Pembaziran baja sering berlaku di ladang kelapa sawit disebabkan oleh faktor-faktor iklim,topografi dan sebagainya. Hujan yang lebat akan meningkatkan hakisan tanah malah melarikan nutrien di permukaan tanah. Keadaan menjadi lebih kritikal lagi sekiranya bentuk muka bumi adalah bercerun dan beralun. Hal ini menyebabkan kesan pembajaan merosot yang selanjutnya mengurangkan pengeluaran hasil buah tandan segar.
Daripada pemerhatian kovensional,hanya 30 peratus baja yang ditaburkan di ladang kelapa sawit dapat digunakan oleh tanaman dan selebihnya terbazir melalui hakisan tanah, pemeruapan,larut lesap atau terikat dalam tanah. Sekiranya perkara ini tidak di perbaiki, maka pengeluaran hasil tanaman sawit tidak akan bertambah dan sebaliknya meningktkan kos operasi ladang
Bagi tanaman kelapa sawit yang baru di tanam atau sawit yang belum matang,penurunan kesan pembajaan yang telah berlaku akibat faktor-faktor tersebut di atas, akan menjejaskan pertumbuhan pokok dan seterusnya merendahkan pengeluaran hasil awalan. Gejala kekurangan nutrien seumpama ini sering kelihatan di ladang sawit yang belum matang. Daun-daun pada pokok tersebut menjadi kuning dan menyebabkan proses fotosintesis berkurangan.
Untuk menangani masalah ini, adalah dengan mencari kaedah yang terbaik supaya kehilangan nutrien tanah dapat dikuramgkan. salah satu kaedah yang telah diamalkan adalah dengan menanam tanaman litup bumi cover crops atau menggunakan sungkupan sama ada tandan buah kosong kelapa sawit atau bahan-bahan lain yang sesuai.
Berdasarkan senario ini, produk sungkupan yang bio-degradasi keluaran Felda Agricultural Service Sdn Bhd FASSB dengan jenama FELDA MULCH merupakan salah satu kaedah yang dapat mengekalkan nutrien dalam tanah serta menunjukkan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman sawit.
Felda Mulch ini diperbuat daripada campuran bahan kertas ' pulp' terpakai dan campuran kain ' cotton mix ' terbuang dipotong mengikut beberapa saiz yang sesuai untuk tanaman sawit. Bahan ini boleh mereput sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun. Sejak produk ini di pasarkan pada tahun 2009,penggunaan oleh para peladang semakin meluas. Kos nya yang kompetetif serta kebaikan produk ini telah menyebabkan ianya mendapat sambutan yang baik oleh industri. Percubaan yang dijalankan oleh FASSB mendapati FELDA MULCH dapat memenuhi aspirasi para peladang yang ingin melihat pokok-pokok sawit yang baru ditanam di aldang masing-masing tumbuh dengan baik dan sihat.
No comments :
Post a Comment