26 November 2012

Induk Ikan Keli Juga Jemu Makan Perut Ayam

Bukan kata " Orang sahaja jemu makan daging Ayam " malah  Induk Ikan Keli Juga JEMU menjamah Perut Ayam yang di rebus sebelum di berikan kepada Induk Ikan Keli untuk dibuat Induk Benih Ikan Keli bagi menghasilkan benih ikan keli yang banyak, induk ikan keli juga perlu makan makanan yang tinggi protein seperti perut ayam rebus ini bagi menghasilkan sperma dan telor yang berkualiti.

Kajian demi kajian yang saya lakukan terhadap induk ikan keli ini, saya mendapati ada kalanya induk ikan keli tak suka makan perut ayam, sebagai pengusaha benih ikan keli secara kecil kecilan saya akui bahawa ikan keli mempunyai selera yang bertukar-bertukar.

Induk Keli memerlukan makanan protein yang tinggi bagi menghasilkan telor dan sperma yang banyak seterusnya menghasilkan benih yang tahan kepada serangan penyakit kulat air yang amat membimbangkan di kalangan pengusaha benih ikan keli kini.


No comments :

Post a Comment