17 September 2012

Cara pantas membiak Cacing Sutera

Hai...sedikit perkongsian tentang penghasilan Cacing Sutera di kolam ikan keli dimana cerita yang yang ingin di kongsikan adalah datang dari pengalaman saya sendiri, semoga dengan adanya perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu para penternak ikan keli yang lain.

Cacing sutera amat penting untuk pembesaran benih ikan keli sebagai jalan alternatif mengantikan Artemia yang mana harganya terlalu mahal, jadi sedikit sebanyak dapat membantu para penternak mengurangkan kos dalam menjalankan aktiviti pembenihan ikan keli.

Apa perlu kita buat sebelum memastikan kehadiran cacing darah ini datang ke kolam,bekas,tong,faber ini..?? Jom ikuti kaedah-kaedah dan langkah demi langkah yang saya sediakan dibawah ini.

Isikan air yang tidak mempunyai klorin ke dalam tong faber seperti gambar ini, untuk makluman ini adalah contoh sahaja sebab didalam tong ini sudah terdapat hidupnya cacing sutera, jadi sebagai pembelajaran saya tunjuk sahaja bagaimana air diisi ke dalam tong faber ini.


Setelah anda masukkan air sedalam paras 3 inci airnya, masukkan air basuhan ikan ke dalam tong faber ini sebanyak 5 sudu teh dan kacau rata. Peram kan tanpa perlu memasang Blower Oksigen.


Lihat paras air yang perlu anda masukkan tidak perlu dalam cukup separas 3 inci sahaja sudah memadai dan sekiranya tong faber itu didedahkan kepada suhu matahari maka kita perlu tambah air lagi. Kita perlu masukkan tangan dan sentuh air di dalam tong faber ini ketika waktu tengahari sekiranya suhu di dalam kolam ini panas maka perlu di tambah air sehingga suhu sebaiknya diantara 25-28c dan tutup dengan kelabu atau jaring nyamuk. ini kerana nyamuk memang suka membiak didalam kolam yang mempunyai suhu sedemikian dan mempunyai bau protien cecair dari basuhan ikan tadi.


Selepas 2-3 minggu anda akan mendapati dasar kolam tong faber anda menjadi seperti ini, ini bermakna kehidupan cacing sutera/cacing darah sudah membiak dengan banyak, sekarang anda sudah boleh tuai cacing sutera ini dengan membuka saluran air.

Gunakan berus hijau setelah air didalam tong faber sudah mula cetek, tapis air tadi dengan menggunakan tapi halus. Didalam keladak itu terdapat cacing sutera ini dan berikan kepada anak benih keli anda, semoga berjaya..


1 comment :

  1. salam tuan blog..sy nk bertanye adakah perlu di masuk kan induk cacing ke dalam bekas persediaan tu ye?..tq

    ReplyDelete