28 June 2013

FELDA MULCH

BAHAN SUNGKUPAN YANG MENJIMATKAN KOS OPERASI LADANG,MEMUPUK PERTUMBUHAN DAN PEMBUAHAN TANAMAN KELAPA SAWIT


Pembaziran baja sering berlaku di ladang kelapa sawit disebabkan oleh faktor-faktor iklim,topografi dan sebagainya. Hujan yang lebat akan meningkatkan hakisan tanah malah melarikan nutrien di permukaan tanah. Keadaan menjadi lebih kritikal lagi sekiranya bentuk muka bumi adalah bercerun dan beralun. Hal ini menyebabkan kesan pembajaan merosot yang selanjutnya mengurangkan pengeluaran hasil buah tandan segar.

Daripada pemerhatian kovensional,hanya 30 peratus baja yang ditaburkan di ladang kelapa sawit dapat digunakan oleh tanaman dan selebihnya terbazir melalui hakisan tanah, pemeruapan,larut lesap atau terikat dalam tanah. Sekiranya perkara ini tidak di perbaiki, maka pengeluaran hasil tanaman sawit tidak akan bertambah dan sebaliknya meningktkan kos operasi ladang

Bagi tanaman kelapa sawit yang baru di tanam atau sawit yang belum matang,penurunan kesan pembajaan yang telah berlaku akibat faktor-faktor tersebut di atas, akan menjejaskan pertumbuhan pokok dan seterusnya merendahkan pengeluaran hasil awalan. Gejala kekurangan nutrien seumpama ini sering kelihatan di ladang sawit yang belum matang. Daun-daun pada pokok tersebut menjadi kuning dan menyebabkan proses fotosintesis berkurangan.

Untuk menangani masalah ini, adalah dengan mencari kaedah yang terbaik supaya kehilangan nutrien tanah dapat dikuramgkan. salah satu kaedah yang telah diamalkan adalah dengan menanam tanaman litup bumi  cover crops  atau menggunakan sungkupan sama ada tandan buah kosong kelapa sawit atau bahan-bahan lain yang sesuai. 

Berdasarkan senario ini, produk sungkupan yang bio-degradasi keluaran Felda Agricultural Service Sdn Bhd FASSB dengan jenama FELDA MULCH merupakan salah satu kaedah yang dapat mengekalkan nutrien dalam tanah serta menunjukkan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan penghasilan tanaman sawit.

Felda Mulch ini diperbuat daripada campuran bahan kertas ' pulp' terpakai dan campuran kain ' cotton mix ' terbuang dipotong mengikut beberapa saiz yang sesuai untuk tanaman sawit. Bahan ini boleh mereput sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun. Sejak produk ini di pasarkan pada tahun 2009,penggunaan oleh para peladang semakin meluas. Kos nya yang kompetetif serta kebaikan produk ini telah menyebabkan ianya mendapat sambutan yang baik oleh industri. Percubaan yang dijalankan oleh FASSB mendapati FELDA MULCH dapat memenuhi aspirasi para peladang yang ingin melihat pokok-pokok sawit yang baru ditanam di aldang masing-masing tumbuh dengan baik dan sihat.



Penyakit Ganoderma

BAJA BIO ORGANIK MEMBAWA KESAN POSITIF



Ciri-ciri Baja :

~ Mencegah serangan kulat khasnya kulat Ganoderma dan meningkatkan daya rintangan.
~ Menyebabkan nutrien surih membolehkan pokok lebih rintang terhadap kemarau.
~ Memupuk pembungaan dan pembuahan.
~ Memupuk perkembangan sistem akar,daya penyerapan air dan nutrien.
~ Meleraikan fosfat dan kalium dalam tanah,menambah kadar serapan.
~ Memperbaiki struktur dan pengedaran udara dalam tanah.
~ Menstabilkan nilai pH dan mengurangkan pengetulan tanah.
~ Mengandungi bahan organik menambah daya pemeliharaan kelembapan dan nutrien tanah.

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita

PENGENALAN

Kerajaan, dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, telah memperuntukkan sebanyak RM 50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak.

