29 April 2013

Batu Berayun Mengeluarkan Air Pada Waktu Tengah Malam

Salam sejahtera buat pengunjung-pengunjung BLOG ini, pada kali ini saya nak kongsikan tentang wujudnya sebuah Batu yang diberikan nama BATU BERAYUN yang letaknya di kawasan Peranginan terkemuka Dunia di Genting Highland yang mana batu tersebut akan menghasilkan air diwaktu malam.

Saya baru pertama kali melihatnya dan berasa hairan juga, air yang keluar dari batu tersebut memang deras sekali ia sesuatu yang menakjubkan buat pengunjung-pengunjung ke situ, terima kasih buat pihak Pusat Peranginan Genting menyediakan tempat yang luar biasa ini.

Bila anda naik  melalui anak tangga menghampiri batu tersebut anda akan terlihat Penomena yang hebat, dari situ anda akan melihat seluruh pemandangan Kuala Lumpur serta Permandangan Kuala Kubu Bharu memang menakjubkan.


Waktu ini gambar di rakam pada waktu malam sungguh pun begitu saya berasa kesal akan tindakan orang awam yang tidak bertangungjawab membuangkan sampah sewenang-wenangnya disini,mohon kerjasama untuk menjaga kebersihan bersama agar tidak membuang sampah merata-rata,gunakan lah tong sampah yang telah disediakan oleh Pihak Pengurusan Genting Highland.


Suasana permandangan di waktu malam Genting Highland memang menakjubkan, segala kemudahan seperti lampu jalan, lampu isyarat segala baik, baik buat pengunjung ke sini. selamat datang ke genting highland.


24 April 2013

SIGNAL KENDERAAN ANDA

Salam sejahtera hari ini admin nak bercerita mengenai SIGNAL KENDERAAN, apa kah fungsi ia diciptakan pada hari ini dan di fungsikan pada sesebuah kenderaan pada hari ini ialah untuk memudahkan kita untuk membelok ke Kiri atau ke Kanan kenderaan kita.

Namun pada hari ini ramai pemandu yang tidak leka dan tidak menggunakan Signal kenderaan mereka Kereta mahupun Motorsikal sebaik mungkin, kita tidak sedari kemalangan kecil berlaku hanya disebabkan kita gagal menggunakan lampu isyarat pada kenderaan semasa ingin membelok atau juga bila kita ingin memasuki simpang, keluar dari simpang jalan dan sebagai nya.

Tidak hairan lah pada hari ini berlaku kemalangan di jalan raya di jalan yang begitu LURUS seperti Highway yang mempunyai 3 lorong,ia berlaku atas kecuaian pemandu gagal memberikan signal semasa ingin memotong kenderaan lain.

23 April 2013

Ada Produk Perniagaan Mudah Di Lakukan

Salam sejahtera buat pengunjung Blog ini, ini blog ikan keli yang baru dari saya akan tetapi saya bukan hanya menuliskan Artikel ikan keli sahaja, penulisan atau artikel menjurus kepelbagaian tajuk demi kebaikan bersama untuk masyarakat Malaysia, Saya tak mahu pengunjung akan rasa jemu dengan artikel yang terhad sebab saya juga menjalankan perniagaan Online jadi saya perlu pelbagai tajuk atau artikel demi menaikkan Traffik Blog ini agar sentiasa berada di atas ce wah...

Baiklah untuk kali ini artikel saya bertajuk " Ada Produk Perniagaan Mudah Dilakukan " sebab saya kenapa perlu ada produk baru Perniagaan Mudah dilakukan..??

Alasan saya sebab :

1. Ada Produk, ada urusan Jual Beli.
2. Orang Yakin.
3. Ada bukti  contohnya ganbar.
4. Ada senarai harga ada urusan tawar menawar.
5. Ada Penjual,ada lah pembeli.

Jadi apakah produk yang kita perlukan untuk menjalankan perniagaan kita...??

1. Produk yang sukar diperolehi di pasaran seperti :\
a. Hormon Ikan.
b. Produk Biologi.
c. Produk Industri.
d.Dukumen.
e.Buku.

dan bermacam-macam lagi produk yang kita boleh jual di Internet. bila ada produk baru perniagaan boleh dilakukan akhirnya mendatangkan pendapatan.

Produk amat mudah kita hasilkan, setiap produk ada pelanggan nya tersendiri, untuk mendapatkan pendapatan yang Lumayan tidak semestinya kita memerlukan Modal yang terlalu besar untuk memulakan perniagaan tersebut.Kita boleh lakukan dari kecil-kecilan dahulu dan modal yang kecil berjumlah Rm 50.00 sahaja.

Dengan modal sekitar Rm 50 ini macam-macam produk kita lakukan malah ada orang memulakan perniagaan hanya menggunakan Air Liur sahaja, percaya atau tidak terpulang lah kepada pendirian atau kira-kira masing, hal seperti ini selalu terjadi.

Kita semua boleh jadi kaya raya, kita semua boleh, rakyat malaysia semua boleh, bagi saya segala-galanya boleh, Kunci kejayaan Utama kita adalah Rajin,Usaha,Belajar,Doa. Di malaysia ini berbagai bagai kemudahan ada, berbagai perniagaan boleh diceburi segala macam ada, terletak kepada kemahuan masing-masing lah. sekian dulu..

Awas jangan ajak bersembang dengan Abang SECURITY semasa berada di BANK

Hai bertemu kembali dengan komen berbentuk nasihat pada hari ini, pagi tadi saya pergi ke BANK ada urusan hal ehwal kewangan dengan bank sekian-sekian nama bank di rahsia. Semasa menunggu giliran untuk berurusan Kaunter Bank, saya di sapa oleh seorang Pertugas Security yang Bersenjata Api, kami berbual panjang ketika itu.

