07 May 2013

SAMSUNG ATIV S DILANCARKAN SECARA RASMI DI MALAYSIA

Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini telah melancarkan smartphone Windows Phone 8 iaitu Samsung ATIV S yang sangat dinanti-nantikan oleh pengguna Malaysia.Tampil dengan rekaan yang bergaya dan juga paparan skrin berukuran 4.8 inci HD Super AMOLED,Samsung ATIV S telah mengukuhkan lagi kedudukan Samsung dalam pasaran smartphone pelbagai platform ini.



Pengguna nama ATIV yang diterbalikkan daripada perkataan VITA, yang bermaksud ' kehidupan ' di dalam bahasa Latin ini membuktikan bahawa Samsung berusaha untuk penggunaanya. SAMSUNG ATIV S sudah boleh didapati di pasaran pada harga RM 1,699.

No comments :

Post a Comment