29 March 2013

Bagaimana untuk mendapatkan wang..??

Rasanya ramai yang sudah tahu bagaimana caranya unuk mendapatkan wang yang halal dalam kehidupan ini, namun pada hari ini saya sengaja menulis topik ini sebab saya rasa mungkin ramai yang tidak tahu sebab di kebelakangan ini banyak berlaku kes jenayah seperti rompakan, pecah mesin ATM, Peras Ugut, Ragut, Rompak Steyen Minyak,pecah rumah,kecurian, samun dan sebagainya.

Kemungkinan mereka yang melakukan jenayah ini ingin memperolehi wang dengan mudah hingga melakukan jenayah seperti di atas, lihat di dalam surat khabar boleh dikatakan berlaku kes jenayah setiap hari atau lebih senang setiap saat ada sahaja berlaku kes jenayah dimana-mana sahaja. Apakah kita tidak diajar oleh ibu-bapa mahu pun cikgu di sekolah dahulu bahawa jangan melakukan jenayah.

Tidak kan kita merasa menyesal apabila setiap kali kita di buru oleh pihak berkuasa seperti polis, hidup tidak tenteram, apakah kita tidak mahu hidup yang aman dan bahagia bersama-sama yang tersayang setiap waktu..??

Tiada jalan mudah untuk mendapatkan wang sekiranya tidak bekerja dengan saluran yang betul, rasanya tidak susah untuk mendapatkan wang untuk menyara diri dan keluarga, susah sangat ke untuk bekerja sehingga tergamak melakukan kes-kes jenayah.

Untuk mendapatkan wang kita perlu bekerja, bekerja merupakan satu ibadah dan di berkati oleh tuhan sehingga kan di berikan pahala oleh Allah, Untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan di hormati oleh orang ialah dengan bekerja dengan cara yang halal, baru lah kita akan memperolehi wang.

Di Malaysia sahaja pelbagai sektor pekerjaan tersedia ada hanya untuk pilih sahaja, macam-macam kerja yang ada di malaysia, sehingga kerajaan malaysia mengambil buruh-buruh dari luar untuk mengisikan kekosongan jawatan-jawatan di sektor awam mahupun sektor swasta.

Malaysia merupakan negara yang sangat pesat membangun hingga terdapat pelbagai sektor kerja yang boleh di isi oleh anak bangsa malaysia, setelah bekerja baru lah kita memperolehi wang, bila ada wang barulah kita dapat mencipta keluarga yang bahagia, aman,selesa dan di hormati oleh orang dan dapat membangunkan negara dengan labih maju seperti negara-negara lain di dunia ini.

Kita tak ada pilihan untuk memdapatkan wang, kita perlu bekerja,bekerja,bekerja dan terus bekerja, kerja sentiasa ada dimana-mana sahaja, dengan adanya wang macam-macam boleh kita perolehi seperti Rumah, Kereta, Tanah, Harta, Emas dan pelbagai macam lagi. Ada wang kuasa di tangan kita menetukan apakah barang yang di perlukan oleh kita.

Kalau nak wang yang banyak kena lah berniaga, cipta kan sebuah perniagaan yang kita minat, macam-macam perniagaan boleh kita ceburi di malaysia, jangan rasa cemburu kalau orang lain pakai kereta besar, rumah besar, isteri besar, harta banyak, kebesan wang yang banyak sebab mereka bekerja keras berniaga kearah memajukan diri mereka. Mereka dikurniakan oleh tuhan 2 kaki dan 2 tangan akal dan fikiran, Tuhan sudah memciptakan manusia memang amat sempurna, siapa yang rajin dan berusaha untuk memajukan diri sahaja yang dapat segala kemewahan di dunia ini.

Berniaga juga merupakan satu ibadah, lakukan lah kerja yang di berkati oleh tuhan, semoga kita selamat di dunia dan akhirat. Kita amat beruntung telah di dilahirkan ke dunia ini, sempurna segala-galanya.

Di Malaysia sahaja pelbagai bantuan kerajaan telah sediakan untuk yang nak memulakan perniagaan, pelbagai kursus-kursus kemahiran sudah disediakan, macam-macam kemudahan telah di bangunkan, apa lagi yang tidak cukup,Penentuan arah hidup kita bergantung kepada pendirian kita bagaimana caranya menguruskannya.

Sekarang lagi canggih, kita sudah ada jalur lebar yang menghubungi setiap pelusuk negara ini, kuasa adalah dijari kita sendiri, kita sudah ada internit, gunakan lah peluang ini dengan sebaik mungkin, nak berniaga sekarang memang amat mudah, tak ada kedai sendiri kita boleh cipta sebuah kedai beroperasi 24 jam sehari dengan adanya blog seperti saya ini, akhir kata dari saya selaku admin, ' tepuk dada,tanya lah selera' sekian terima kasih..

No comments :

Post a Comment