30 September 2012

King Of The Mountain ( Kuala Kubu Bharu - Fraser Hill )

  KUALA KUBU BHARU-FRASER HILL CHALLENGE

Kuala Kubu Bharu - Seramai hampir 500 peserta telah menyertai Cabaran kuala kubu bharu ke Fraser Hill awal pagi tadi. Kejohanan Lumba Berbasikal ini telah di sertai oleh pelbagai kaum termasuk lah dari penyertaan dari Luar Malaysia.

Kejohanan berbasikal ini telah melakar sejarah kerana julung kali disertai oleh ramai perlumba yang datangnya dari seluruh Negeri di Malaysia dan disertai juga oleh " Orang kelainan Upaya ". Terdapat pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan.


Selaku penganjur dari Majlis Daerah Hulu Selangor dan dilaksanakan oleh Jabatan Belia MDHS selaku penganjur amat berpuas hati dengan penyertaan ini yang mana ianya berlangsung dengan baik dan lancar dan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Acara sukan ini telah melahirkan dan mendedahkan perlumba-perlumba berbasikal berbakat di kalangan Masyarakat Malaysia demi melahirkan lebih ramai lagi jaguh-jaguh sukan ini akan datang mendatang cintanya terhadap sukan berbasikal ini.

Kuala kubu bharu adalah sebuah Bandar Perlancongan telah berusaha melakukan pelbagai aktivi mempromosi perlancongan iaitu dengan mengadakan sukan berbasikal seperti ini. Kuala kubu bharu juga adalah merupakan  trak Kejohanan berbasikal Tahunan yang amat menarik sekali, di mana Bukit Fraser merupakan sebuah tempat Perlancongan yang sudah lama dikenali oleh " Masyarakat Luar"  sana.

Udara yang sungguh sejuk dan nyaman di kemuncak bukit fraser memberikan kenikmatan kepada perlancong-perlancong yang datang mahupun yang menyertai " Cabaran Bukit " ini.


Kejohanan Berbasikal ini telah di taja oleh SEIKO dan turut disertai oleh berbagai Jabatan Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, JKR, JPAM, Majlis Daerah Hulu Selangor dan tak lupa juga Pejabat Kesihatan Kuala Kubu Bharu.











Selain daripada itu juga di sini saya ada menyediakan Tarikh Perlumbaan Berbasikal akan datang di LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAINBIKE CHALLENGE 2012.





Maklumat Lanjut sila layari : www.mtbmalaysia.com












28 September 2012

Kebaikan & Keburukan Permainan PC GAME

Melalui kajian ini saya perolehi adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ini kerana saya juga seorang yang gila akan permaian PC Game mahupun Game Online sehingga ke hari ini jadi sedikit perkongsian dari saya ini akan memberikan faedah kepada semua.

Rasa-rasanya semua orang tahu apakah permainan pc game yang saya maksudkan ini, terdapat jutaan permainan game yang telah dibangunkan dan terdapat pelbagai software game yang ada dijual dipasaran termasuklah yang " black software " pun ada.

Pergi sahaja di gedung membeli belah di malaysia anda sudah boleh membeli di sana, bukan itu sahaja kini di internit juga anda boleh download game-game kegemaran anda.

Syarikat-syarikat telifon bimbit juga turut menyediakan permainan Game di telifon bimbit keluaran mereka yang percuma dan ada juga yang berbayar turut disedikan.

Kini kita tidak dapat lari dari menghadapi " Permainan Game " namun adakalanya terdapat perlbagai kebaikan dan keburukan dalam bermain game ini.

Kini di Laman sosial seperti Facebook juga ada disediakan pelbagai game, ada main masak-masak, game berkebun dan tanam-tanam boleh kita main. Namun dalam keadaan kita tidak sedar terdapat 2 jenis kebaikan dan keburukan yang tersirat yang jarang-jarang orang ketahui, manakan tidaknya sebab terlalu syok bermain "GAME ONLINE"

Zombie Game Online

Chess Game Online




Disini saya akan bahagikan dua buah tajuk iaitu :

a. Kebaikan Permainan PC GAME.
b. Keburukan Permainan PC GAME.

 KEBAIKAN

1. Dapat menenangkan jiwa sewaktu kita menghadapi banyak masalah,tekanan.
2. Sakit Kepala akan beransur kurang semasa,sewaktu dan selepas kita main game online ni.
3. Tidak akan rasa nak merokok semasa main game online, maybe boleh berhenti merokok.
4. Panas Baran beransur kurang ketika fokus dalam game yang kita mainkan mahupun secara online.
5. Menguji Minda dalam berbagai puzle yang disediakan oleh game tersebut.
6. Berdisplin dan lebih berhati-hati dapat disemai dalam kehidupan kita.
7. Dapat Networking yang begitu ramai dan berkenalan dengan masyarakat luar sana.
8. Kalau di Bulan Puasa tak akan rasa lapar sebab Melekakan.
9. Dapat mengurangkan aktiviti yang tidak di ingini dan menyalahi undang-undang.
10. Akan bertambah pakar IT negara.

