29 March 2013

Bagaimana untuk mendapatkan wang..??

Rasanya ramai yang sudah tahu bagaimana caranya unuk mendapatkan wang yang halal dalam kehidupan ini, namun pada hari ini saya sengaja menulis topik ini sebab saya rasa mungkin ramai yang tidak tahu sebab di kebelakangan ini banyak berlaku kes jenayah seperti rompakan, pecah mesin ATM, Peras Ugut, Ragut, Rompak Steyen Minyak,pecah rumah,kecurian, samun dan sebagainya.

Kemungkinan mereka yang melakukan jenayah ini ingin memperolehi wang dengan mudah hingga melakukan jenayah seperti di atas, lihat di dalam surat khabar boleh dikatakan berlaku kes jenayah setiap hari atau lebih senang setiap saat ada sahaja berlaku kes jenayah dimana-mana sahaja. Apakah kita tidak diajar oleh ibu-bapa mahu pun cikgu di sekolah dahulu bahawa jangan melakukan jenayah.

Tidak kan kita merasa menyesal apabila setiap kali kita di buru oleh pihak berkuasa seperti polis, hidup tidak tenteram, apakah kita tidak mahu hidup yang aman dan bahagia bersama-sama yang tersayang setiap waktu..??

Tiada jalan mudah untuk mendapatkan wang sekiranya tidak bekerja dengan saluran yang betul, rasanya tidak susah untuk mendapatkan wang untuk menyara diri dan keluarga, susah sangat ke untuk bekerja sehingga tergamak melakukan kes-kes jenayah.

Untuk mendapatkan wang kita perlu bekerja, bekerja merupakan satu ibadah dan di berkati oleh tuhan sehingga kan di berikan pahala oleh Allah, Untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan di hormati oleh orang ialah dengan bekerja dengan cara yang halal, baru lah kita akan memperolehi wang.

Di Malaysia sahaja pelbagai sektor pekerjaan tersedia ada hanya untuk pilih sahaja, macam-macam kerja yang ada di malaysia, sehingga kerajaan malaysia mengambil buruh-buruh dari luar untuk mengisikan kekosongan jawatan-jawatan di sektor awam mahupun sektor swasta.

Malaysia merupakan negara yang sangat pesat membangun hingga terdapat pelbagai sektor kerja yang boleh di isi oleh anak bangsa malaysia, setelah bekerja baru lah kita memperolehi wang, bila ada wang barulah kita dapat mencipta keluarga yang bahagia, aman,selesa dan di hormati oleh orang dan dapat membangunkan negara dengan labih maju seperti negara-negara lain di dunia ini.

Kita tak ada pilihan untuk memdapatkan wang, kita perlu bekerja,bekerja,bekerja dan terus bekerja, kerja sentiasa ada dimana-mana sahaja, dengan adanya wang macam-macam boleh kita perolehi seperti Rumah, Kereta, Tanah, Harta, Emas dan pelbagai macam lagi. Ada wang kuasa di tangan kita menetukan apakah barang yang di perlukan oleh kita.

Kalau nak wang yang banyak kena lah berniaga, cipta kan sebuah perniagaan yang kita minat, macam-macam perniagaan boleh kita ceburi di malaysia, jangan rasa cemburu kalau orang lain pakai kereta besar, rumah besar, isteri besar, harta banyak, kebesan wang yang banyak sebab mereka bekerja keras berniaga kearah memajukan diri mereka. Mereka dikurniakan oleh tuhan 2 kaki dan 2 tangan akal dan fikiran, Tuhan sudah memciptakan manusia memang amat sempurna, siapa yang rajin dan berusaha untuk memajukan diri sahaja yang dapat segala kemewahan di dunia ini.

Berniaga juga merupakan satu ibadah, lakukan lah kerja yang di berkati oleh tuhan, semoga kita selamat di dunia dan akhirat. Kita amat beruntung telah di dilahirkan ke dunia ini, sempurna segala-galanya.

Di Malaysia sahaja pelbagai bantuan kerajaan telah sediakan untuk yang nak memulakan perniagaan, pelbagai kursus-kursus kemahiran sudah disediakan, macam-macam kemudahan telah di bangunkan, apa lagi yang tidak cukup,Penentuan arah hidup kita bergantung kepada pendirian kita bagaimana caranya menguruskannya.

