22 January 2013

Mohon Info Induk Ikan Keli Bunga

Salam sejahtera dan selamat berkunjung ke blog ikan keli ini, mohon kerjasama dari pembaca mahupun penternak ikan keli di malaysia untuk memberikan info berkaitan " Induk Ikan Keli " yang di ternak di tempat tuan/puan.


Kepada sesiapa sahaja penternak ikan keli yang ada menternak ikan keli jenis " Bunga " yang berat di antara 2-3 killogram seekor mohon supaya di komen di bahagian komen di bawah ini.

Terdapat permintaan tinggi di kalangan Para Pengusaha Benih Ikan Keli di Malaysia ikan keli bunga seberat ini, mohon tinggalkan no tel, lokasi dan harga ikan keli itu. Moga dengan cara ini induk-induk ikan keli anda dapat dijual dan memberi kemudahan para pengusaha benih ikan keli untuk memhubungi tuan/puan disini.

Kita mahukan " Direct Owner " bukan melalui orang tengah, semoga kita di kalangan penternak ikan keli di malaysia sama-sama untung. Untuk pengetahuan para penternak ikan keli, Ramai Pengusaha Benih Ikan keli yang memerlukan induk ikan keli buat masa ini. Sebagai admin blog ini hanya membantu melalui info terkini dan tidak terlibat dalam urusan jual beli induk.

Mohon tinggal no tel.nama,harga dan lokasi tuan/puan di ruangan komen ini semoga tuan/puan dapat dihubungi segera. sekian terima kasih.

07 January 2013

" Mekanik Motor Dengan Pelangan Motor "

Ini adalah cerita dari penulis semata-mata, tidak ada kena mengena dari hidup hingga yang dah mati. Ini adalah sebagai sebuah hiburan sahaja, hari ini saya nak kongsikan sebagai satu pengajaran kepada semua orang agar di lain kali lebih peka akan masalah-masalah yang kecil berlaku tanpa di sedari dan jangan di ambil mudah. selamat membaca.

Mekanik : " Hai selamat pagi encik.. ada masalah boleh saya bantu..??
Pelangan : " Memang pun kena bantu taukeh...!!
Mekanik : Apa lagi yang rosak pada motor encik ini..? bukankah semalam saya sudah ganti plug baru, minyak hitam baru dan filter baru..??
Pelangan : Macam ini lah,rasanya lebih baik taukeh tutup sahaja kedai motor encik ni...
Mekanik: Apasal..!!..?? kalau tutup kedai mana saya mahu cari makan dan menyarakan anak-anak ke sekolah..??

( Terdapat 3 orang pelangan mengiling-gilingkan kepala melihat gelagat mekanik motor dengan pelangan motor tersebut seakan-akan ada pergaduhan kecil sedang berlaku)

Pelangan : " Awak kalau tak pandai membaiki motor tak payah lah buka kedai motor disini, saya semalam sahaja sudah repair motor di kedai awak,tukar macam-macam barang disini. Pagi tadi saya menolak motor ini sejauh 2 batu ".

Mekanik : "Sapa suruh encik tolak, sepatutnya encik start dan naik sahaja motor.." ??

( Gelagat pergaduhan kecil mereka di perhatikan oleh 3 orang pelangan motor kedai Ah Kaw sambil tersenyum apabila mekanik motor bercakap sedemikian kepada Pelangan Motor tersebut )

Pelangan : " Saya belum habis cakap lagi lah taukeh..!! u jangan menyampuk lah, ini motor ah,semalam baru tukar semua barang-barangnya,tapi kenapa ini hari tak boleh start..?? u pasang barang-barang second hand kah..?? u tak kesian sama saya kah, saya rumah jauh dari pekan woo...!!

( Suara kasar sudah keluar dari suara pelangan motor yang dikenali dengan nama Pak Baharom itu )

Mekanik : " Ayo...mana ada saya buat ini macam pakcik baharom....saya sudah banyak pengalaman pasang ini barang, saya tak pernah tipu orang woo...!! bukan motor u problem kena yang baru, tengok sahaja kerunsi belakang pun sudah cabut, tayar bunga pun habis, rem pun sudah kalat ni..!! hehe..

