatkan ravi saban hari mengalaskan perutnya dari nasi yang dibekalkan dari rumah nya yang telah disiapkan awal pagi oleh mak, dalam mangkuk tingkatnya itu bermacam-macam lauk pauk telah disediakan oleh ibunya,hairan juga,hidangan yang disediakan oleh ibunya boleh tahan juga menyelerakan seperti nasi putih,kari,lauk kari. Waktu pagi nya pula ravi sarapan tosai.ikli,capati,kadang-kadang roti bakar.

Hampir 3 tahun atok menyimpan hasrat ingin bertanyakan hal yang berlaku ini, perasaan ingin tahu atok amat kuat lalu ditanyakan kepada ravi,

Atok : " Ravi...saya hairan,saban hari u sarapan dan mengalaskan perut dari nasi bekal dari umah awak tak kisah ke..?? Tak sudi ke berserapan dengan saya di restoran..??"

Ravi : " Apis... saya sudah biasa makan nasi yang dimasak dan dibekalkan oleh ibu saya dari rumah ini, maaf lah saya tidak dapat berserapan di restoran sampai hari ini, saya mohon maaf banyak-banyak".

Atok : " Kenapa Ravi...??"

Ravi : " Ibu saya sudah ajarkan kami dari kecil,bagaimana hidup dalam keadaan berjimat cermat sehingga memperolehi nikmat hidup yang sempurna suatu hari kelak"

Atok : " Jadi bagaimana,tunjukkan saya contoh itu " ( Jawab atok kebingungan )...??

Ravi : " Apis...sebenarnya kami memang datang dari keluarga yang susah,dulu ibu bapa saya kerja di estet kuang sudah hampir belas tahun, ibu-bapa saya tidak mahu anak-anak nya hidup susah seperti hari ini dan mempunyai azam agar suautu hari nanti kami keluar dari kelompok kemiskinan "

Atok: ( atok sedih mendengarnya ).

Ravi : " Kami mempunyai 10 orang adik beradik,2 orang lagi masih bersekolah, mak ajarkan semua adik beradik agar hidup berjimat cermat "

Namun begitu atok berasa hairan juga ini kerana keluarga Ravi telah membeli kereta dengan cara tunai sekitar Rm 20k ( Wira Second Hand ) dan membayarkan Rm 10% wang pendahuluan membelikan rumah baru di rawang iaitu di belakang Kilang Simen Rawang.

Atok : " Awak kata, keluarga susah, adik beradik ramai tetapi macam mana kamu orang boleh beli kereta wira dan membayar wang deposit membeli rumah baru sebanyak 10% yang bakal awak sekeluarga akan duduk nanti, saya betul-betul hairan lah,,,""

Ravi : " Apis ...saya ada 8 orang adik beradik semua sudah bekerja,setiap bulan ibu saya akan jadi KERANI ambil semua adik beradik punya wang gaji, semua simpan dalam Bank dalam satu akaun sahaja atas nama ibu saya, setiap seorang ada gaji Rm 1000-1300 keatas , termasuk gaji bapa saya juga, jadi setiap bulan IBU simpan wang gaji keluarga sebanyak Rm 11k kedalam bank dalam satu akaun bank sahaja, mak bekalkan semua adik beradik makan nasi bekal sahaja setiap hari serta sarapan pagi,dia hanya berikan setiap orang sebanyak RM 175 sorang sebagai belanja bulanan. Bil air,elektrik,wang dapur dan sayur semua mak uruskan sementara yang lain kerja seperti biasa. itu sebab kami boleh beli kereta dan bayar wang deposit rumah. 2 orang abang saya akan berkhawin tidak lama  lagi, semua belanja khawin mak sudah sediakan,ini yang kami amalkan dalam kelaurga.

Bayangkan tuan-puan,sekiranya ibu ravi simpan Rm 11k setiap bukan darab12 bulan ini bermakna setahun sahaja ibu ravi telah menyimpan wang keluarganya sekitar Rm 132k dalam setahun ini lah atok saya ceritakan pada saya ketika dahulu,malah cerita ini telah saya kongsikan kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya sampai hari ini termasuk pada hari ini.