KEBURUKAN

1. Banyak kes ponting Sekolah.
2. Banyak Kes kecurian berlaku.
3. Aktiviti merokok menjadi jadi dikalangan budak-budak sekolah apabila berkunjung ke Pusat Cyber.
4. Tidak dapat mengawal diri sendiri hingga hilang tumpuan untuk belajar.
5. Ketagihan dalam Permainan Online Game.
6. Melekakan dan Asyik.
7. Lupa segalanya semasa leka bermain game online.
8. Cepat naik marah sekiranya diganggu semasa leka bermain game.

Ini adalah sedikit maklumat yang saya tahu akan kebaikan dan keburukan bermain game online, ini adalah pengalaman yang saya tempuhi sewaktu bermain game online, namun sekiranya ada yang salah saya kongsikan, saya mohon maaf berbanyak, ini adalah sekadar perkongsian melalui pengalaman yang saya ada.

Diharap agar aanak-anak  dapat di awasi selalu sewaktu bermain game online agar tidak leka akan perlajaran. Terdapat juga game-game porno disediakan di internit, awas!! jangan sampai diketahui oleh anak-anak kita, ini akan merosakkan agama,bangsa dan negara.

Mungkin ada lagi perkara yang belum sempat saya ceritakan disini jadi apa kiranya berkongsi di bahagian komen di bawah ini, sekian terima kasih.


17 September 2012

Panduan Menanam Pokok " Pegaga "

Ulam pepaga memang terkenal sebagai ubat untuk segala jenis penyakit jika diamalkan selalu, ianya memang berkhasiat dijadikan ulam dan memang menyelerakan, " Pokok Pegaga " banyak tumbuh di tepi-tepi jalan dimalaysia. Masyarakat pada dahulu lagi telah megamalkan memakan daun ini dan kini telah diprodak untuk dijadikan makanan kesihatan.

Selain daripada itu juga " daun pegaga " boleh dijualkan dengan harga seikat Rm 0.50 sen seikat dan dijadikan perniagaan sampingan oleh suri rumah di Malaysi, Namun begitu aspek membiakan tumbuhan ini tidak ramai diketahui " Umum " ada segelintir sahaja yang tahu rahsia membiakkan tumbuhan ini itu pun sekadar tanaman suka-suka dan hibi sahaja.

Ramai yang tidak sedar akan kelebihan akan tumbuhan ini yang mana ianya boleh dikomersialkan jika ditanam secara besar besaran.

Atas keperihatinan itu saya kongsikan sedikit sebanyak cara-cara bagaimana menanam pokok pegaga dengan cara yang betul dan menjimatkan pendapatan keluarga, menambahkan pendapatan keluarga, makanan untuk kesihatan dan sebagainya.

Mungkin ada diantara para pembaca yang lebih mahir dari saya, jika perlu bolehkan komen di bawah ini, mana tahu adalagi kaedah yang lagi baik tanpa melengahankan masa, jom lihat toturial tanaman pokok pegaga di bawah ini, semoga sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang lain menanam " Ulam " ini dan memberikan nilai kesihatan yang baik para pengamal pemakanan tumbuhan ini.

Langkah 1.

" Pokok Pengaga " ini boleh ditanam dimana-mana sahaja asalkan tidak perlu risau, pendedahan cahaya juga tidak perlu banyak seelok elok dipasangkan Net Hitam agar cahaya matahari dapat di tapis. Tanamkan pokok pegaga ini di tempat yang redup dan kurang pendedahan matahari.

Sediakan batu bata, playwood, papan terpakai bagi menutupi medium agar tidak pecah semasa waktu hujan.
Lihat seperti gambar dibawah ini, anda boleh ikat batu bata ini dengan simen atau susun sahaja seperti saya ataujuga di blok dengan papan nipis.




Untuk tujuan komersila maka bolehlah di tanam secara besar-besaran, seperti gambar ini adalah untuk kecil-kecilan dan kegunaan sendiri sahaja. sekiranya ada budget lebih maka ikatan batu bata ini seeloknya disimen agar tidak pecah dibawa arus limpahan air hujan nanti.

Setelah siap susunan batu bata jadi eloklah dimasukkan medium tanah, kalau ada budget lebih boleh masukkan sabut kelapa, tanah baja kompos, tanah hitam siap dijual di pelasari atau di kedai-kedai bunga berdekatan.


Masukkan tanah sampai merata diseluruh permukaan lebal batu tersebut agar pokok pegaga tumbuh dan membiak dengan mudah. Anda juga boleh tambah dengan tanah pembakaran sampah yang bewarna hitam di dalam medium ini, terpulang pada cara masing-masing.

Selepas itu masukkan sedikit pasir sungai di bahagian atas tanah ini agar sewaktu kita ingin mencabut pokok pegaga ini nanti mudah dan senang sebab adanya medium seperti pasir ini. 

Selepas itu keseluruhan medium ini disiram dengan air kesemua permukaannya agar ianya lebut mampan, gunakan bekas siraman yang sesuai yang terdapat di kedai bunga atau lebih senang dikenali " KEDAI RM 2 " nama kedai rm 2 tapi barang-barang semua mahal-mahal harganya haha...


