25 March 2013

Rm 100,000.00 Masuk hanya bekerja di Rumah Percaya Atau Tidak...??

Salam sejahtera mari buat wang puluhan ribu setiap bulan, mari mencipta mesin pencetak wang anda, rm 1000 dalam setiap minit, wang mengalir masuk ke akaun bank puluhan ribu, ini lah perkataan yang selalu kita lihat di internet, tv dan dalam iklan-iklan akbar utama di malaysia.. Soalan pertama yang mahu saya tanyakan kepada tuan-puan, adakah anda percaya dengan apa yang di perkatakan atau ditulis pada iklan-iklan di dalam surat khabar dan papan-papan iklan disekitar tempat tinggal kita....??

Dulu kita tidak pernah terfikir akan apakah rahsia terhadap iklan-iklan yang hangat diperkatakan ini, kewujudan kuasa internet pada hari ini telah membawa kita ke gerbang teknologi yang pantas dan meluas yang saya kira sampai ke hari ini saya sendiri pun belum habis menerokai teknologi di internit ini.

Ada juga iklan-iklan yang berbentuk penipuan terhadap masyarakat seperti yang tertulis diatas, Kononnya anda akan mendapat wang yang banyak dengan syaratnya patuh terhadap arahan yang diberikan dan perlu diikut sehingga kita sendiri tertipu tanpa di sedari kita menyerahkan wang yang banyak kepada mereka-mereka ini.

Namun begitu ada juga iklan-iklan yang dipamerkan di internit,tv dan surat khabar ada betulnya juga, iklan seperti bekerja dirumah dapat wang, perolehi pendapatan Rm 1k keatas melalui internit. Percaya atau tidak terpulang kepada tuan tuan, yang mana saya sendiri memperolehinya sampai ke hari ini, pendapatan yang masuk tidak lah banyak namun begitu pendapatan pasif ini berlaku di setiap bulan berterusan dan tidak henti-henti hanya berbekalkan pengalaman yang kita ada dan perlu dikongsikan kepada awam atau pun yang berminat.

Apa perlu kita lakukan adalah hanya bercerita kan akan pengalaman kita atau perkongsian ilmu-ilmu di sebuah kertas A4 dan dijual kepada yang berminat akan ilmu tersebut. Saya juga pendapatan melalui pita-pita rakaman suara, cd-cd hasil perkongsian yang saya lakukan dan dihasilkan dalam bentuk cd dan kaset dan dijual kepada orang ramai. Mungkin ini pendapatan yang dikatakan oleh orang ramai ianya masuk ke bank macam air tanpa putus-putus. Memang memeranjatkan akan permintaan orang ramai terhadap ilmu-ilmu serta pengalaman yang kita ada, ianya perlu dikongsikan atau juga ia mendatangkan pahala buat kita kelak.

Untuk mendapatkan puluhan ribu yang seperti yang dikatakan oleh pakar-pakar jutawan internit adalah dengan cara tanpa pilihan dengan menulis di atas kertas, laptop,kumputer, tak kira apa cara asalkan dengan cara menulis dan menghasilkan sebuah buku yang di panggil ebook mahu pun buku.

Akhir sekali buku-buku tersebut dijual, penglaman anda tadi dijual, ilmu anda tadi dikongsikan kepada yang berminat atau juga yang membacanya, tanpa disedari kini anda telah menghasilkan duit. memang benar sebab saya sendiri telah memperolehinya hingga kini.

Buat sekali makan untuk selama-lamanya, modal kita hanya perlu sebatang pen, sehelai kerta bersaiz A4 dan  idea/pengalaman, anda perlu kongsikan dan buku kan pengalaman anda dan jual di blog-blog anda. Yang penting kita jangan lah menipu nanti akibat nya orang tidak akan mempercayai kita lagi, sekali nama sudah busuk kita akan mengalami risiko sukar menjual prodak-prodak kita nanti.

Percaya atau tidak terpulang pada pendirian masing-masing saya selaku admin hanya berkongsikan apa yang saya rasa perlu semoga ia nya memberikan faedah kepada sesiapa sahaja yang berminat pada hari ini, sekian terima kasih.


No comments :

Post a Comment