Sekarang lagi canggih, kita sudah ada jalur lebar yang menghubungi setiap pelusuk negara ini, kuasa adalah dijari kita sendiri, kita sudah ada internit, gunakan lah peluang ini dengan sebaik mungkin, nak berniaga sekarang memang amat mudah, tak ada kedai sendiri kita boleh cipta sebuah kedai beroperasi 24 jam sehari dengan adanya blog seperti saya ini, akhir kata dari saya selaku admin, ' tepuk dada,tanya lah selera' sekian terima kasih..

Teknik Budidaya Ikan Lele Perlu Perkongsian

Salam sejahtera buat hadirin yang mengunjungi situs ini, mohon kepada yang bapak-bapak yang mahir dalam pemijahan lele mahupun pemijahan alami ikan lele agar dikongsikan ilmunya diruangan ini untuk dijadikan panduan buat pembudidaya lele yang lain untuk metod gimana caranya membibitkan lele.

Kepada yang sudi di persilakan mengkongsikan ilmunya di ruangan komen di bawah agar mudah dibincangkan dari awal hingga akhir seperti pakan bibit lele, larva lele, apakah harus di berikan cacing sutera,telor rebus dahulu. semoga dengan perkongsian bapak yang ini diberkati tuhan dan mantap dan sukses  perniagaannya.

Saya mengalu alukan segala komennya di situs ini, sekian terima kasih.

28 March 2013

Jumlah Klik Paling Tertinggi Rakyat Malaysia

Ini lah yang paling tinggi yang dicari oleh rakyat malaysia di internit, sekiranya kita mahu blog kita hits dan selalu dilawati oleh pengunjung saya cadangkan tuan-puan menulis tajuk-tajuk yang saya sediakan seperti di bawah ini, apa akan jadi sekiranya blog anda online / view 4000 orang setiap saat, maka peluang untuk kita menjual prodak di internit tentulah amat tinggi, dan anda boleh menghasilkan jualan tanpa di sedari lihat seperti kategori tajuk di bawah ini :

Kategori Carian Biasa paling Popular

1. SAPS.
2. Gangnam Style.
3. 9GAG.
4. Proton Preve.
5. Zalora.
6. Zerg Rush.
7. Roti Kaya.
8. Adam dan Hawa.
9. SPLG.
10. Bersih 3.0

Kategori Carian Untuk Orang.

1. Whitney Houston.
2. Jeremy Lin.
3. Shila Amzah.
4. Izwan Pilus.
5. Uncle Seekers.
6. Ustaz Azhar Idrus.
7. Adele.
8. Sheila Marcia.
9. One Direction.
10. Amanda Todd.

Kategori Lagu Carian Tertinggi.

1. Oppa Gangnam Style - PSY.
2. Anak Kampung - Jimmy Palikat & One.
3. Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band.
4. Untuk Dia - Sleeq & Najwa Latif.
5. Payphone - Maroon 5.
6. Kosong - Najwa Latif.
7. Aku Suka Dia - Ainan Tasneem.
8. Ombak Rindu - Hafiz & Adira.
9. Muara Hati & Ct Nurhaliza.
10. Cinta Muka Buku - Najwa Latif.

Kategori Rancangan TV Carian Paling Popular.

1. Upin dan Ipin.
2. Boboiboy.
3. Ultraman.
4. Running Man.
5. Adam dan Hawa.
6. Tom And Jerry.
7. Ben 10.
8. Money Drop.
9. Power Rangers.
10. Doraeman.

Kategori Atlet Carian Tertinggi.

1. Lee Chong Wei.
2. Jeremy Lin.
3. Cristiano Ronaldo.
4. Lionel Messi.
5. Robin Van Persie.
6. Lin Dan.
7. Roger Federer.
8. Maria Sharapova.
9. Usain Bolt.
10. Fernando Torres.

Kategori Pasukan Untuk Sukan Carian Tertinggi.

1. Arsenal.
2. Manchester United.
3. Liverpool.
4. Chelsea.
5. Real Madrid.
6. Menchester City.
7. Barcelona.
8. QPR.
9. Kelantan.
10. Tottenham Hotspur.

Kategori Carian Lain.

1. What is Gangnam.
2. What is SOPA.
3. What is Yolo.
4. What is Lynas.
5. What is Istagram.
6. What is swag.
7. What is love.
8. What is Internet.
9. What is VPN.
10. What is Android.

