17 September 2012

Panduan Menanam Pokok " Pegaga "

Ulam pepaga memang terkenal sebagai ubat untuk segala jenis penyakit jika diamalkan selalu, ianya memang berkhasiat dijadikan ulam dan memang menyelerakan, " Pokok Pegaga " banyak tumbuh di tepi-tepi jalan dimalaysia. Masyarakat pada dahulu lagi telah megamalkan memakan daun ini dan kini telah diprodak untuk dijadikan makanan kesihatan.

Selain daripada itu juga " daun pegaga " boleh dijualkan dengan harga seikat Rm 0.50 sen seikat dan dijadikan perniagaan sampingan oleh suri rumah di Malaysi, Namun begitu aspek membiakan tumbuhan ini tidak ramai diketahui " Umum " ada segelintir sahaja yang tahu rahsia membiakkan tumbuhan ini itu pun sekadar tanaman suka-suka dan hibi sahaja.

Ramai yang tidak sedar akan kelebihan akan tumbuhan ini yang mana ianya boleh dikomersialkan jika ditanam secara besar besaran.

Atas keperihatinan itu saya kongsikan sedikit sebanyak cara-cara bagaimana menanam pokok pegaga dengan cara yang betul dan menjimatkan pendapatan keluarga, menambahkan pendapatan keluarga, makanan untuk kesihatan dan sebagainya.

Mungkin ada diantara para pembaca yang lebih mahir dari saya, jika perlu bolehkan komen di bawah ini, mana tahu adalagi kaedah yang lagi baik tanpa melengahankan masa, jom lihat toturial tanaman pokok pegaga di bawah ini, semoga sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang lain menanam " Ulam " ini dan memberikan nilai kesihatan yang baik para pengamal pemakanan tumbuhan ini.

Langkah 1.

" Pokok Pengaga " ini boleh ditanam dimana-mana sahaja asalkan tidak perlu risau, pendedahan cahaya juga tidak perlu banyak seelok elok dipasangkan Net Hitam agar cahaya matahari dapat di tapis. Tanamkan pokok pegaga ini di tempat yang redup dan kurang pendedahan matahari.

Sediakan batu bata, playwood, papan terpakai bagi menutupi medium agar tidak pecah semasa waktu hujan.
Lihat seperti gambar dibawah ini, anda boleh ikat batu bata ini dengan simen atau susun sahaja seperti saya ataujuga di blok dengan papan nipis.




Untuk tujuan komersila maka bolehlah di tanam secara besar-besaran, seperti gambar ini adalah untuk kecil-kecilan dan kegunaan sendiri sahaja. sekiranya ada budget lebih maka ikatan batu bata ini seeloknya disimen agar tidak pecah dibawa arus limpahan air hujan nanti.

Setelah siap susunan batu bata jadi eloklah dimasukkan medium tanah, kalau ada budget lebih boleh masukkan sabut kelapa, tanah baja kompos, tanah hitam siap dijual di pelasari atau di kedai-kedai bunga berdekatan.


Masukkan tanah sampai merata diseluruh permukaan lebal batu tersebut agar pokok pegaga tumbuh dan membiak dengan mudah. Anda juga boleh tambah dengan tanah pembakaran sampah yang bewarna hitam di dalam medium ini, terpulang pada cara masing-masing.

Selepas itu masukkan sedikit pasir sungai di bahagian atas tanah ini agar sewaktu kita ingin mencabut pokok pegaga ini nanti mudah dan senang sebab adanya medium seperti pasir ini. 

Selepas itu keseluruhan medium ini disiram dengan air kesemua permukaannya agar ianya lebut mampan, gunakan bekas siraman yang sesuai yang terdapat di kedai bunga atau lebih senang dikenali " KEDAI RM 2 " nama kedai rm 2 tapi barang-barang semua mahal-mahal harganya haha...


Sebelum tanaman pokok pegaga di buat terlebih dahulu sila hasilkan lubang sedalam 2cm dalam keatas medium-medium tersebut agar memudahkan kerja-kerja penanaman pokok pegaga nanti. Jarang dari lubang ke lubang adalah 10cm sudah memadai, ini kerana pokok pegaga cepat membiak secara menjalar.


Masukkan serumpun demi serumpun pokok pegaga yang telah di cabut tadi mengikut lubang-lubang yang telah anda buat. Lakukan penyiraman 2 kali sehari iaitu diwaktu pagi dan petang, selamat mencuba.





6 comments :

  1. Tksh kongsi info...saya nak cuba tanam la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas kunjungan anda disini, sekiranya encik ikut toturial yang saya kongsikan memang pokok pegaganya menjadi dan hidup...

      Delete
  2. Tanam dengan mencucuk dari batang je yea?
    Pegaga saya tanam ni, ada yang terlampau besar, pagaga hiasan kot...
    Dan lagi satu pasu, jadi terlalu kecil daun dia

    ReplyDelete
  3. kalu yg besar tu pegaga bandar. satu lagi jenis pegaga kampung, daun kecik jer, lagi sedap dan rasa lemak sikit.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..boleh sy tau Cara pembajaan pula macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baja nye senang jer... letak je taik yg kau berak pagi2 tu.kompom sihat

      Delete