Pelangan : " Agak-agak lah taukeh...kalau nak cakap..!! ini motor sudah banyak tolong saya, sudah berapa tan susu saya sudah jual pakai ini motor, ini motor banyak jasa pada keluarga saya, ini barang-barang sudah tercabut pun apa ada hal!! janji boleh jalan sudah lah.."

Mekanik : " Encik kalau motor hari-hari kita pakai mesti rosak lo...u sendiri ingat lah...musti tukar baru le,,,

Pelanagan : " U ingat saya ada wang kah taukeh..!! banyak senang cakap..? tolong lah jangan suka tipu orang.."..

Mekanik : " Mana ada tipu encik,...setakat Rm 1oo ringgit saya tipu u...belum tentu lagi saya kaya lah...ok mari sini saya peleksa...loo...hayoo...ceh..

Pelangan : " Ok..ok...sekarang cuba cek...penat wo 2 batu jalan kaki tadi.,,,

Mekanik : " Haiya...encik biar saya cek...biar saya cek...u duduk sana, sekijam tunggu lulu...

Pelangan : " Em....ok..boleh...!

( 3 orang pelangan mekanik ah kaw hanya memerhatikan aksi mereka dari jauh sambil menyedut rokok kritek sedalam-dalamnya, kelihatan letih menuggu, mana tidak sudah 10 batang rokok di hisap oleh pelangan bibir besar itu..)

Mekanik : " Ayo baharom....u motor ok lah...mana ada rosak lah....u tengok mali sini, u sendri silap lah...

Pelangan : " Apasal..?? macam mana ,,,?? jadi..??

Mekanik : " U silap lah...u tarak tarok minyak..u moto tarak minyak haiyoo...lain kali jangan suka marah-marah olang woo...u motor bukan rosak cuma minyak sudah habis u tarak isi..."

Pelangan : " Ya kah....alamak malunya...taukeh maafkan saya. saya silap...

( Pelangan 3 orang tadi sudah terdengar bising tergelak sakan setelah mengetahui motok pakcik baharom tidak rosak cuma lupa isi minyak sahaja )

Mekanik : " Tak apa...tak apa saya tarak ambil hati pun...u jangan risau lah...kalau ada 100 pelangan seperti u ah...saya betul-betul susah woo...lain kali cuba cek dulu apa masalah berlaku jangan cepat mahu marah orang, cakap yang bukan,,,nah ambil kunci motor saya pegi beli minyak...haiyo..."

Pelangan : " Tolong maafkan pakcik ah kaw...saya silap...

( Pak cik baharom bergegas keluar dari kedai ah kaw dan pergi membelkan minyak motor nya )

# Semoga kita mendapat pengajaran dari cerita ini tadi, di ingat kan sekiranya terdapat masalah-masalah kecil yang berlaku seperti ini kita harus tenang dan cuba mengenali puncanya dan di mana masalah berlaku bukan bertindak melulu memarahi orang. Bukan letih dapat malu pun dapat dari pada cerita ini tadi. Ini adalah kisah rekaan saya sahaja , tidak kaitan langsung pada orang lain hanya sebagai hiburan dan pengajaran semata-mata . Moga terhibur...

05 January 2013

Kaedah terbaru menyembuhkan " Penyakit Gaot"

Kuala Kubu Bharu : Berita baik buat pengidam penyakit Gaot " Urik Asid " yang mana terdapat satu kaedah yang mana boleh menghilangkan asid urik secara sedikit demi sedikit sehingga sembuh sepenuhnya melalui senaman.

Untuk kali ini saya kongsikan satu penemuan kaedah rawatan melalui senaman yang di panggil " Berbasikal "
maksudnya dengan hanya bersenaman mengayuh berbasikal setiap hari dikatakan boleh mengeluar asid urik di dalam tubuh kita.

