Hari ini saya nak ceritakan cara bagaimana mendapatkan duit kepada kita, ramai orang berfikir dengan hanya duduk dirumah boleh datangnya duit. Zaman teknologi sekarang mana ada orang duduk rumah sahaja boleh dapatkan duit. Duit tidak akan kita perolehi iaitu datang dan turun dari langit.
Hidup susah, beras tak ada, rumah tak ada, makan dan pakai pun susuh, kenapa jadi begini, apa puncanya..?? Cuba fikirkan apakah masalah yang kita hadapi ini dan kenapa masalah ini terjadi kepada diri kita.
Susah tentu lah segalanya masalah berpunca dari duit, sebab duit tak ada pelbagai masalah terjadi pada kita, Hidup ini memerlukan pergunaan duit, jadi bagaimana untuk memperolehinya..??
Cara untuk mendapatkan duit ialah dengan cara bekerja, berniaga, melabur dan berbagai macam lagi. Untuk mendapat kan duit, kita perlu bekerja, kata orang " tidak bekerja maknanya tidak ada duit lah kita " dengan cara bekerja dan berniaga sahaja lah jalan bagi mendapatkan duit, kita tak ada pilihan lagi, sebagai makluk yang bernyawa kita harus lah bekerja dan berusaha bagi mendapatkan duit.
Seeloknya carilah duit yang halal sah disisi undang-undang, untuk hidup kita perlu makan bagi memberi tenaga kepada tubuh, untuk mendapatkan makanan yang sedap-sedap untuk dimakan, kita perlu duit jadi untuk mendapatkan duit ialah dengan cara bekerja.
Dimalaysia sahaja ada bermacam sektor pekerjaan yang boleh kita ceburi seperti sektor kerajaan dan swasta, kita tidak dapat mengelak dari bekerja bagi mendapatkan duit demi menampung hidup kita dan keleurga. Tidak ada cara lain bagi mendapatkan duit kecuali dengan bekerja.
Sekiranya kita menjalankan kerja dengan hanya duduk di rumah boleh mendatangkan duit, sudah tentu lah kita juga bekerja, mungkin juga kita menjual produk-produk perniagaan diinternit, kita menghasilkan produk digital seterusnya menjualkan nya melalui internit. Ini dinama kan bekerja dari rumah bagi mendapatkan duit.
Setelah berhempas pulas bekerja bagi mendaptkan duit, dari duit yang kita perolehi setiap bulan terus kita simpan ke Bank, sikit - sikit makin lama jadi bukit. Akhirnya di kemudian hari kita tidak perlu lagi bekerja bagi mendapatkan duit sebab duit di bank sudah banyak kita simpan dari dahulu. Asalnya kita juga bekerja pada masa dahulu dan menyimpan duit tersebut di bank.
Jadi lepas ini kita haruslah bekerja, tidak kira apakah kerja yang kita lakukan pasti kita akan menerima gaji pada setiap bulan, asal jangan lakukan kerja-kerja yang haram sudah. Tak ada jalan pintas bagi mendapatkan duit, semua keadaan kita perlu bekerja.
Jutaan terima kasih kerana melayari laman blog ini, untuk kali ini saya cuba menciptakan sebuah lagi blog yang mana mampu mengumpul semua bangsa yang menjalankan perniagaan berkaitan ikan keli atau ikan lele agar dapat memudahkan lagi urusan bersama. Di harapkan agar blog ini dapat membantu semua orang,sekian.
No comments :
Post a Comment