Kategori Carian Destinasi Pelancongan.

1. Legoland Malaysia.
2. Sunway Lagoon.
3. Langkawi.
4. Cameron Highland.
5. Singapore.
6. Pahang.
7. Melaka.
8. Penang.
9. Kuala Lumpur.
10. Universal Studio Singapore.

Kategori Imej Carian Popular.

1. Morning.
2. Happy Birthday.
3. Birthday Cake.
4. Love Quotes.
5. Roses.
6. Birthday Wishes.
7. Malaysia.
8. Love
9. Cartoon.
10. Background.

Kategori Makanan dan Minuman

1. Coffee.
2. Pizza Hut
3. KFC.
4. Dominos.
5. Mcdonald's.
6. Chatime.
7. Secret Recipe.
8. Starbucks.
9. Pretzel.
10. Jack and Jill.

Kategori Label Fesyen Carian Popular.

1. Coach.
2. Louis Vuitton.
3. Gucci.
4. Burberry.
5. Longchamp.
6. Prada.
7. Chanel.
8. Zara.
9. Adidas.
10. Victoria's Secret.

Kategori Carian Tertinggi Telefon Pintar.

1. Samsung Galaxy S3.
2. ipad 3.
3. ipad Mini.
4. Samsung Galaxy Note 2.
5. iPhone 4s.
6. HTC One X.
7. Samsung Galaxy Y.
8. Samsung Galaxy Ace.
9. Samsung Galaxy S2.
10. Samsung Galaxy W.

Kategori Carian Tertinggi Model Kereta.

1. Nissan Almera.
2. Toyota 86.
3. Proton Preve.
4. Hyundai Elantra.
5. Mitsubishi Mirage.
6. Toyota Pirus C.
7. Mazda Cx5.
8. Toyota Avanza.
9. Honda Civic
10. Proton Exora Bold.

Kategori Carian Tertinggi Untuk Blog.

1. Beautifulnara.
2. Rotikaya.
3. Oh Bulan.
4. Papagomo.
5. Blog Serius.
6. Malaysia Chronicle .
7. Paultan.
8. Anak sungai Derhaka.
9. Kari Ngeri.
10. Media Malaya.

Semoga apa yang saya paparkan disini dapat memberikan manfaat buat semua sekian terima kasih...




25 March 2013

Rm 100,000.00 Masuk hanya bekerja di Rumah Percaya Atau Tidak...??

Salam sejahtera mari buat wang puluhan ribu setiap bulan, mari mencipta mesin pencetak wang anda, rm 1000 dalam setiap minit, wang mengalir masuk ke akaun bank puluhan ribu, ini lah perkataan yang selalu kita lihat di internet, tv dan dalam iklan-iklan akbar utama di malaysia.. Soalan pertama yang mahu saya tanyakan kepada tuan-puan, adakah anda percaya dengan apa yang di perkatakan atau ditulis pada iklan-iklan di dalam surat khabar dan papan-papan iklan disekitar tempat tinggal kita....??

Dulu kita tidak pernah terfikir akan apakah rahsia terhadap iklan-iklan yang hangat diperkatakan ini, kewujudan kuasa internet pada hari ini telah membawa kita ke gerbang teknologi yang pantas dan meluas yang saya kira sampai ke hari ini saya sendiri pun belum habis menerokai teknologi di internit ini.

Ada juga iklan-iklan yang berbentuk penipuan terhadap masyarakat seperti yang tertulis diatas, Kononnya anda akan mendapat wang yang banyak dengan syaratnya patuh terhadap arahan yang diberikan dan perlu diikut sehingga kita sendiri tertipu tanpa di sedari kita menyerahkan wang yang banyak kepada mereka-mereka ini.

Namun begitu ada juga iklan-iklan yang dipamerkan di internit,tv dan surat khabar ada betulnya juga, iklan seperti bekerja dirumah dapat wang, perolehi pendapatan Rm 1k keatas melalui internit. Percaya atau tidak terpulang kepada tuan tuan, yang mana saya sendiri memperolehinya sampai ke hari ini, pendapatan yang masuk tidak lah banyak namun begitu pendapatan pasif ini berlaku di setiap bulan berterusan dan tidak henti-henti hanya berbekalkan pengalaman yang kita ada dan perlu dikongsikan kepada awam atau pun yang berminat.