Ini telah terbukti berkesan dari pengakuan seorang " Otai " yang dulunya mengidap gaot kini telah sembuh dari penyakit itu sepenuhnya, sebelum ini beliau yang sibuk bekerja tidak dapat menjalankan aktiviti kecergasan kerana disebabkan kerja namun setelah " Pencen " beliau mula membeli sebuah basikal untuk mengisi masa lapang sambil bersenam setiap petang, beliau mendapati sejak melakukan senaman di setiap hari dapat mengurangkan asid urik melalui peluh yang keluar dari tubuhnya seperti serbuk seakan garam putih halus itu.

Pengakuan beliau yang mendapati telah beransur sembuh dari penyakit gaot itu menjadi buahan orang ramai di sekitar hulu selangor dan telah menyedari orang ramai bertapa pentingnya menjaga kesihatan dan menjalankan aktiviti bersenaman dalam kehidupan.

Kini masyarakat di sekitar hulu selangor telah ramai yang membeli basikal jenis mountain bike itu bersenam setiap petang selepas waktu kerja dari " Pekan Kuala Kubu Bharu hingga ke " Empangan Sungai Selangor " yang dikuala kubu sendiri terdapat trak berbasikal yang indah, setiap hujung minggu boleh dapat dilihat ramai orang menyusuri jalan ke " Gap Bukit Fraser " bersenam sambil beriadah.

Orang dari luar Kuala Kubu Bharu juga datang kesini dengan berbasikal hingga ke gap bukit fraser sambil beriadah, terdapat juga pelancong-pelancong dari luar datang kesini untuk berbasikal hingga ke bukit fraser.

Cuaca sejuk di bukit fraser telah di banjiri oleh penggemar-penggemar berbasikal seluruh dunia dan dapat dilihat kehadiran mereka di setiap hujung minggu. Bukan itu sahaja air sungai yang begitu sejuk telah menambat para pelancong dan masyarakat setempat untuk bermandi manda menghabiskan aktiviti di hujung minggu apatah lagi sekarang sudah tiba musim panas.

Diharapkan semoga artikel kali ini dapat membantu menyebuhkan kawan-kawan kita yang mengidap penyakit gaot ini insyaallah, kita harus cuba beriadah seperti ini agar tuan/puan sihat sepenuhnya.


03 January 2013

Manfaat Daun Pisang Untuk Ikan Keli

Kuala Kubu Bharu : Barangkali ramai yang tidak tahu akan manfaat " Daun Pisang Untuk Ikan Keli " atau mungkin ramai yang tahu akan kegunaannya tetapi tidak dikongsikan di Ruang Maya ini. Mungkin juga ia adalah Rahsia para penternak ikan keli dan di simpan dari " Generasi " ke generasi sebagai ilmu warisan dari nenek moyang kalangan Penternak Ikan keli.

Untuk kali ini saya nak kongsikan akan manfaat kegunaan daun pisang ini yang mana saya sendiri memperolehi pengetahuan ini secara tidak sengaja dan tidak di sangka-sangka dari saya bertapa hebatnya tumbuhan ciptaan tuhan ini.

Isinya kita makan untuk dijadikan " Pelawas " untuk sistem pencernaan " Perut " agar tidak terkena sembelit dan mudah mengeluarkan tinja manusia agar tidak mudah terjadinya penyakit " Buasir " akibat dari sembelit.

Batang pisang juga digunakan untuk menghilang kandungan " Kimia " dalam Kolam Simen seperti cecair kapur bagi memudahkan kerja-kerja memplaster kolam simen kita. kalau tidak ada Kapur agak sukarlah untuk melicinkan permukaan kolam simen kita nanti.

Namun begitu batang pisang amat meluas digunakan bagi di negara " Jiran " bagi tujuan penghasilan " Bakteria Hidup " yang dikenali " EM4" iaitu Efektif Mikroganisma generasi ke 4. EM4 yang terhasil dari batang pisang ini amat berguna penggunaan nya ia bertindak meleraikan kandungan organik didalam air ternakan ikan air tawar. Dikatakan dengan kandungan seberat 125ml sebesar botol 100 plus boleh dijual dengan harga sekitar Rm 25 sebotol.