Tanpa saya sedari Laras Senjata dituju arah saya, itu lah kata orang umur panjang katakan, dalam asyik berborak saya sedar Abang Security telah menghala laras senjata  ke arah saya dalam posisi duduk bersebelahan dengan nya.

Rupa-rupa senjata yang dilaraskan kearah saya tanpa saya sedari mempunyai PELURU HIDUP, kemungkinan abang security agaknya leka akan situasi tersebut, Saya terus bingkas dari tempat duduk lalu terus menasihatinya supaya tidak melakukan keadaan seperti ini lagi, saya tak mahu " Mati Percuma " saya katakan kepada Lelaki itu.

Tindakan beliau amat berbahaya, sepatutnya laras senjatanya di hunus ke lantai ini peraturan mengguna, membawa senjata api, apa akan jadi sekiranya senjata tersebut tiba-tiba tertekan sambil tengah asyik berborak bukan mendapat Kematian Percuma di sebabkan kelalaian pembawa senjata tersebut.

Saya mengongsikan cerita ini kepada semua dan diri saya juga, dinasihati agar berhati-hati ke BANK sekiranya bercerita atau berborak dengan Unit Keselamatan yang bersenjata api, kadang-kadang kita sedang asyik berbual tanpa di sedari unit keselamatan tersebut leka, tiba-tiba laras senjata dihunus ke arah anda, ia lah kadang-kadang kita sebagai seorang manusia tidak lepas melakukan kesilapan yang kita sendiri pun tak sedar, jangan sampai kita mati secara percuma.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat kepada semua orang agar jangan sekali-kali berbual dengan unit keselamatan bertugas di bank, pada awalnya kita hanya berbual kosong, risau akan kelekaan kita boleh mencedera kan orang lain. Awas kalau pergi ke bank jangan asyik berbual dengan Unit keselamatan yang bersenjata api ia amat berbahaya, kita tak boleh nak salahkan mereka sebab itu adalah tugas mereka dan Prosuder mereka dalam menjalankan tugas Hakiki mereka yang bergelar Penggawal Bank.

Kadang-kadang hal sebegini kita tidak sedari, ini sebagai perkongsian saya sahaja, bukan mahu menakutkan orang ramai tapi sebagai nasihat dari saya agar berhati-hati dalam situasi ini, sekian terima kasih.

19 April 2013

BLACK BERRY Z 10

PERANTI PERTAMA SOKONG BLACKBERRY 10 OS

Akhirnya penantian peranti pertama dengan sokongan platform terbaru BlackBerry 10 OS iaitu BlackBerry Z10 di Malaysia telahpun berakhir dengan pelancaran rasminya baru-baru ini. Tidak disangkal lagi bahawa sebelum ini BlackBerry agak ketinggalan berbanding pengeluar smartphone yang lain di pasaran bagi kategori peranti dengan sokongan skrin sentuh penuh.



Ini jelas dapat dilihat melalui sambutan yang agak dingin terhadap peranti skrin sentuh penuhnya seperti BlackBerry Storm, BlackBerry Strom 2 dan juga BlackBerry Curve 9380. Tetapi dengan kemunculan BlackBerry 10 OS yang dibangunkan khas untuk menyokong skrin sentuh penuh ini, BlackBerry Z10 dengan teknologi BlackBerry Flow mampu mengubah persepsi pengguna terhadap keupayaan sebenar peranti sentuh keluaran BlackBerry.

SAMSUNG GALAXY NOTE 8.0

Samsung nampaknya tidak mengumumkan model Galaxy S4 pada pameran MWC 2013 kali ini, tetapi kekecewaan itu sedikit terubat dengan kemunculan tablet terbarunya iaitu Galaxy Note 8.0. Walaupun tablet ini menyokong paparan skrin sentuh lebih kecil dari Galaxy Note 10.1 dan lebih besar dari Galaxy Note II, ia masih menawarkan beberapa fungsi seperti menyokong skrin sentuh berukuran 8 inci dengan resolusi 1280x800 pixels, dioperasikan oleh Android 4.1.2 ( Jelly Bean ) serta dikuasakan oleh Quad Core berkelajuan 1.6GHz.



Spesifikasi lain yang ditawarkan oleh tablet  ini adalah kapasiti bateri Li-lon 4600mAH, memori RAM sebesar 2GB, manakala memori dalaman pula mencecah 32GB,lensa kamera utama 5 Megapixel dengan bantuan auto fokus dan kamera  panggilan video juga beresolusi 5 Megapixel. Lebih menarik lagi, Galaxy Note 8.0 ini juga turut dilengkapi dengan stylus yang dipanggil S Pen sama sepertimana model Note sebelum ini.

SAMSUNG i9500 GALAXY S4

Populariti yang diraih oleh Samsung i9300 Galaxy S III sememangnya tidak dapat dinafikan, ini terbukti apabila smartphone yang dikuasakan dengan Android 4.0.4 ( Ice Cream Sandwich ) ini pernah menakluki pasaran smartphone di Malaysia dengan penjualannya melebihi 40 juta unit dari tarikh ia diperkenalkan.



Kehebatan fungsi dan juga populariti yang telah diraih oleh Samsung Galaxy S III ini telah mendorong kemunculan generasi terbaru Galaxy yang telah mengalami peningkatan sangat ketara dari segi fungsinya. Walaupun sudah hampir empat generasi, Editor yakin Galaxy S4 ini baharuan yang lebih hebat dan mengujakan ini!

~ Semasa artikel ini ditulis,spesifikasi Galaxy S4 masih belum disahkan secara rasmi oleh Samsung.