Sedikit Perkongsian mengenai Bisnes Karaoke, sapa kata tak pernah menyanyi..?? Anda pernah lihat orang berkaraoke..? sebenarnya menyanyi memang menyeronokan dan akan berasa tenang setelah habis menyanyi.
kalau pergi ke kenduri kahwin kita boleh lihat ada orang menyanyi karaoke, meriah kalau majlis perkhawinan ada didendangkan dengsn muzik betul tak, ada juga yang menyewakan life band, pukulan kompang atau Karaoke.
Sewa karaoke kalau di tempat saya sekitar rm 400 siang sahaja, kalau sewa siang malam dekat juga rm 1000. Selalunya diorang sudah ada penyanyi sendiri, macam life band.
Agaknya berapa set system karaoke disini..??
Bayang kan lah kalau sewa Rm 500 x 40 set karaoke seperti ini dan sehari semua set keluar, agaknya berapa jumlah pendapatan seseorang itu semasa hari itu.
Sekarang trend baru, dulu kalau ada majlis kahwin, orang banyak sewa life band tapi sekarang ramai yang guna karaoke sahaja untuk menyerikan majlis perkahwinan mereka.
Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja majlis perkahwinan, apa lagi mak andam pun senyum lah sebab masyukkk...
Melalui pengalaman apa yang saya lihat dj kepada empunya set karaoke itu memainkan peranan penting dalam percakapannya, dj memainkan peranan penting dan menghiburkan para pengunjung atau juga orang yang sedang menikmati atau menjamu selera ketika itu.
Dalam Perniagaan ini kita boleh usahakan secara kecil-kecilan dahalu sikit-sikit lama-lama makin besar dan maju. Saya pun tak pernah terfikir akan bisnes ini namun setelah melihat sendiri dengan mata baru saya perasan ianya boleh memberikan pendapatan yang sangat lumayan.
No comments :
Post a Comment