EM4 ini juga membantu mencantikan " Bulu Arnab " peliharaan penternak arnab. Selain dari pada itu EM4 ini juga membantu menyuburkan tanah pertanian dan menghijaukan tanaman para pertani.

Perkongsian saya pada kali amat berbeza dari perkongsian saya di atas, untuk makluman para pembaca/penternak dan pengunjung, daun pisang berfungsi menghisap kandungan minyak di dalam kolam penternakan ikan keli saya, segala kandungan minyak palet dan rebusan perut ayam kolam induk keli saya telah di hisap oleh daun baru pisang yang baru saya tebang dan saya campakan ke kolam hanya tidak sampai  2 jam, segala kandungan minyak lebihan makanan yang tidak habis di makan oleh Induk Keli saya telah diserap oleh daun pisang tadi. Lihat gambar dibawah ini :


Gambar ini menunjukkan daun pisang mula saya masukkan ke dalam kolam induk ikan keli saya lihat lagi gambar di bawah ini,


Setelah hampir 3 jam saya lihat terdapat tompok-tompok kandungan lemak rebusan perut ayam dan palet melekat di daun pisang tersebut dengan banyak seperti buih sabun mandi. Daun pisang ini telah menyerapkan kandungan minyak tadi, perhatikan gambar di bawah ini.



Lihat gambar ini, bertapa banyaknya kandungan lemak telah terkumpul pada daun pisang ini, yang menghairankan saya kandungan lemak tersebut hanya melekat di bahagian atas daun pisang sahaja, manakala di bahagian bawah daun pisang tidak terdapat sedikit pun kandungan minyak ini.


Kandunga lemak yang bewarna putih seperti buih sabun ini berkumpul di atas daun pisang ini, 6 helai daun pisang yang saya letak tadi kesemuanya mengandungi cecair seperti ini. Agak-agak ini lah sebab mengapa orang tak suka makan ikan keli yang di berikan makan rebusan perut ayam. 

Ternyata ikan keli memang hebat dan boleh hidup air yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi, untuk makluman para pembaca sekalian kandungan lemak ini hanya terdapat di dalam kolam induk keli saya sahaja. Induk-induk ikan keli ini perlu makan makanan mempunyai kandungan Protien yang tinggi bagi menghasilkan telor-telor ikan yang berkualiti dan jumlah jadi rega sehingga puluhan ribu ekor.

Ikan keli adalah haiwan jenis Canibal yang memakan daging memerlukan makanan kandungan Protein yang tinggi bagi mematangkan "Gonad Telor Ikan Keli ".

Banyak lagi manfaat daun pisang kita tidak ketahui, barangkali ia boleh di ekstrak di jadikan pil kesihatan bagi memulihankan " Darah Tinggi" kerana ia menyerap kandungan " Lemak " kajian perlu di lakukan ke atas daun pisang.

Selain daripada itu kandungan air di dalam kolam induk keli tadi menjadi jernih kekuningan dan amat menyihatkan ikan dan meningkatkan " Nafsu Makan " ikan keli disamping dapat menghindari penyakit terhadap ikan-ikan keli ini.




Usah terpengaruh Kiamat Jumaat ini


Kuala Lumpur: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada hari Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.
Katanya, hanya Allah SWT saya yang mengetahui  bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-nya.
Namun beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan, tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.

“ Tanda-tanda Kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapainya. Kiamat ada dua iaitu Kiamat Kecil dan Kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.

“ Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapakan diri bagi  menghadapi Kiamat  kerana ia bakal terjadi.

“ Ia adalah perkara ghaib yang mana Allah SWT saja yang mengetahuinya. Bahkan  Nabi Muhammag SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu ,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas polemic mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalender Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.
Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di Negara ini termasuk umat islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.
Mohamad Shukri berkata, jika umat islam mempercayai ramalan itu, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.

“ Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat,” katanya.
SUMBER BERITA HARIAN. Selasa 18 Disember 2012.