Apa perlu kita lakukan adalah hanya bercerita kan akan pengalaman kita atau perkongsian ilmu-ilmu di sebuah kertas A4 dan dijual kepada yang berminat akan ilmu tersebut. Saya juga pendapatan melalui pita-pita rakaman suara, cd-cd hasil perkongsian yang saya lakukan dan dihasilkan dalam bentuk cd dan kaset dan dijual kepada orang ramai. Mungkin ini pendapatan yang dikatakan oleh orang ramai ianya masuk ke bank macam air tanpa putus-putus. Memang memeranjatkan akan permintaan orang ramai terhadap ilmu-ilmu serta pengalaman yang kita ada, ianya perlu dikongsikan atau juga ia mendatangkan pahala buat kita kelak.

Untuk mendapatkan puluhan ribu yang seperti yang dikatakan oleh pakar-pakar jutawan internit adalah dengan cara tanpa pilihan dengan menulis di atas kertas, laptop,kumputer, tak kira apa cara asalkan dengan cara menulis dan menghasilkan sebuah buku yang di panggil ebook mahu pun buku.

Akhir sekali buku-buku tersebut dijual, penglaman anda tadi dijual, ilmu anda tadi dikongsikan kepada yang berminat atau juga yang membacanya, tanpa disedari kini anda telah menghasilkan duit. memang benar sebab saya sendiri telah memperolehinya hingga kini.

Buat sekali makan untuk selama-lamanya, modal kita hanya perlu sebatang pen, sehelai kerta bersaiz A4 dan  idea/pengalaman, anda perlu kongsikan dan buku kan pengalaman anda dan jual di blog-blog anda. Yang penting kita jangan lah menipu nanti akibat nya orang tidak akan mempercayai kita lagi, sekali nama sudah busuk kita akan mengalami risiko sukar menjual prodak-prodak kita nanti.

Percaya atau tidak terpulang pada pendirian masing-masing saya selaku admin hanya berkongsikan apa yang saya rasa perlu semoga ia nya memberikan faedah kepada sesiapa sahaja yang berminat pada hari ini, sekian terima kasih.


20 March 2013

Pokok Pegaga Yang Saya Tanam Tumbuh Menghijau

Kemungkinan ramai yang ingin melihat sendiri hasil dari poko pegaga yang saya tanam tempoh adakah benar-benar tumbuh atau rekaan semata-mata, jadi dikesempatan masa yang terluang ini saya upload kan gambar hasil tanaman toturial tanaman pokok pegaga tersebut yang mana boleh membantu rakan-rakan yang lain berminat dan ingin menanam pokok pegaga di halaman rumah masing-masing di sampaing boleh dijual dipasar pasar pagi demi menampung ekonomi keluarga.


Atas sebab kesibukan yang saya alami saya tak sempat mencabut rumput-rumput liar di sekitar pokok pegaga ini dan saya mohon maaf. Semoga hasil dari gambar ini dapat memberikan rakan-rakan yang lain bagaimana menanam pokok pegaga dengan mudah dan selepas ini tidak perlu lagi mencari daun pegaga di tepi-tepi jalan atau pun lebuh raya. semoga toturial ini memberikan manfaat kepada semua amen...

Burung Hantu Di Baham Ikan Keli

Ini lah akibat terlalu syok makan ikan keli yang saya ternak, seekor burung hantu mati di makan oleh ikan keli peliharaan saya, kemungkinan burung ini hingga terlalu dekat dengan kolam ikan keli saya menyebabkan ia sendiri disambar oleh ikan keli.

Saya kehilangan hampir 40 kg ikan keli matang 3 bulan lepas dan tidak mengetahui apakah punca akan kehilangan ikan keli tersebut, kata orang " sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke juga ketanah " rupa-rupa burung hantu ini yang mencuri seekor demi seekor setiap hari atau juga mungkin lebih agaknya dan tak tak dapat dipastikan.

Pagi tadi sewaktu hendak memberikan makan kepada ikan keli saya, saya terjumpa ia berada di kolam ikan keli saya sendiri. Kolam ikan keli saya tidak dilindungi dengan jarang hitam menyebabkan saya sendiri kerugian hampir 40 kg ikan keli saya, ini semua berlaku atas kecuaian saya sendiri.


Ini lah burung hantu yang saya maksudkan ini...