Program ini merupakan satu pendekatan yang dikenali sebagai 'catch up' group bagi wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser serviks/pangkal rahim.

HUMAN PAPILLOMAVIRUS

~ HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.
~ Setiap wanita yang melakukan hubungan seks berisiko dijangkiti HPV.
~ Kanser serviks terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV tetapi tidak semua HPV akan mengakibatkan kanser serviks/pangkal rahim.

KANSER SERVIKS

Di Malaysia,kanser serviks/pangkal rahim adalah kanser ketiga paling kerap dihidapi wanita selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum.

Mengikut Rekod Daftar kanser Kebangsaan 2007,kanser serviks merangkumi 8.4 peratus daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.

Bagi wanita yang telah melakukan hubungan seks, ujian Pap smear masih perlu dilakukan secara berkala walaupun telah menerima 3 dos vaksinasi HPV.

VAKSINASI HPV

~ Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV.
~ Sebaik-baiknya vaksinasi ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
~ Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

1. Tarikh vaksinasi pertama diberikan
2. 1 Bulan selepas suntikan pertama.
3. 6 bulan selepas suntikan pertama.
~ Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

KRITERIA WANITA LAYAK DI BAWAH PROGRAM INI

~ Wanita warganegara yang berumur 18 tahun.
~ Tidak hamil.
~ Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
~ Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

KESAN SAMPINGAN

~ Vaksinasi ini adalah selamat.

JAWATANKUASA PENASIHAT SEDUNIA UNTUK KESELAMATAN VAKSIN,PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA TELAH MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA VAKSIN HPV MEMPUNYAI PROFIL KESELAMATAN YANG BAIK.

~ Seperti vaksinasi lain,anda mungkin mengalami sedikit kesakitan,bengkak atau kemerahan di tempat suntikan.
~ Demam,pening kepala,loya atau muntah.
~ Sekiranya anda mengalami masalah lain akibat suntikan,sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berhampiran.

PENTING

~ Pastikan anda melengkapi 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan.
~ 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70 peratus kejadian kanser serviks.

TEMPAT MENDAPATKAN VAKSINASI

~ Dapatkan vaksinasi di klinik-klinik tersenarai di laman sesawang LPPKN.
~ Jika anda berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA,vaksinasi akan diberikan di Pusat Kesihatan IPTA.
~ Vaksinasi adalah PERCUMA.

SOALAN-SOALAN KERAP DITANYA FAQS

A. Saya mendapatkan maklumat bahawa saya akan mengalami sakit lengan dan bengkak selepas menerima vaksin. Adakah ini benar?
B. Rasa sakit dan bengkak pada lengan selalunya adalah hanya untuk beberapa jam sahaja dan akan erada selepas beberapa hari menerima suntikan.

A. Saya telah tertinggal 1 atau 2 dos vaksin. Adakah saya masih boleh menerimanya?
B. Ya.Jika anda telah ketinggalan dos vaksin atas sebarang sebab,dapatkan dos yang tertinggal di klinik LPPKN atau di Pusat Kesihatan IPTA yang terdekat. sebaik baiknya,dapatkan vaksinasi secepat mungkin. Amat penting anda menerima ketiga-tiga dos biarpun telah terlewat dari jadual sepatutnya.

A. Jika saya ada alahan atau sebarang penyakit,bolehkah saya menerima vaksinasi?
B. Ya. Alahan terhadap makanan,lelah,demam dan alahan-alahan lain biasanya tidak menghalang seorang daripada divaksinasi. Jika anda ada persoalan perihal ini,anda dinasihatkan berbincang dengan doktor anda. Alahan teruk seperti masalah penafasan,ruam atau kegatalan amat jarang berlaku.

Untuk keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Klinik Nur Sejahtera LPPKN atau Pusat Kesihatan IPTA anda

TALIAN NUR 15999
KPWKM,LPPKN

www.lppkn.gov.my

06 June 2013

Rahsia Luar Biasa Bila Anak Ramai Zaman Dahulu.