Selepas itu apa yang berlaku tuan-puan, Ravi membuka Perniagaan Keluarga merupakan Kedai Runcit,Pemborong barang -barang plastik,makanan ringan,keropok kanak pada hari ini dan tidak lagi bekerja di kedai runcit teo. kalau lah pada hari ini mempunyai ikatan kekeluarga yang kuat dan bersatu seperti keluarga ravi ini dan pandai menguruskan kewangan,tidak mustahil bagi kita untuk menjadi sebahagian seperti mereka, insyaallah...


Perusahaan Ternakan & Pengeluaran Hasil Lebah

B-B Town Sdn Bhd. ditubuhkan pada tahun 1978 dan merupakan penternak lebah yang terbesar dalam negara. Melalui penternakan lebah jenis Itali dan kelulut (Lebah tidak bersengat) di ladang ternakan sendiri,siri produk lebah-lebah telah dihasilkan dalam bungkusan yang menarik serta dipasarkan dalam negara.Sebahagianya juga dieksport ke luar negara.


Produk-produk yang dikeluarkan termasuk madu lebah,propolis,debunga,bisa lebah,jeli diraja,larva lebah,lilin lebah,madu cuka epal dan banyak lagi,kesemua mengandungi nilai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan. Kini produk penjagaan diri berasaskan bahan lebah juga telah dikeluarkan, termasuk sabun dan shampoo untuk pembersihan badan dan rambut.

Memandangkan permintaan terhadap produk lebah di dalam dan di luar negara adalah tinggi serta alam sekitar Malaysia yang sangat sesuai untuk penternakan lebah. Beliau turut menggongsikan rahsia kerjayaan bidang penternakan ini dengan memberi sokongan khidmat nasihat,kursus,kelengkapan ternakan bagi menjayakan sesiapa yang berminat demi menghasilakan pendapatan yang sangat lumayan ini.

22 May 2013

Buah Tandan Kosong Sawit Mnyuburkan Tanah Dan Memanfaatkan Tanaman

Buah tandan kosong kelapa sawit mengandungi nutrien yang boleh dikitar semula semasa digunakan sebagai bahan sungkupan diladang. Kegunaanya dibidang ini bukanlah perkara baru dan sudah lama dipraktikkan dalam amalan agronomi ladang kelapa sawit buat berpuluh-puluh tahun lamanya.

Seperti sedia maklum, satu tan tandan kosong sawit mempunyai kandungan nutrien bersamaan 7.0kg urea ( sumber nitrogen,N), 2.8 kg rock phosphate (sumber fosfat,P), 19.3 kg potassium chloride ( sumber kalium,K ), dan 4.4kg magnesium sulphate ( sumber magnesium, Mg ). Dengan itu, penggunaan buah tandan kosong sawit bukan sahaja dapat memupuk pertumbuhan tanaman sawit, malah akan menjimatkan kos pembajaan. Buah tandan kosong sawit juga dibakar menjadi Abu yang sama-sama memberi kesan pembajaan tertentu.


Abu Buah Tandan Kosong Sawit mengandungi 40% K20,3-4% P205,5-6% MgO dan 4-5% CaO. kandungan N pula telah lesap dalam proses pembakaran. Nilai pH bagi abu buah tandan kosong sawit mencapai 12, jesteru ini merupakan bahan yang baik bagi meneutralkan tanah yang masam.

Selain itu, ia juga akan meningkatkan tahap kalium boleh tukar ( exchangeable K ) dalam tanah. Selepas penggunaan abu ini, didapati pengeluaran sawit adalah lebih tinggi daripada penggunaan potassium chloride pada dos yang sama ( misalnya 3kg abu buah tandan kosong sawit adalah bersamaan dengan 2 kg potassium chloride ).

