Selamat bertemu kembali dalam Artikel terbaru dari saya bertajuk " Rahsia Luar Biasa Anak Ramai Zaman Dahulu " .Maksud saya zaman dahulu adalah cerita lama yang berlaku 25 tahun lepas yang mana saya rasa boleh dikongsikan di 'Alam Maya ' ini sebagai panduan itu sekiranya ada lagi masyarakat pada hari ini yang masih mengamalkannya, rasa mustahil sebagai perkongsian pada hari ini,saya perlu menceritakannya demi kebaikan kehidupan segajat yang mana saya rasa pada zaman kali ini amat mencabar setiap manusia yang hidup pada dunia teknologi seperti pada hari ini.
Rahsia ini saya perolehi dari cerita ' atok ' saya yang suka berceritakan hal dan pengalaman yang beliau perolehi ketika itu, moga hasil perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat rakan-rakan kita yang mencubanya pada hari ini.
Waktu zaman bujang dahulu ,beliau mempunyai seorang kawan baik bernama ' RAVI ' yang ketika itu atok dan ravi adalah pekerja sebuah kedai runcit rawang selangor, mereka berdua sudah hampir 3 tahun bekerja di " KEDAI RUNCIT TEO ". Teo merupakan seorang Majikan yang baik dan senang akan adanya 2 pekerja ini.
kedai di buka dari jam 10pg-10mlm,sabtu dan ahad atok dan ravi tetap bekerja di kedai runcit teo dan tidak pernah mengambil cuti rehat,cuti rehat mereka hanya gunakan sekiranya berlaku hal2 kecemasan peribadi barulah cuti rehat baru diambil.
Nak dijadikan cerita selama 3 tahun atok saya bekerja di Kedai Runcit Teo,atok berasa amat hairan akan sikap Ravi yang amat berjimat cermat itu, saban hari,bulan dan tahun ravi tidak pernah sarapan atau makan diluar untuk mengisi perutnya bila tiba waktu rehat makan sekitar jam 12 tgh - 1tgh itu, dalam hati atok berasa amat hairan akan hal tersebut, kalau ada pun ravi hanya membelanjakan wangnya membelikan air mineral sahaja sekiranya air dalam bekas minumannya habis diminumnya.
Apa yang memeranjatkan ravi saban hari mengalaskan perutnya dari nasi yang dibekalkan dari rumah nya yang telah disiapkan awal pagi oleh mak, dalam mangkuk tingkatnya itu bermacam-macam lauk pauk telah disediakan oleh ibunya,hairan juga,hidangan yang disediakan oleh ibunya boleh tahan juga menyelerakan seperti nasi putih,kari,lauk kari. Waktu pagi nya pula ravi sarapan tosai.ikli,capati,kadang-kadang roti bakar.
Hampir 3 tahun atok menyimpan hasrat ingin bertanyakan hal yang berlaku ini, perasaan ingin tahu atok amat kuat lalu ditanyakan kepada ravi,
Atok : " Ravi...saya hairan,saban hari u sarapan dan mengalaskan perut dari nasi bekal dari umah awak tak kisah ke..?? Tak sudi ke berserapan dengan saya di restoran..??"
Ravi : " Apis... saya sudah biasa makan nasi yang dimasak dan dibekalkan oleh ibu saya dari rumah ini, maaf lah saya tidak dapat berserapan di restoran sampai hari ini, saya mohon maaf banyak-banyak".
Atok : " Kenapa Ravi...??"
Ravi : " Ibu saya sudah ajarkan kami dari kecil,bagaimana hidup dalam keadaan berjimat cermat sehingga memperolehi nikmat hidup yang sempurna suatu hari kelak"
Atok : " Jadi bagaimana,tunjukkan saya contoh itu " ( Jawab atok kebingungan )...??
Ravi : " Apis...sebenarnya kami memang datang dari keluarga yang susah,dulu ibu bapa saya kerja di estet kuang sudah hampir belas tahun, ibu-bapa saya tidak mahu anak-anak nya hidup susah seperti hari ini dan mempunyai azam agar suautu hari nanti kami keluar dari kelompok kemiskinan "
Atok: ( atok sedih mendengarnya ).
Ravi : " Kami mempunyai 10 orang adik beradik,2 orang lagi masih bersekolah, mak ajarkan semua adik beradik agar hidup berjimat cermat "
Namun begitu atok berasa hairan juga ini kerana keluarga Ravi telah membeli kereta dengan cara tunai sekitar Rm 20k ( Wira Second Hand ) dan membayarkan Rm 10% wang pendahuluan membelikan rumah baru di rawang iaitu di belakang Kilang Simen Rawang.
Atok : " Awak kata, keluarga susah, adik beradik ramai tetapi macam mana kamu orang boleh beli kereta wira dan membayar wang deposit membeli rumah baru sebanyak 10% yang bakal awak sekeluarga akan duduk nanti, saya betul-betul hairan lah,,,""
Ravi : " Apis ...saya ada 8 orang adik beradik semua sudah bekerja,setiap bulan ibu saya akan jadi KERANI ambil semua adik beradik punya wang gaji, semua simpan dalam Bank dalam satu akaun sahaja atas nama ibu saya, setiap seorang ada gaji Rm 1000-1300 keatas , termasuk gaji bapa saya juga, jadi setiap bulan IBU simpan wang gaji keluarga sebanyak Rm 11k kedalam bank dalam satu akaun bank sahaja, mak bekalkan semua adik beradik makan nasi bekal sahaja setiap hari serta sarapan pagi,dia hanya berikan setiap orang sebanyak RM 175 sorang sebagai belanja bulanan. Bil air,elektrik,wang dapur dan sayur semua mak uruskan sementara yang lain kerja seperti biasa. itu sebab kami boleh beli kereta dan bayar wang deposit rumah. 2 orang abang saya akan berkhawin tidak lama lagi, semua belanja khawin mak sudah sediakan,ini yang kami amalkan dalam kelaurga.
Bayangkan tuan-puan,sekiranya ibu ravi simpan Rm 11k setiap bukan darab12 bulan ini bermakna setahun sahaja ibu ravi telah menyimpan wang keluarganya sekitar Rm 132k dalam setahun ini lah atok saya ceritakan pada saya ketika dahulu,malah cerita ini telah saya kongsikan kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya sampai hari ini termasuk pada hari ini.
Selepas itu apa yang berlaku tuan-puan, Ravi membuka Perniagaan Keluarga merupakan Kedai Runcit,Pemborong barang -barang plastik,makanan ringan,keropok kanak pada hari ini dan tidak lagi bekerja di kedai runcit teo. kalau lah pada hari ini mempunyai ikatan kekeluarga yang kuat dan bersatu seperti keluarga ravi ini dan pandai menguruskan kewangan,tidak mustahil bagi kita untuk menjadi sebahagian seperti mereka, insyaallah...
Jutaan terima kasih kerana melayari laman blog ini, untuk kali ini saya cuba menciptakan sebuah lagi blog yang mana mampu mengumpul semua bangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan ikan keli atau ikan lele agar dapat memudahkan lagi urusan bersama. Di harapkan agar blog ini dapat membantu semua orang,sekian.
No comments :
Post a Comment