Selamat bertemu kembali dalam Artikel terbaru dari saya bertajuk " Rahsia Luar Biasa Anak Ramai Zaman Dahulu " .Maksud saya zaman dahulu adalah cerita lama yang berlaku 25 tahun lepas yang mana saya rasa boleh dikongsikan di 'Alam Maya ' ini sebagai panduan itu sekiranya ada lagi masyarakat pada hari ini yang masih mengamalkannya, rasa mustahil sebagai perkongsian pada hari ini,saya perlu menceritakannya demi kebaikan kehidupan segajat yang mana saya rasa pada zaman kali ini amat mencabar setiap manusia yang hidup pada dunia teknologi seperti pada hari ini.

Rahsia ini saya perolehi dari cerita ' atok ' saya yang suka berceritakan hal dan pengalaman yang beliau perolehi ketika itu, moga hasil perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat rakan-rakan kita yang mencubanya pada hari ini.

Waktu zaman bujang dahulu ,beliau mempunyai seorang kawan baik bernama ' RAVI ' yang ketika itu atok  dan ravi adalah pekerja sebuah kedai runcit rawang selangor, mereka berdua sudah hampir 3 tahun bekerja di " KEDAI RUNCIT TEO ". Teo merupakan seorang Majikan yang baik dan senang akan adanya 2 pekerja ini.

kedai di buka dari jam 10pg-10mlm,sabtu dan ahad atok dan ravi tetap bekerja di kedai runcit teo dan tidak pernah mengambil cuti rehat,cuti rehat mereka hanya gunakan sekiranya berlaku hal2 kecemasan peribadi barulah cuti rehat baru diambil.

Nak dijadikan cerita selama 3 tahun atok saya bekerja di Kedai Runcit Teo,atok berasa amat hairan akan sikap Ravi yang amat berjimat cermat itu, saban hari,bulan dan tahun ravi tidak pernah sarapan atau makan diluar untuk mengisi perutnya bila tiba waktu rehat makan sekitar jam 12 tgh - 1tgh itu, dalam hati atok berasa amat hairan akan hal tersebut, kalau ada pun ravi hanya membelanjakan  wangnya membelikan air mineral  sahaja sekiranya air dalam bekas minumannya habis diminumnya.

Apa yang memeranjatkan ravi saban hari mengalaskan perutnya dari nasi yang dibekalkan dari rumah nya yang telah disiapkan awal pagi oleh mak, dalam mangkuk tingkatnya itu bermacam-macam lauk pauk telah disediakan oleh ibunya,hairan juga,hidangan yang disediakan oleh ibunya boleh tahan juga menyelerakan seperti nasi putih,kari,lauk kari. Waktu pagi nya pula ravi sarapan tosai.ikli,capati,kadang-kadang roti bakar.

Hampir 3 tahun atok menyimpan hasrat ingin bertanyakan hal yang berlaku ini, perasaan ingin tahu atok amat kuat lalu ditanyakan kepada ravi,

Atok : " Ravi...saya hairan,saban hari u sarapan dan mengalaskan perut dari nasi bekal dari umah awak tak kisah ke..?? Tak sudi ke berserapan dengan saya di restoran..??"

Ravi : " Apis... saya sudah biasa makan nasi yang dimasak dan dibekalkan oleh ibu saya dari rumah ini, maaf lah saya tidak dapat berserapan di restoran sampai hari ini, saya mohon maaf banyak-banyak".

Atok : " Kenapa Ravi...??"

Ravi : " Ibu saya sudah ajarkan kami dari kecil,bagaimana hidup dalam keadaan berjimat cermat sehingga memperolehi nikmat hidup yang sempurna suatu hari kelak"

Atok : " Jadi bagaimana,tunjukkan saya contoh itu " ( Jawab atok kebingungan )...??

Ravi : " Apis...sebenarnya kami memang datang dari keluarga yang susah,dulu ibu bapa saya kerja di estet kuang sudah hampir belas tahun, ibu-bapa saya tidak mahu anak-anak nya hidup susah seperti hari ini dan mempunyai azam agar suautu hari nanti kami keluar dari kelompok kemiskinan "

Atok: ( atok sedih mendengarnya ).