Risiko kehilangan nitrogen pada kadar yang banyak telah menyebabkan abu buah tandan kosong sawit tidak digalakkan diguna bersama dengan baja nitrogen. Disamping itu ia memberi manfaat kepada tanah asid sulphate dari segi meneutralkan kemasamannya, abu buah tandan kosong sawit akan meningkatkan kadar reputan biojisim yang terkandung di dalam tanah gambut dan lantaran itu, akan memupuk pelepasan nitrogen daripada tanah tersebut. Dari segi ini, ia sebenarnya membantu menjimatkan kos pembajaan notrogen dan kalium sekiranya abu buah tandan kosong sawit digunakan di kawasan tanah gambut.

Walaubagaimanapun proses pembakaran tersebut bagi penghasilan abu buah tandan kosong sawit akan mencemarkan alam sekitar dengan habuk-habuk dan bau tengit berhamburan di ruang udara,Jesteru, melainkan kelengkapan prosesan lebih mesra alam dipasang, penggunaan abu buah tandan kosong sawit mungkin terpaksa digantikan dengan buah tandan kosong mentah yang mana sama-sama mempunyai kesan kandungan setanding.


Di negara-negara Asia Tenggara dan Afrika Barat,buah tandan kosong sawit telah digunakan secara besar-besaran sebagai bahan sungkupan di ladang sawit mereka. Melalui kajian berkenaan kesannya dibidang ini didapati adalah sangat positif. Di Malaysia sahaja, buah tandan kosong sawit digunakan pada kuantiti 25-30 tan/ha sebagai liputan pusingan pertama selepas anak sawit dipindah untuk di tanam. pada 14 bulan kemudian diikuti pula litupan pusingan kedua menurut kuantiti yang sama ini.

dari amalan ini didapati pertumbuhan vegetatif pokok sawit dan pengeluaran hasil adalah lebih baik, Bahkan, kos adalah 50-60%  lebih rendah daripada kos pembajaan biasa. Penggunaan buah tandan kosong sawit pada tanaman sawit belum matang adalah dengan cara menyeraknya secara rata ke dalam bulatan merumput, bergaris pusat antara 1-1.5m, dikira 5cm dari pangkal  batang pokok.

Amalan penyungkupan buah tandan kosong sawit di ladang walaupun kelihatan seperti suautu kos tambahan ( seperti kos pengangkutan dan kos buruh ), kepada operasi ladang, namun kos tersebut dapat ditebusi melalui pengeluaran hasil buah sawit lebih awal serta pengecualian kos merumput pada tahun pertama. Kesan sungkupan daripada buah tandan kosong sawit juga bergantung pada keadaan tanah.


Litupannya pada tanah kurang subur tentu mendatangkan kesan yang lebih ketara jika dibandingkan kesan penggunaan tanah subur. Menurut sumber , di dalam kajian perbandingan berkaitan plot yang telah disungkupi dengan buah tandan kosong sawit beserta penggunaan baja telah menunjukkan pengeluaran hasil untuk 4 tahun pertama adalah 12.5 tan/ha lebih banyak daripada plot kawalan yang tidak menggunakan apa-apa. Bahkan, hasil buah tetap lebih tinggi sebanyak 6 tan/ha bagi plot yang disungkupi dengan buah tandan kosong beserta baja jika dibandingkan dengan plot yang menggunakan baja terbaik tetapi tanpa sungkupan buah tandan kosong sawit.

Kitaran semula nutrien buah tandan kosong sawit ke dalam tanah juga agak cepat. 6 bulan selepas penggunanya di ladang, lebih 90% nutrien kalium telah dirembeskan. Sehubungan itu, 50% buah tandan kosong sawit telah menjadi jirim kering dan mengurai atas tanah dalam tempoh 3 bulan sahaja.Uraian ini meningkat kepada 70% selepas 8 bulan, menunjukkan kadar reputan yang agak pantas.






Mengapa Minyak Enjin Perlu Ditukar Secara Berkala..??

