10 May 2013

WeChat Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

WeChat kini telah mengorak langkah untuk terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia, dengan mengumumkan iklan televisyen Bahasa Malaysia pertama syarikat tersebut telah dibintangi oleh selebriti hebat iaitu Lisa Surihani dan Shaheizy Sam,yang juga merupakan duta WeChat. Iklan televisyen Bahasa Malaysia ini dipaparkan dalam tiga versi menarik yang telah disiarkan di empat saluran televisyen utama iaitu TV3,TV9,Astro Prima dan Astro Ria.

Naib Presiden Tencent International Business iaitu Poshu Yeung berkata, Wechat yang dilancarkan buat pertama kalinya pada Januari 2011 ini sememangnya mendapat sambutan di luar dugaan dengan melebihi 300 juta pengguna di seluruh dunia.

Manakala di Malaysia pula,aplikasi yang telah diperkenalkan pada Jun 2012 ini telah membuka peluang-peluang baru untuk kerjasama dengan pelbagai syarikat gergasi melangkaui industri yang berbeza. Salah satu perkongsian yang berjaya adalah Domino's Pizza yang membolehkan pengguna WeChat menebus kod kupon untuk membeli pizza bersaiz sederhana yang kedua pada harga RM1.

No comments :

Post a Comment