Sebelum tanaman pokok pegaga di buat terlebih dahulu sila hasilkan lubang sedalam 2cm dalam keatas medium-medium tersebut agar memudahkan kerja-kerja penanaman pokok pegaga nanti. Jarang dari lubang ke lubang adalah 10cm sudah memadai, ini kerana pokok pegaga cepat membiak secara menjalar.


Masukkan serumpun demi serumpun pokok pegaga yang telah di cabut tadi mengikut lubang-lubang yang telah anda buat. Lakukan penyiraman 2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang, selamat mencuba.





Cara pantas membiak Cacing Sutera

Hai...sedikit perkongsian tentang penghasilan Cacing Sutera di kolam ikan keli dimana cerita yang yang ingin di kongsikan adalah datang dari pengalaman saya sendiri, semoga dengan adanya perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu para penternak ikan keli yang lain.

Cacing sutera amat penting untuk pembesaran benih ikan keli sebagai jalan alternatif mengantikan Artemia yang mana harganya terlalu mahal, jadi sedikit sebanyak dapat membantu para penternak mengurangkan kos dalam menjalankan aktiviti pembenihan ikan keli.

Apa perlu kita buat sebelum memastikan kehadiran cacing darah ini datang ke kolam,bekas,tong,faber ini..?? Jom ikuti kaedah-kaedah dan langkah demi langkah yang saya sediakan dibawah ini.

Isikan air yang tidak mempunyai klorin ke dalam tong faber seperti gambar ini, untuk makluman ini adalah contoh sahaja sebab didalam tong ini sudah terdapat hidupnya cacing sutera, jadi sebagai pembelajaran saya tunjuk sahaja bagaimana air diisi ke dalam tong faber ini.


Setelah anda masukkan air sedalam paras 3 inci airnya, masukkan air basuhan ikan ke dalam tong faber ini sebanyak 5 sudu teh dan kacau rata. Peram kan tanpa perlu memasang Blower Oksigen.


Lihat paras air yang perlu anda masukkan tidak perlu dalam cukup separas 3 inci sahaja sudah memadai dan sekiranya tong faber itu didedahkan kepada suhu matahari maka kita perlu tambah air lagi. Kita perlu masukkan tangan dan sentuh air di dalam tong faber ini ketika waktu tengahari sekiranya suhu di dalam kolam ini panas maka perlu di tambah air sehingga suhu sebaiknya diantara 25-28c dan tutup dengan kelabu atau jaring nyamuk. ini kerana nyamuk memang suka membiak didalam kolam yang mempunyai suhu sedemikian dan mempunyai bau protien cecair dari basuhan ikan tadi.


Selepas 2-3 minggu anda akan mendapati dasar kolam tong faber anda menjadi seperti ini, ini bermakna kehidupan cacing sutera/cacing darah sudah membiak dengan banyak, sekarang anda sudah boleh tuai cacing sutera ini dengan membuka saluran air.

Gunakan berus hijau setelah air didalam tong faber sudah mula cetek, tapis air tadi dengan menggunakan tapi halus. Didalam keladak itu terdapat cacing sutera ini dan berikan kepada anak benih keli anda, semoga berjaya..


07 September 2012

Open House Majlis Daerah Hulu Selangor

Pada hari khamis semalam kami menghadiri atau terlibat dengan Majlis Rumah Terbuka yang di buat oleh Majlis Daerah Hulu Selangor untuk setahun sekali setiap tahun. Berbagai - bagai juadah yang disediakan seperti satey, Lemak, Laksa, Kuih-muih pelbagai rasa, Bihun, Rendang dan banyak lagi.

Sambutan dari orang ramai yang hadir memang mengalakkan dan memeriahkan lagi suasana rumah terbuka yang diadakan di sertai dengan Persembahan Life Band dari " Mentari Band " yang menyampaikan pelbagai lagu-lagu hari raya, persembanhan tarian dan bacaan " Puisi "

Kiri Saya & Kanan Abg Mustafa

Masa ni belum sempat pakai samping baru nak pos-pos dahulu, ini lah barisan para yang akan membuat persembahan pada majlis tersebut. namun begitu persembahan Karaoke juga disediakan pada yang berminat dan ingin menyanyi.


Masa ni tengah menjamu selera, tu ha abg pakdik selaku " Sound Man " sedang menciduk lauk pauk kegemarannya. hati-hati jangan tertumpah pula kari pada baju melayu tu.haha..


Yang dibelakang sekali itu adalah Peg. Belia Majlis Daerah Hulu Selangor selaku Boss kepada Band Mentari, Nama beliau Pn. Nurul Huda, sedang memberi taklimat ringkas kepada anggota-anggota " Band Boy " sebelah kanan sekali en Usop juga barisan anggota band mentari.


Sebelah kiri sekali en sham selaku Keyboard dan yang di tengah-tengah sekali adalah en Ghani Syukor selaku Drummer. Tunggu apa lagi hah makan je lah...Sambil makan dan menjamu selera..