Minyak Enjin ibarat darah kepada enjin kenderaan kerana ia mengandungi pelbagai bahan penambah yang baik untuk melindungi bahagian-bahagian logam yang bergerak di dalam enjin supaya sentiasa berfungsi dengan normal

5 Fungsi Utama Minyak Enjin

PELINCIRAN

Ia akan mengurai enapan dan mendapan yang terbentuk di bahagian dalam enjin bagi memastikan enjin sentiasa bersih.

PEMBERSIHAN

Ia akan meneutralkan bahan asid yang dihasilkan ketika enjin beroperasi.

ANTI KARAT

Ia juga membentuk lapisan anti karat bagi mengelakkan bahagian logam daripada berkarat dan terkikis akibat proses pengoksidaan.

PENGEDAPAN OMBOH

Ia bertindak mengurangkan kebocoran dengan melekat pada gegelang omboh supaya bahan api dibakar dengan sempurna dan meningkatkan prestasi enjin.

PENYEJUKAN

Ia dapat membebaskan haba yang terhasil daripada geseran bagi memelihara setiap enjin.

BILAKAH MINYAK ENJIN PERLU DITUKAR ..??

Bengkel kereta atau pengedar kereta lazimnya mengesyorkan pemilik kenderaan supaya menukar minyak enjin setiap 5000km,atau enam bulan sekali bagi kenderaan yang jarang dipandu.

Sekiranya anda memilih minyak enjin yang berkualiti, temph penukarannya boleh dipanjangkan mengikut keadaan.

17 May 2013

PERDU SERAI WANGI MENGHASILKAN BUNGA, MEMANG MEMERANJATKAN..

Jutaan terima kasih di hulurkan kepada pengunjung-pengunjung BLOG ini yang sudi membaca setiap Artikel yang saya tuliskan. Untuk kali ini saya nak kongsikan Artikel yang saya sendiri naik hairan akan 2 rumpun serai yang ditanam mempunyai bunga yang agak ganjil yang mana saya sendiri tidak pernah menyaksikannya.

Dua rumpun serai ini menghasilkan pokok yang ganjil dan berbunga sudah agak lama namun pokok yang ganjil ini serta bunga still ada lagi kelihatan disitu, ia tubuh di halaman rumah adik saya, pokok serai ini ditanam oleh adik saya sendiri.

Keganjilan rumpunan serai ini telah membuat adik saya risau untuk mengambil serai ini untuk dimasak, haha begitu lah peliknya rumpunan serai ini.





Ini lah 2 rumpun serai yang saya maksudkan itu, mohon maaf lah gambarnya tak berapa clear sangat,semoga dengan paparan yang saya sediakan ini dapat menunjukkan mengenai gambar yang memelikan ini kepada orang ramai. dibawah ini adalah rumah jiran.

Gambar ini saya rakam di kg tun abdul razak, kuala kubu bharu.sampai disini sahaja perkongsian saya sekian terima kasih.



15 May 2013

Samsung Galaxy Star S5280

Samsung semakin ligat memperkenalkan pembangunan aplikasi hiburan pelbagai platform untuk smartphone dan juga tablet Andrioid,baru-baru ini telah mendedahkan laporan menarik berkaitan tablet Android.Berdasarkan kepada 978000 pengguna bulanan yang didapati melalui 75 juta unit tablet Android, lima kedudukan teratas yang menjadi pilihan pengguna tablet adalah merupakan model yang oaoaran skrin berukuran 7 inci. Berdasarkan kepada laporan yang didedahkan itu, Samsung Galaxy Tab 2.7.0 telah berada di kedudukan pertama dengan 11.8% daripada jumlah keseluruhan pasaran, dan diikuti oleh Samsung Galaxy 2 10.1 dengan 8.3%.Manakala tempat ketiga dan keempat diduduki oleh Amazon Kindle Fire dan Amazon Kindle Fire HD yang masing-masing hadir dengan paparan skrin berukuran 7 inci.Tempat kelima pula telah diduduki oleh Samsung Galaxy Tab yang juga tampil dengan skrin 7 inci.

14 May 2013

Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy Tab 3 Pada IFA 2013???

