28 June 2013

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita

PENGENALAN

Kerajaan, dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukkan sebanyak RM 50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak.

Program ini merupakan satu pendekatan yang dikenali sebagai 'catch up' group bagi wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser serviks/pangkal rahim.

HUMAN PAPILLOMAVIRUS

~ HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.
~ Setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV.
~ Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua HPV akan mengakibatkan kanser serviks/pangkal rahim.

KANSER SERVIKS

Di Malaysia,kanser serviks/pangkal rahim adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum.

Mengikut Rekod Daftar kanser Kebangsaan 2007,kanser serviks merangkumi 8.4 peratus daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian Pap smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.

VAKSINASI HPV

~ Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV.
~ Sebaik-baiknya vaksinasi ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
~ Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

1. Tarikh vaksinasi pertama diberikan
2. 1 Bulan selepas suntikan pertama.
3. 6 bulan selepas suntikan pertama.
~ Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

KRITERIA WANITA LAYAK DI BAWAH PROGRAM INI

~ Wanita warganegara yang berumur 18 tahun.
~ Tidak hamil.
~ Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
~ Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

KESAN SAMPINGAN

~ Vaksinasi ini adalah selamat.

JAWATANKUASA PENASIHAT SEDUNIA UNTUK KESELAMATAN VAKSIN,PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA TELAH MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA VAKSIN HPV MEMPUNYAI PROFIL KESELAMATAN YANG BAIK.

~ Seperti vaksinasi lain,anda mungkin mengalami sedikit kesakitan,bengkak atau kemerahan di tempat suntikan.
~ Demam,pening kepala,loya atau muntah.
~ Sekiranya anda mengalami masalah lain akibat suntikan,sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berhampiran.

PENTING

~ Pastikan anda melengkapi 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan.
~ 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70 peratus kejadian kanser serviks.

TEMPAT MENDAPATKAN VAKSINASI

~ Dapatkan vaksinasi di klinik-klinik tersenarai di laman sesawang LPPKN.
~ Jika anda berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA,vaksinasi akan diberikan di Pusat Kesihatan IPTA.
~ Vaksinasi adalah PERCUMA.

SOALAN-SOALAN KERAP DITANYA FAQS

A. Saya mendapatkan maklumat bahawa saya akan mengalami sakit lengan dan bengkak selepas menerima vaksin. Adakah ini benar?
B. Rasa sakit dan bengkak pada lengan selalunya adalah hanya untuk beberapa jam sahaja dan akan erada selepas beberapa hari menerima suntikan.

A. Saya telah tertinggal 1 atau 2 dos vaksin. Adakah saya masih boleh menerimanya?
B. Ya.Jika anda telah ketinggalan dos vaksin atas sebarang sebab,dapatkan dos yang tertinggal di klinik LPPKN atau di Pusat Kesihatan IPTA yang terdekat. sebaik baiknya,dapatkan vaksinasi secepat mungkin. Amat penting anda menerima ketiga-tiga dos biarpun telah terlewat dari jadual sepatutnya.

A. Jika saya ada alahan atau sebarang penyakit,bolehkah saya menerima vaksinasi?
B. Ya. Alahan terhadap makanan,lelah,demam dan alahan-alahan lain biasanya tidak menghalang seorang daripada divaksinasi. Jika anda ada persoalan perihal ini,anda dinasihatkan berbincang dengan doktor anda. Alahan teruk seperti masalah penafasan,ruam atau kegatalan amat jarang berlaku.

Untuk keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Klinik Nur Sejahtera LPPKN atau Pusat Kesihatan IPTA anda

TALIAN NUR 15999
KPWKM,LPPKN

www.lppkn.gov.my

No comments :

Post a Comment