Ravi : " Kami mempunyai 10 orang adik beradik,2 orang lagi masih bersekolah, mak ajarkan semua adik beradik agar hidup berjimat cermat "

Namun begitu atok berasa hairan juga ini kerana keluarga Ravi telah membeli kereta dengan cara tunai sekitar Rm 20k ( Wira Second Hand ) dan membayarkan Rm 10% wang pendahuluan membelikan rumah baru di rawang iaitu di belakang Kilang Simen Rawang.

Atok : " Awak kata, keluarga susah, adik beradik ramai tetapi macam mana kamu orang boleh beli kereta wira dan membayar wang deposit membeli rumah baru sebanyak 10% yang bakal awak sekeluarga akan duduk nanti, saya betul-betul hairan lah,,,""

Ravi : " Apis ...saya ada 8 orang adik beradik semua sudah bekerja,setiap bulan ibu saya akan jadi KERANI ambil semua adik beradik punya wang gaji, semua simpan dalam Bank dalam satu akaun sahaja atas nama ibu saya, setiap seorang ada gaji Rm 1000-1300 keatas , termasuk gaji bapa saya juga, jadi setiap bulan IBU simpan wang gaji keluarga sebanyak Rm 11k kedalam bank dalam satu akaun bank sahaja, mak bekalkan semua adik beradik makan nasi bekal sahaja setiap hari serta sarapan pagi,dia hanya berikan setiap orang sebanyak RM 175 sorang sebagai belanja bulanan. Bil air,elektrik,wang dapur dan sayur semua mak uruskan sementara yang lain kerja seperti biasa. itu sebab kami boleh beli kereta dan bayar wang deposit rumah. 2 orang abang saya akan berkhawin tidak lama  lagi, semua belanja khawin mak sudah sediakan,ini yang kami amalkan dalam kelaurga.

Bayangkan tuan-puan,sekiranya ibu ravi simpan Rm 11k setiap bukan darab12 bulan ini bermakna setahun sahaja ibu ravi telah menyimpan wang keluarganya sekitar Rm 132k dalam setahun ini lah atok saya ceritakan pada saya ketika dahulu,malah cerita ini telah saya kongsikan kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya sampai hari ini termasuk pada hari ini.

Selepas itu apa yang berlaku tuan-puan, Ravi membuka Perniagaan Keluarga merupakan Kedai Runcit,Pemborong barang -barang plastik,makanan ringan,keropok kanak pada hari ini dan tidak lagi bekerja di kedai runcit teo. kalau lah pada hari ini mempunyai ikatan kekeluarga yang kuat dan bersatu seperti keluarga ravi ini dan pandai menguruskan kewangan,tidak mustahil bagi kita untuk menjadi sebahagian seperti mereka, insyaallah...


Perusahaan Ternakan & Pengeluaran Hasil Lebah

B-B Town Sdn Bhd. ditubuhkan pada tahun 1978 dan merupakan penternak lebah yang terbesar dalam negara. Melalui penternakan lebah jenis Itali dan kelulut (Lebah tidak bersengat) di ladang ternakan sendiri,siri produk lebah-lebah telah dihasilkan dalam bungkusan yang menarik serta dipasarkan dalam negara.Sebahagianya juga dieksport ke luar negara.


Produk-produk yang dikeluarkan termasuk madu lebah,propolis,debunga,bisa lebah,jeli diraja,larva lebah,lilin lebah,madu cuka epal dan banyak lagi,kesemua mengandungi nilai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan. Kini produk penjagaan diri berasaskan bahan lebah juga telah dikeluarkan, termasuk sabun dan shampoo untuk pembersihan badan dan rambut.

Memandangkan permintaan terhadap produk lebah di dalam dan di luar negara adalah tinggi serta alam sekitar Malaysia yang sangat sesuai untuk penternakan lebah. Beliau turut menggongsikan rahsia kerjayaan bidang penternakan ini dengan memberi sokongan khidmat nasihat,kursus,kelengkapan ternakan bagi menjayakan sesiapa yang berminat demi menghasilakan pendapatan yang sangat lumayan ini.