Kemunculan Samsung Galaxy S4 masih lagi belum reda, kini menurut satu sumber lain Samsung bakal mengumumkan Galaxy Tab 3 pada pameran IFA 2013  yang akan diadakan di Berlin pada 6 September nanti. Buat masa ini,spesifikasi untuk Galaxy Tab generasi ketiga ini masih belum didedahkan,tetapi ia dikhabarkan akan menawarkan dua variasi saiz seperti sebelumnya iaitu 7 inci dan 10.1 inci. Selain Galaxy Tab 3, Samsung juga turut dijangka akan memperkenalkan Galaxy Note 3 sikitar bulan September atau Oktober. Namun, berkemungkinan untuk acara tersebut, Samsung akan memperkenalkannya dalam acara berasingan sepertimana Galaxy S4 sebelum ini.

12 May 2013

SAMSUNG GALAXY MEGA 6.3 i9200 & GALAXY MEGA 5.8 i9150

Selain model Galaxy Win dan Galaxy Trend II Duos, Samsung juga tidak ketinggalan memperkenalkan dua lagi model dari siri 'Galaxy' yang dikenali sebagai galaxy Mega, di mana ia menampilkan dua variasi berbeza iaitu Galaxy Mega 6.3 dan juga Galaxy Mega 5.8. Menariknya kedua-dua peranti ini, selain dioperasikan oleh platform Android 4.2 (Jelly Bean), ia turut dikuasakan dengan memproses Dual Core dan menawarkan lensa kamera utama beresolusi 8 Megapixel dengan bantuan auto fokus dan LED flash. Walaupun kedua-duanya menampilkan rekaan yang hampir sama,namun fungsi yang ditawarkan masih berbeza.Untuk mengetahui apakah perbezaan di antara kedua-dua phablet keluaran Samsung ini.

11 May 2013

SAMSUNG GALAXY WIN i8550

Kehadiran Samsung Galaxy Win i8550 boleh dikatakan sebagai model alternatif untuk Galaxy S III kerana hadir dengan spesifikasi lebih rendah, tetapi menawarkan harga yang lebih murah. Walaupun tampil dengan rekaan lebih kompak dan mirip seperti Galaxy S III,smartphone ini masih menawarkan fungsi menarik untuk anda seperti dioperasikan oleh Android 4.1.2. ( Jelly Bean ) serta dikuasakan 4.7 inci dengan resolusi 480x800 pixels turut menyediakan memori dalaman sebesar 8GB,1GB RAM serta menyokong dua kad SIM.



Memandangkan ia hanya model alternatif untuk Galaxy S III,keupayaan penggambaran bagi peranti ini telah dikurangkan kepada 5 Megapixel berbanding 8 Megapixel pada Galaxy S III.

10 May 2013

SAMSUNG GALAXY TREND ii DUOS S7572

Nampaknya siri 'Galaxy' semakin berseri apabila model terbarunya telah diperkenalkan iaitu Galaxy Grand dan kini muncul pula sebuah lagi model yang dikenali sebagai Galaxy Trend II Dous dengan menyokong dua kad SIM. Jika dilihat kategori yang dipertandingkan,peranti ini mungkin tidaklah segagah model dari siri Galaxy yang lain, tetapi jangan memandang rendah terhadap keupayaan yang disokong oleh peranti ini kerana ia menawarkan fungsi menarik di antaranya adalah skrin sentuh menawarkan fungsi yang menarik di antaranya adalah skrin sentuh berukuran 4 inci dengan kepadatan pixel mencecah~233ppi,memori tambahan microSD sehingga 32GB serta sambungan HSPA dan WiFi.



Smartphone dikuasakan oleh pemproses Dual Core berkelajuan 1.2GHz dan dioperasikan oleh Android 4.1 (Jelly Bean) turut dilengkapi dengan fungsi multimedia seperti lensa kamera 3..2 Megapixel tanpa bantuan auto fokus dan LED flash dan juga bateri Li-on berkapasiti 1500mAh.